Showing posts with label BBM3410 INSTAGRAM. Show all posts
Showing posts with label BBM3410 INSTAGRAM. Show all posts

Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 12

Assalamualaikum,

Tugasan minggu 12 memang benar- benar mencabar. Dua tugasan yang diberikan ialah muat naik gambar menggambarkan Emoji dan gambar swafoto bersama prof.

Gambar 1: Emoji

Bila dapat tahu kene ambil gambar menunjukkan emoji rasa diri terkejut kejap. Yalah dalam aplikasi Whatsapp ada berapa banyak emoji dan kesemuanya bukan mudah nak digambarkan dengan raut wajah sebenar. Akhirnya, saya berjaya memilih satu dan memuat naikkan gambar emoji itu di Instagram. Gambar itu juga turut di 'like' oleh Prof.






Gambar 2: SwafotoBersamaProf

Okay, tugasan dua untuk minggu 12 ini memang mencabar. Yalah, prof kami ini sibuk orangnya memang susah untuk kami bertemu dan berswafoto bersama. Dua hari juga la saya dan rakan- rakan mencari prof di fakulti. Alhamdullilah hari ketiga ada jodoh bertemu huhuu. Nak berswafoto pun bukan mudah ya, kena ambil sekali je, kalau tak cantik nasiblah kena redha . Alhamdullilah dengan perasaan redha tu prof komen dan 'like' gambar saya . Terima kasih ya prof.






Selain itu, kami juga diminta untuk membuat pautan ke Facebook dan Twitter. 

Facebook 



Twitter 





BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 11

Assalamualaikum,

Pada minggu 11 pula tugasan yang diberikan Prof turut berbeza. Di sini saya ingin kongsikan dua tema atau konsep yang diberikan oleh Prof iaitu 'ibu' dan 'keberkatan'.

Gambar 1: Ibu

Bagi tugasan gambar pertama ini, prof meminta kami untuk menulis sedikit dialog yang terjadi di antara saya dan ibu. Kalau nak diikutkan dari kecil hingga besar ni banyak sangat yang kami berbual. Ada gaduh- gaduh manja, ada yang mengada. Biasalah anak perempuan sulong dengan ibunya memang banyak perangai huhuhu. Tapi pada saya perbualan yang menjadi kesan pada saya dan perbualan yang asyik berulang ialah perbualan yang saya muat naik di Instagram.



Gambar 2 : ' Keberkatan' 

Gambar kedua pula berkonsepkan keberkatan. Memang tidak asinglah kalau dengan keberkatan sahaja mesti teringat ibu dan ayah kat rumah. Bagi saya berkat, restu dan doa mereka paling penting. Sebab itu dalam apa juga perkara yang saya lakukan pasti saya akan minta izin mereka dahulu walaupun ponteng kelas huhuuu. Agaknya sebabkan 'caption' yang saya tulis tu la prof 'like' dan komen 'post' saya. Terima kasih prof. 






Selain muat naik di Instagram saya juga dikehendaki muat naik kedua- dua gambar ini di Facebook dan Twitter. 





BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 10

Assalamualaikum,

Minggu sepuluh pula bagi tugasan Multimedia, Prof. telah memberikan dua lagi konsep iaitu kelegaan dan kegembiraan. Kedua- dua konsep ini seperti saling berkait antara satu sama lain. Oleh sebab itu, saya agak keliru pada mulanya. Namun, apabila difahami betul- betul apa yang Prof. kata di dalam kelas baru saya boleh memilih gambar mana yang sesuai untuk di muat naik di Instagram.
Yang seronoknya, kedua- dua gambar ini turut di 'like' oleh Prof. sendiri. Huhuuu terima kasih Prof.
Selain itu, gambar - gambar ini juga perlu di pautkan dengan Facebook dan juga Twitter.

Gambar 1: 'Kelegaan'

Nak menggambarkan kelegaaan ini memang banyak. Lega dah siap kerja, lega PITA dah nak habis lagi lega kalau dah siapkan kerja Prof. Tapi bagi saya antara banyak- banyak perkara yang buat saya berasa kelegaan ialah bila tudung tidak kotor sewaktu makan. Sungguh saya katakan tak tahu la kenapa ada tabiat buruk ni dari dulu. Sebab itu bila prof kata upload gambar berkonsep kelegaan terus saya terfikir gambar ini. Yalah, tudung bewarna cerah, memang lega lepas makan tudung kekalkan bersih. Doa- doala moga Afifah dapat berubah.




Gambar 2 : 'Kegembiraan' 

Banyak perkara buat afifah gembira dan antaranya ialah bila bersama kawan- kawan. Bak kata orang kawan ini umpama saudara yang dilahirkan dengan ibu yang berbeza. Bila prof kata kegembiraan terus saya terfikirkan mereka. Tengoklah, dari gambar pun tahu betapa saya gembira bertemu mereka. 




Hantaran di FACEBOOK 


Hantaran di TWITTER 




BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 9

Assalamualaikum,

Ha! Tugasan minggu 9 ini spesial sikit. Prof telah menetapkan tema untuk setiap gambar yang perlu di muat naik di Instagram. Dua tema itu ialah keredhaan dan ketenangan. Dari dua tema tu bila baca sekilas memang nampak senang tapi hakikatnya memang susah. Terutama untuk konsep keredhaan. Yalah dari konsep ini prof kata kita perlu menunjukkan reaksi kita redha. Pusing juga kepala nak fikir macam mana. Akhirnya, dua gambar ini yang saya pilih dan saya muat naik di Instagram. 


Gambar 1: Ketenangan

Konsep ini dia kena tengok pada orang. Ada orang dia tenang dengan panorama ada juga orang tenang dengan hobi- hobi mereka. Tapi bagi saya, tiga orang inilah yang sentiasa membuatkan saya tenang. Tak kira apa masalah sekali pun, apabila mereka ada di sisi saya, saya sentiasa rasa tenang dan pastikan akan dapat teruskan apa yang saya inginkan.


Gambar 2: Keredhaan

Redha ini jarang- jaranglah pelajar ada dalam diri. Yalah , macam saya setiap kali ada kerja mesti mengeluh. Tapi tula bila dah masuk kelas Prof. memang sikit- sikit kita belajar erti redha. Hasilnya, setiap kerja yang saya dan rakan- rakan lakukan kami berasa seronok. Terima kasih Prof. kerana mengajar kami erti redha. 


BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 6

Assalamualaikum,

Tugasan Multimedia minggu ke 6 ini lain sikit. Prof. tak tetapkan apa- apa syarat. Cuma yang beliau kata apa- apa gambar yang menarik. Susah juga nak pilih gambar mana yang menarik. Yalah saya memang bukan seorang yang fotogenik. Alhamdullilah juga pada minggu yang sama saya dan belalang production pergi berjalan- jalan untuk menyiapkan tugasan video simpulan bahasa dan potret. Nasib baik. Sempat la selit satu dua gambar untuk diletakkan di Instagram bagi memenuhi tugasan Prof. Berikut merupakan dua gambar yang di 'post' di Instagram saya.

#InstagramMinggu6Satu



#InstagramMinggu6Dua


                                          

BBM3410Satu2019 : INSTAGRAM MINGGU 4 ASAS FOTOGRAFI

Assalamualaikum,

Bagi tugasan kelas Prof. pada minggu ke 4 pula saya dan rakan - rakan di dalam kelas diminta untuk menunjukkan bukti bahawa kami membuat sesuatu dalam melaksanakan tugasan yang diberi iaitu mengambil gambar untuk asas fotografi. Bukan biasa- biasa ya gambar yang Prof. nak. Prof kata dia nak gambar yang unik yang akan buat beliau 'like' dan komen. Malangnya gambar saya tak dapat menangkap hati prof. huhuu. Namun, saya sangat puas dan berasa seronok. Puas sebab banyak gambar cantik dapat ditangkap. Selain itu, seronok sebab dapat berjalan- jalan sebagai satu kumpulan. Bukan senang ya nak bersempit dua kereta ramai-ramai. 



BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU 4 (KELAS AMALI)

Assalamualaikum,

Minggu 4 kelas amali saya dan rakan- rakan telah ditugaskan untuk menyiapkan aktiviti di dalam Buku Eh!!! Media Sosial oleh Normaliza Abd Rahim (2019). Tugasan ini memerlukan kami untuk menyenaraikan beberapa tips untuk belajar dengan mudah. Saya telah menyenaraikan beberapa yang biasa saya gunakan untuk belajar. Harapnya segala tips itu berguna untuk orang yang membaca hantaran di Instagram saya.


Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU TIGA (KELAS AMALI)

Assalamualaikum,

Tugasan pada minggu ke tiga dalam Kelas Amali pula saya dan rakan - rakan ditugaskan untuk membuat aktiviti yang terdapat dalam buku EH!! Media Sosial. Aktiviti yang perlu kami lakukan ialah menyenaraikan pengalaman terbaik kami. Saya telah bercerita mengenai pengalaman saya membuat kerja sambilan dan juga menjadi salah satu pelajar pertukaran ke Thailand. Sememangnya kedua- dua pengalaman ini adalah pengalaman yang saya akan cerita sampai anak cucu nanti!

BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU TIGA

Assalamualaikum,

Pada hantaran kali ini pula ialah gambar berkaitan penulisan blog yang perlu disempurnakan oleh semua pelajar. Tugasan ini merupakan tugasan atas talian yang telah dilaksanakan oleh Prof Dr. Normaliza. Dua penulisan blog yang perlu ditulis ialah berkaitan dengan Etika Penulisan Blog dan juga ringkasan wacana atuk dan nenek. Dalam tugasan inilah rasa redha itu betul- betul terjadi kerana kami perlu menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Baru nak berhuhu atas katil kerja Prof dah memanggil. 
Gambar ini juga telah di 'like' oleh Prof. 















BBM3410Satu2019: INSTAGRAM MINGGU SATU

Assalamualaikum,

Ini merupakan gambar pertama dan juga tugasan paling utama yang telah diberikan kepada saya sewaktu awal- awal mula kelas multimedia dulu iaitu mengambil gambar candid diri sendiri. Gambar yang dipilih ialah gambar yang telah saya ambil di Taman Saujana Putrajaya. Berikut merupakan gambar yang telah saya pilih. Terima Kasih juga kepada prof yang sudi untuk 'like' gambar saya <3







Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 6


Saya memang seorang yang jarang bergambar. Kalau bergambar pun biasanya orang tertentu sahaja yang tolong ambilkan gambarnya. Bayangkan betapa susahnya pengarah potret bila nak suruh saya berposing 😂  Tambah pula gambar berbentuk potret ini tidak boleh terlalu cliche. Ya allah sepuluh kali rasa nak menyorok dalam almari tengok gambar sendiri ! MALU! 
Tapi dalam malu - malu pun pengarah berjaya juga 'snap' gambar satu itu. Sebenarnya masa ini tengah tahan malu. Bila tengok balik cantik juga saya senyum macam ini 😂 Apapun tugasan yang sangaaaat menarik. Bukan sahaja gambarnya cantik- cantik tapi hubungan antara ahli juga bertambah erat. Saya sayang Belalang saya ❤️
Gambar kedua saya selitkan muka kawan baik saya. Merangkap pengarah potret produksi kami. Ha kakak ni la yang buli saya suruh bergambar. Maaf ye kakak saya degil sikit nak berposing. Tak tahulah berapa kali orang sebelah tu mengucap dengan perangai saya. Apapun terima kasih. Gambar kami semua cantik menarik tertarik memang da bomb! Bak lirik lagu ruffedge tu.