Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

                  Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” yang ditulis oleh Normaliza Abd. Rahim (2019) yang berharga Rm 20 ini  merupakan sebuah buku yang merangkumi pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai kajian. Ia meliputi tujuh bab keseluruhannya yang merangkumi beberapa kajian. Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. kajian bab 1 menjelaskan mengenai definisi wacana yang merujuk pelbagai bentuk seperti teks, tulisan, ujaran dan interaksi.  Menurut kajian yang dijalankan wacana itu boleh difahami dengan mudah jika tujuan sesuatu wacana itu jelas. Bab 2 menyenaraikan beberapa teori dan pendekatan wacana untuk tujuan memudahkan proses analisis. Keutamaan pemilihan teori dan pendekatan yang sesuai akan dapat menjelaskan data dengan baik. Bab 3 pula menghuraikan tiga jenis kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak- kanak autisme. Kesemua jenis kajian ini telah dikaji dengan menggunakan pendekatan yang telah dipelajari dalam bab sebelumnya. Seterusnya bab 4 menghuraikan mengenai strategi komunikasi. Strategi yang dibincangkan merungkai cara komunikasi yang sesuai dalam semua lapisan masyarakat tanpa rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Bab 5 menyenaraikan dan membincangkan beberapa taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi oleh beberapa tokoh analisis wacana. Kesemua taksonomi dan pendekatan ini dijelaskan secara mendalam agar setiap pendekatan boleh difahami dengan jelas. Bab 6 menganalisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak – kanak. Kajian ini melibatkan kanak – kanak sekolah rendah berusia 11 dan 12 tahun. Perbincangan yang telah dilaksanakan telah dianalisis dengan menggunakan 16 pendekatan strategi komunikasi. Bab 7 yang merupakan bab terakhir dalam buku ini. Bab ini merangkumi beberapa cadangan untuk penambahbaikan mengenai kajian wacana dan strategi komunikasi pada masa akan datang.
            Buku ini merupakan buku yang memberi penjelasan mengenai analisis wacana secara mendalam. Penggunaan buku ini dapat memberikan kesan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat. Baik dari segi menjalankan kajian berkaitan wacana mahupun strategi komunikasi. Selain itu, melalui penggunaan buku ini masyarakat dapat mengenal pasti strategi yang sesuai untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Hal ini membolehkan komunikasi dua hala berjalan dengan lancar tanpa sebarang salah faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, penggunaan buku ini sememangnya penting untuk semua pihak.



Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

assalamulaikum !

Ini merupakan tugasan pertama individu yang melibatkan suntingan video. Pengalaman bermakna juga buat saya sebab belum pernah menyunting video sendiri. Selain itu, tugasan ini juga melibatkan gambar flat lay dari pelbagai sisi untuk 11 jenis hidangan. Eh bukan mudah tau! mak ayah pun nyaris membebel sebab saya halang mereka untuk makan. Seminggu cuti seminggu  juga lah setiap kali makan kamera dan buku prof sentiasa di sisi. Silalah tonton ya. Awas! jangan tonton waktu lapar