Tugasan 1: Teori Analisi Brown & Yule (1983)
Cerita Sosial 1
Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana
dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit
Universiti Malaysia Terengganu.
Watak:
1. Alim
2. Ibu Alim
3. Ayah Alim
4. Abang Imran
5. Kak Madinah
6. Datuk
7. Nenek
Latar:
1. Latar Tempat –
Kampung Alim di Kajang
2. Latar Masyarakat –
Masyarakat di kampong
3. Latar Masa – Petang
Emosi:
Positif, negatif
Pengekodan:
P4 – Perenggan 4
P10- Perenggan 10
P12 – Perenggan 12
P14 – Perenggan 14.
Teori Analisis Wacana Brown and Yules (1983)
1. Pra andaian
Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam
kereta. Abang Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing- masing ke dalam
rumah nenek dan datuk. Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-
celah kerusi di dalam kereta. Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang
sedang menangis di tepi reban.
Berdasarkan P4 di
atas, iaitu Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal
di celah- celah kerusi di dalam kereta menunjukkan elemen pra andaian di
mana Aisyah merupakan adik bongsu kepada Alim.
Dalam hal ini, Aisyah merupakan seorang kanak-
kanak yang masih kecil kerana dia masih bermain dengan permainan di dalam
kereta. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari rumah mereka
berkemungkinan menyebabkan Aisyah mudah bosan di dalam kereta. Oleh sebab itu, Aisyah membawa mainannya ke dalam
kereta untuk menghilangkan rasa bosan. Walau bagaimanapun, ketika asyik bermain di dalam kereta, permainan aisyah ada
yang terjatuh di celah- celah kerusi kereta. Pada pendapat saya, disebabkan faktor umur aisyah yang masih kecil memang tidak
dapat dinafikan bahawa dia akan mudah membuat selerak dengan mainannya. Hal ini demikian kerana, apabila seorang
kanak-kanak sedang bermain permainan mereka akan terlalu asyik sehingga tidak
perasan mereka berbuat sepah. Dalam hal ini,boleh dilihat bahawa
aisyah juga seorang yang bertanggungjawab kerana menuruti perintah ibunya untuk
mengemas semula barang yang telah disepahkan walaupun barang permainannya jatuh
di celah-celah kerusi kereta. Justeru itu,
berdasarkan p3 elemen pra andaian jelas ditunjukkan.
2. Implikatur
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke
rumah nenek dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim menjadi keliru melihat
keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan dari biasa. Alim sedih. Alim terus
menangis. Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada.
P10 di atas menunjukkan elemen implikatur dalam teks yang telah dipilih. Hal ini dapat dibuktikan apabila Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah tiada. Dalam konteks ini menunjukkan bahawa Alim sudah lama tidak pulang ke kampungnya di Kajang. Hal ini demikian kerana, apabila dia pulang ke kampung, keadaan rumah nenek dan datuknya sudah tidak sama seperti dahulu. Perubahan ketara seperti kedudukan reban serta beberapa perabut di dalam rumah menyebabkan Alim beranggapan bahawa rumah nenek dan datuknya yang lama sudah tiada lagi. Dalam hal ini, Alim beranggapan bahawa nenek dan datuknya sudah membeli rumah baharu. Pada hemat saya, implikatur yang ditunjukkan oleh Alim iaitu menyangkakan bahawa rumah nenek dan datuknya yang lama sudah tiada adalah tepat. Hal ini demikian kerana, dalam ingatan Alim rumah nenek dan datuknya yang lama sangat berbeza daripada yang sekarang. Dalam hal ini, Alim yang sudah membesar dengan rumah atuk dan neneknya berasa sedih kerana beranggapan bahawa rumah lama atuk dan nenek sudah tiada. Tambahan pula, tempat kesukaan Alim seperti reban ayam dan itik kelihatan berbeza daripada bayangannya dahulu. Jika diteliti ,emosi Alim yang negatif kerana terlalu sedih sehingga menangis menunjukkan bahawa dia sayang dan rindu akan keadaan lama rumah atuk dan neneknya. Walaupun, pada pandangan saya perubahan yang dibuat oleh atuk dan nenek alim ni untuk keselesaan mereka dan cucu mereka, tetapi perubahan yang dibuat membuatkan Alim bertambah sedih. Justeru itu, dalam konteks ini jelas menunjukkan bahawa Alim sangkakan rumah nenek dan datuk sudah tiada bukti elemen implikatur yang jelas.
3. Rujukan
Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat
kelakuan Alim hari ini. Mereka hairan kenapa tiba- tiba Alim menangis tanpa
sebab. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim.
P12 dalam cerita sosial 1 menunjukan rujukan yang jelas. Dalam hal ini, ayat “…mereka hairan kenapa
tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab” merupakan bukti untuk elemen rujukan. Berdasarkan konteks keseluruhan, elemen rujukan dalam p12 merupakan
elemen rujukan yang melibatkan rujukan terhadap manusia. Hal ini demikian kerana, “mereka” yang dirujuk berdasarkan
P12 ialah rujukan untuk ibu, bapa, nenek dan atuk alim yang tengah risau dan
sedih apabila melihat keadaan Alim pada hari itu. Keadaan ini berlaku apabila Alim jarang
melakukan perlakuan seperti itu. Oleh sebab itu, perlakuan Alim
yang menangis tanpa sebab menyebabkan ibu, bapa, nenek dan datuk Alim hairan
sehingga mereka duduk dan berbincang mengenai perlakuan Alim. Pada
pandangan saya,
kata rujukan “mereka” untuk merujuk keluarga Alim yang berada dalam situasi P12
merupakan rujukan yang sesuai. Hal ini demikian kerana, “mereka” merupakan kata ganti nama diri ketiga untuk
manusia. Tambahan pula, kata rujukan “mereka”
sesuai digunakan kerana menunjukkan bilangan yang ramai. Dalam hal ini, terdapat 4 orang yang
dirujuk iaitu ibu, bapa, nenek dan atuk. Oleh hal yang demikian, elemen rujukan dalam P12 dapat dibuktikan dengan
jelas.
4. Inferens
Suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan
Alim sekeluarga lebih rapat. Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam.
Alim juga tahu di mana reban ayam yang baharu.
Berdasarkan P14 di
atas, terdapat elemen inferens yang jelas. Hal ini dibuktikan apabila Alim berasa puas
hati dengan keadaan kampungnya. Dalam hal ini, Alim sudah boleh menerima keadaan
perubahan yang berlaku pada kampung halaman kesayangannya. Tambahan pula, disebabkan oleh perubahan yang
berlaku keluarga Alim lebih rapat. Hal ini demikian kerana, mereka sudah mengetahui selok belok rumah nenek dan datuk
yang baru. Pada pandangan
saya, hubungan
keluarga yang lebih rapat ini juga boleh disebabkan oleh perabut baru atuk dan
nenek. Hal ini demikian
kerana,
kemungkinan perabut atuk dan nenek yang baru lebih besar. Oleh itu, mungkin Alim dan ahli keluarganya dapat
makan bersama-sama dengan atuk dan nenek di meja baru. Selain itu, mungkin juga halaman
rumah nenek dan atuk sudah menjadi lebih besar kerana perubahan kedudukan reban
ayam dan itik. Dalam hal
ini, Alim dan
keluarga dapat duduk berehat di laman rumah atuk dan nenek dengan lebih
bersahaja tanpa gangguan bunyi ayam dan itik yang bising. Oleh hal yang demikian, Alim dan keluarga dapat
meluangkan masa bersama- sama dengan keadaan rumah yang lebih selesa. Justeru itu, suasana yang berlainan
dari biasa menyebabkan Alim sekeluarga lebih rapat. Kesimpulannya, elemen inferens jelas
dibuktikan dengan petikan dari P14 di atas.
No comments:
Post a Comment