Cerita Sosial 2:
Saya Yang Istimewa
Teori Analisis
Wacana Stubbs (1983)
1. Pendekatan
linguistik wacana (Hazwani)
“Di
mana beli buah-buahan ini, bapa?’’ tanya abang Imran kepada bapanya.
“Bapa beli dari pasar tani tadi. Mari kita semua makan.
Panggil adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama,’’ kata bapa kepada
abang Imran.
Dialog di atas menunjukkan elemen pendekatan linguistik
wacana. Hal ini
kerana wujud perbualan di antara abang
Imran dan bapa. Di dalam perbualan tersebut, kelihatan abang Imran
teruja kerana bapa pulang membawa buah-buahan. Selain itu, perbualan
ini juga di lihat dalam suasana yang harmoni kerana mereka berada di dalam
suasana yang positif. Abang Imran sangat menggemari buah-buahan, begitu juga
dengan adik beradiknya yang lain turut menyukainya. Selain itu, ibunya
juga turut menggemari buah-buahan yang dibeli oleh bapa. Di samping itu, keluarga ini juga sangat akrab
hubungannya kerana bapa memberi arahan agar abang Imran memanggil seluruh ahli
keluarga untuk makan buah-buahan bersama. Tambahan pula, buah-buahan
yang dibeli oleh bapa ialah buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis,
duku, dan lain-lain lagi. Menerusi
perbualan antara abang Imran dan bapa, perbualan ini berlaku kerana abang Imran
ingin tahu dari mana bapa memperoleh buah-buahan. Selepas itu, bapa
menjawab dengan tenang yang buah-buahan itu bapa beli di pasar tani. Selain itu, bapa
juga menyuruh abang Imran agar memanggil adik-adiknya dan ibu untuk menikmati
buah-buahan yang dibeli oleh bapa bersama-sama. Tambahan pula, perbualan
merupakan elemen pendekatan linguistik wacana yang di perkenalkan oleh Stubbs
(1983).
2. Kebolehramalan
(Tivyaa)
kebolehramalan : apabila terdapat pengulangan
kata tertentu, tindakan atau kelakuan seseorang atau jalan cerita daripada
seseorang yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku
P2 di
atas iaitu “Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung” menunjukkan elemen kebolehramalan di
mana rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya Alim apabila bapanya
membawa sekeluarga pulang ke kampung halaman sempena cuti penggal. Diceritakan, Alim sekeluarga
berbual-bual mesra sambil menikmati pemandangan yang indah nian dalam
perjalanan. Deruman enjin melanggar gegendang telinganya Alim. Perjalanan ke
kampung mengambil masa 30minit. Alim merenung tingkap yang terdedah,
memerhatikan persekitaran yang sibuk. Sinar gembira mengerlip di mata Alim
apabila mengimbau kenangan silam di kampungnya yang terletak di Kajang. Pada pandangan saya, dapat diramalkan bahawa
suasana di kampung Alim segar, nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi
begitu mendamaikan. Kampungnya dikelilingi oleh kehijauan pepohon serta
nyanyian burung dan unggas. Selain dari pokok-pokok bunga yang menjadi penyeri, pelbagai
pokok buah-buahan dan sayuran turut menghijaukan segenap ruang tanah yang ada. Di samping itu,
dusun datuk terletak berhampiran dengan rumahnya. Terdapat pelbagai jenis pokok
buah di dusun datuk seperti durian, mangga, manggis, pisang dan sebagainya.
Parit besar di hadapan rumah yang menjadi saliran air sepanjang kampung.
Pelbagai jenis ikan air tawar seperti haruan, talapia, puyu dan sepat masih
mudah didapati. Tambahan pula, datuk dan nenek Alim juga
memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya, dari 10 anak ayam kampung yang
diternak, kini mampu menternak antara 20 hingga 30 ayam kampung. Disebabkan keistimewaan inilah Alim tidak sabar untuk pulang ke
kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap
kali pulangnya Alim ke kampung sempena cuti sekolah, maka dia gembira bermain
dengan ayam dan itik kepunyaan nenek. Alim seronok melihat telatah ayam mandi
air, berkejar-kejaran, bergaduh dengan itik dan angsa. Alim juga mengiringi
datuknya membersihkan reban ayam dengan menggantikan surat khabar yang lebih
bersih dari sebelum ini. Bukan itu sahaja, setelah bersolat Zohor
datuk dan Alim juga ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk
memancing dan melihat lukah yang ditahannya. Air sungai sangat jernih seperti
cermin dan terdapat banyak ikan di dalam sungai. Datuk mengajar Alim teknik
memancing ikan di sungai. Sambil memancing mereka berdua menikmati pemandangan
yang indah dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kemudian, Alim sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Mereka
berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian
yang begitu banyak. Alim menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk
mengopek durian lalu Alim dan sekeluarga makan bersama-sama dengan riang.
Pendek kata, P2 iaitu “Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung” menunjukkan
keboleramalan yang ketara dan difahami dengan jelas.
3. Fonotaktik
(Afifah)
“Ni
ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak
merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah,” arah ibu sambil
menunjukkan kearah bakul sampah.
Fonotaktik boleh didefinisikan sebagai
kesediaan membantu pendengar untuk memahami ucapan yang diucapkan oleh pengucap
dengan jelas. Jika diteliti teks pada P3 iaitu arah ibu sambil menunjukkan
kearah bakul sampah jelas menunjukkan elemen fonotaktik digunakan. Dalam hal ini, ibu menyuruh anaknya untuk membuang sampah pada tempat
yang sepatutnya supaya sisa makanan buah- buahan tidak bersepah merata-rata. Hal ini kerana anak-anak
ibu masih kecil terutamanya Alim dan Aisyah kemungkinan arahan yang diberikan
kepada mereka sukar untuk difahami jika ibu hanya bercakap sahaja. Justeru itu, ibu telah menunjukkan keberadaan
bakul sampah kepada anak-anaknya dengan niat arahannya itu mudah dan jelas
difahami. Dalam
konteks ini, arahan
yang diberikan oleh ibu difahami dengan jelas oleh anak-anak apabila mereka
mengangguk tanda faham apabila ibu memberikan arahan. Lantaran itu, pada pandangan saya, elemen
fonotaktik dalam sesebuah wacana penting kerana dalam sesetengah situasi
contonhya seperti di P3 dapat membantu seseorang untuk memahami apa yang ingin
disampaikan oleh pengucap dengan jelas. Oleh hal
yang demikian, komunikasi diantara dua individu dapat berjalan
dengan lancar tanpa sebarang halangan.
4. Tatabahasa
(Iqbal)
Merupakan
peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil
ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan,
pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya
bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.
P2:
“Ni, ibu dah sediakan bakul sampah.”
: “Letak semua sampah dalam ni ye.”
Berdasarkan
petikan dalam perenggan tiga, “Ni,
ibu dah sediakan bakul sampah. Letak
semua sampah dalam ni ye” menunjukkan ayat perintah yang diberikan oleh
ibu kepada anak-anaknya. Hal ini kerana ibu
melihat keadaan sekitar rumah yang mempunyai sampah yang berada di atas lantai.
Kesalahan tatabahasa dapat dilihat melalui petikan ini apabila ibu menggunakan
perkataan yang tidak lengkap daripada sudut tatabahasa. Sebagai contoh perkataan
“Ni” yang pada hakikatnya tidak menunjukkan perkataan yang lengkap. Oleh yang demikian, perkataan yang sebenarnya ialah “ini” yang menunjukkan
ejaan yang betul dalam bahasa Melayu.
Seterusnya ialah penggunaan perkataan “ye” yang juga merupakan kesalahan tatabahasa
yang ketara. Hal ini demikian perkataan “ye” dijadikan sebagai ayat penguat dalam
lisan yang bersifat arahan. Walaubagaimanapun,
penggunaan perkataan ini
mungkin mempunyai kesalahan tatabahasa, namun jika ibu berniat untuk memberikan
arahan yang jelas kepada anak-anaknya dan anak-anak pula memahami arahan yang
disampaikan dengan cara tersebut, justeru dianggap tiada masalah dan
dibolehkan dalam konteks ayat kerana dalam lisan boleh hadir dalam
berbagai-bagai bentuk gaya percakapan dan yang lebih diutamakan ialah pendengar
dapat memahami apa yang disampaikan.
5. Intuisi
tentang urutan wacana (Maurice)
P12:
Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa
mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah
besar di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman
yang sedang menyapu lantai di luar rumah.
Intuisi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai daya atau
kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat
pertimbangan secara sedar, gerak hati. Dalam konteks wacana, intuisi merupakan kebolehan meneka kesudahan
sesuatu wacana.
Bertitik tolak daripada kanyataan
di atas, ayat ‘Alim terserempak dengan Mak Cik Timah
iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah’ seperti
yang ditunjukkan dalam P12 di atas dapat melahirkan intuisi tentang perkara
yang bakal terjadi. Secara logiknya, apabila
terserempak dengan seseorang, kita akan saling bertatapan wajah.
Dalam situasi tersebut, Mak Cik
Timah dan Alim berpandangan antara satu sama lain. Keadaan ini tentunya akan membawa kepada perbuatan sapa-menyapa. Hal ini demikian kerana mereka hidup
berjiran. Justeru, Alim
mengangkat tangannya ke arah Mak Cik Timah sebagai tanda menyapa. Hal yang sama dilakukan
oleh Mak Cik Timah untuk membalas sapaan Alim.
Menyentuh
tentang intuisi, kita
dapat menggambarkan bahawa Mak Cik Timah dan Alim akan bercakap tentang
sesuatu. Dalam
konteks cerita ini, mereka mungkin akan bercakap mengenai buah-buahan yang
diberikan Alim kepada Sulaiman. Selain itu, intuisi
menggerakkan hati pembaca untuk meramalkan yang Mak Cik Timah akan berterima
kasih kepada Alim.
Dalam hal ini, berkemungkinan
Mak Cik Timah sudah lama ternanti untuk Alim keluar dari rumah. Hal ini demikian kerana beliau
hendak berterima kasih sendiri kepada Alim. Hal ini juga berkemungkinan kerana Mak Cik Timah tidak mengetahui sama ada anaknya,
Sulaiman sudah mengujarkan frasa ‘terima kasih’ kepada Alim atau sebaliknya. Oleh kerana itu, Mak Cik
Timah mungkin sengaja menyapu di luar rumahnya dengan harapan dapat berjumpa
dengan Alim sendiri. Hal ini
menggambarkan bahawa
Mak
Cik Timah merupakan seorang ibu yang prihatin terhadap segala perkara yang
berlaku di sekeliling Sulaiman. Pendek kata, Mak Cik Timah berkemungkinan ingin menunjukkan penghargaannya kepada
Alim atas kebaikan yang Alim tunjukkan kepada Sulaiman.
Kesimpulannya, unsur intuisi dapat menggerakkan
hati pembaca untuk menduga kesudahan sesuatu wacana. Selain daripada itu, penggunaan unsur-unsur intuisi dalam wacana
akan menarik minat orang untuk meneruskan pembacaan atau tontonan. Tegasnya, unsur intuisi penting dalam sesebuah wacana.
6. Kebolehramalan
(Iffat & Iqbal)
Kebolehramalan
merupakan elemen teori stubbs yang merujuk kepada andaian pembaca. Elemen ini
dapat dilihat dalam B25 “Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman.
Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim”. Hal ini demikian kerana pembaca boleh membuat andaian sendiri
mengenai hubungan Alim dan Sulaiman. Disingkapkan, Alim yang merupakan
seorang kanak-kanak istimewa telah memberi buah manggis kepada keluarga
Sulaiman. Malah, Alim merupakan orang pertama yang mencadangkan kepada
kedua-dua ibu bapanya untuk memberikan sedikit buah-buahan yang dibeli bapa di
pasar tani kepada keluarga Sulaiman. Hal ini menunjukkan bahawa
Alim mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Sulaiman dan keluarga
sehinggakan dia mengingati tentang keluarga tersebut apabila dia melihat
buah-buahan yang banyak itu. Dalam pada itu, Alim
juga menyatakan bahawa dia amat menyukai Sulaiman kepada Mak Cik Timah. Pada pendapat saya, Alim berkemungkinan amat menyukai
Sulaiman kerana Sulaiman merupakan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Sebagai
seorang kanak-kanak, Alim akan menjadi rapat dengan mereka yang sebaya
dengannya. Seterusnya, Alim juga berkemungkinan selalu bermain
dengan Sulaiman dan hubungan mereka menjadi lebih akrab. Tambahan pula, Sulaiman juga berkemungkinan sentiasa
melayan Alim dengan baik. Oleh hal yang demikian, Alim
ingin berkongsi kegembiraan yang dimilikinya dengan Sulaiman dan keluarga. Konklusinya, pembaca
boleh memberi andaian dan tafsiran sendiri terhadap hubungan Alim dan keluarga
Sulaiman. Bahkan, andaian setiap pembaca berbeza mengikut kefahaman
masing-masing.
7. Kebolehramalan
dan idealisasi (Hazwani)
‘‘Ni, ibu dah sediakan
bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti
rumah akan kotor dan bersepah,’’ arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul
sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.
Dialog di atas menunjukkan elemen
kebolehramalan dan idealisasi. Ayat ibu dah sediakan bakul sampah itu
menunjukkan bahawa ibu seorang yang pembersih. Selain itu, ibu juga tidak
mahu sampah daripada buah-buahan yang dimakan oleh keluarganya bersepah. Tambahan pula, ibu juga tidak
mahu rumah mereka berada dalam keadaan yang kotor. Seterusnya, jika rumah dalam keadaan kotor, ia akan menyebabkan tikus dan lipas akan
berkeliaran di dalam rumah. Di samping
itu, ibu mahu memastikan rumah dalam keadaan bersih agar mereka sekeluarga duduk
dalam keadaan yang selesa sepanjang mereka di rumah. Justeru, ibu telah menyediakan
tong sampah agar anak-anaknya membuang sampah buah-buahan ke dalam tong sampah.
Lantaran itu, Imran, Madinah,
Alim dan Aisyah memahami arahan ibu dan mengikut arahan yang diberikan. Menerusi
dialog ini, ibu sebenarnya
memberi arahan kepada anak-anaknya agar menjaga kebersihan. Selanjutnya, kebersihan adalah
sangat penting dalam kehidupan. Sememangnya, arahan yang diberikan oleh
ibu kepada anak-anak ringkas, tegas dan mudah difahami oleh anak-anak. Seterusnya, anak-anak juga terus
mendengar kata tanpa ada bantahan terhadap arahan yang ibu berikan. Kesimpulannya, dialog ini merupakan
elemen kebolehramalan dan idealisasi yang diperkenalkan oleh Stubbs (1983).
8. Kawalan
struktur bermaksud (Maurice)
P 13: Alim memberikan plastik tersebut kepada
Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim
terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham
sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga
akan berkongsi barang atau makanan dengannya.
P13 di atas menunjukkan bahawa adanya elemen kawalan
struktur bermaksud seperti dalam teori analisis wacana oleh Stubbs (1983). Jika diteliti dengan lebih
mendalam,
setiap ayat dalam P13 memiliki struktur yang mampu difahami oleh pembaca
dan mampu dibayangi dengan mudah.
Misalnya dalam “Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman.”,
“Sulaiman tersenyum.” dan “Dia mengucapkan terima kasih kepada
Alim.”, dapat difahami dan dibayangkan bahawa setiap peristiwa yang
digambarkan dalam cerita berlaku mengikut kronologinya. Pada hemat saya, dapat dibayangkan
bahawa ekspresi Alim ketika itu agak tenang. Selain itu, Alim mengukirkan
senyuman apabila berdiri di hadapan Sulaiman. Pada masa yang sama, Sulaiman juga
membalas senyuman Alim. Selain
daripada itu, dapat digambarkan juga bahawa Sulaiman terus
melihat kandungan plastik tersebut. Sulaiman melihat buah-buahan kegemarannya ada
di dalam plastik tersebut. Raut wajah Sulaiman juga menunjukkan bahawa dia
sangat teruja. Dalam hal
ini, Sulaiman
tidak sabar untuk makan buah-buahan tersebut. Lantaran itu, Sulaiman
cepat-cepat berterima kasih kepada Alim tanpa membuang masa. Begitu juga dengan Alim yang
tidak sabar untuk pulang ke rumahnya dan menceritakan kepada ibu dan ayahnya
tentang kegembiraan yang tergambar pada wajah Sulaiman. Justeru, dia berasa sungguh
berpuas hati kerana dapat berkongsi buah-buahan tersebut kepada jirannya.
Seperti yang telah dinyatakan, Sulaiman gembira
apabila menerima buah-buahan daripada Alim. Hal ini demikian kerana dia sudah lama tidak merasai buah-buahan segar seperti itu. Situasi ini seolah-olah
menggambarkan bahawa
Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub merupakan sebuah keluarga yang hidup
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Justeru itu, mereka tidak mampu
membeli buah-buahan tersebut di pasar tani. Apabila mendapat tahu kandungan
plastik yang diberikan oleh Alim, Sulaiman berterima kasih tanpa membuang masa.
Hal tersebut
demikian kerana Sulaiman telah dididik oleh ibu dan ayahnya supaya sentiasa berterima
kasih apabila menerima kebaikan daripada orang lain. Dalam situasi Alim pula,
dia berasa gembira dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Dengan berbuat demikian, Alim berasa puas
hati kerana itulah yang diajarkan oleh orang tuanya.
Kesimpulannya, P13 di atas memiliki ayat-ayat yang
berstruktur di mana penceritaan di sebalik ayat-ayat tersebut dikawal dengan
baik. Hal ini bermakna kisah
yang disampaikan dalam P13 dipaparkan mengikut susunan atau kronologi yang
teratur. Daripada penerangan di atas, saya
ingin simpulkan bahawa elemen kawalan struktur bermaksud oleh Stubbs (1983)
sememangnya perlu bagi memastikan pembaca memahami kronologi kisah dengan lebih
mudah.
9. Wacana
Canonical dan idealisasi (Afifah & Tivyaa)
“Alim suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim,”
Kata Alim lagi sambil melambai kea rah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah.
Berdasarkan
P14 dalam dialog di atas, ayat Alim suka Sulaiman merupakan elemen bagi wacana
canonical dan idealisasi. Hal ini demikian kerana, wacana canonical dan idealisasi
berkait rapat dengan susunan ayat yang mengikut aturan tatabahasa yang betul
dan mempunyai mesej yang jelas. Dalam hal ini, ayat Alim suka Sulaiman merujuk kepada
sikap Alim yang mudah untuk berkawan dengan semua orang. Hal ini jelas ditunjukkan apabila Alim dengan berbesar hati ingin berkongsi buah
–buahan dengan Sulaiman. Bagi sesetengah orang, untuk berkongsi sesuatu adalah perkara
yang sukar namun, Alim sanggup berkongsi buah-buahan dengan Sulaiman yang
merupakan jiran mereka kerana Alim menganggap Sulaiman sebagai kawannya. Oleh sebab itu, Alim
menyatakan kepada Mak Cik Timah yang dia suka akan Sulaiman. Pada pendapat saya, ayat
yang diujarkan oleh Alim kepada Mak Cik Timah iaitu Alim suka Sulaiman,
menunjukkan wacana canonical dan idealisasi yang jelas kerana susunan ayat yang
diujarkan ialah susunan ayat yang mengikut aturan tatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, dalam
ayat yang diujarkan Alim, mengandungi subjek, kata kerja dan objek serta
mengandungi maksud idealisasi bahawa Sulaiman seorang rakan yang baik. Oleh hal yang demikian, Alim
suka berkawan dengan Sulaiman. Secara keseluruhannya, pada ayat P14 elemen wacana canonical dan
idealisasi terbukti digunakan dalam wacana ini.
10. Analogi
(Iffat)
Ujaran “Adik nak manggis” dalam
B10 menunjukkan terdapatnya unsur analogi dalam Cerita Sosial Dua. Analogi
merupakan sebuah bentuk perbandingan. Oleh hal yang demikian, melalui ujaran dialog tersebut kita
dapat lihat perbandingan antara buah-buahan yang ada. Menerusi penceritaan tersebut, kita
mengetahui bahawa Bapa telah membeli pelbagai jenis buah-buahan di pasar tani. Antaranya, buah
rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan pelbagai lagi
buah-buahan yang lain. Namun begitu, watak Aisyah telah memberi tahu bahawa
dia inginkan buah manggis. Di samping itu, Aisyah dilihat sangat teruja kerana dia
memberitahu keinginannya untuk memakan buah manggis sambil berlari-lari
mendapatkan buah tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa Aisyah lebih memilih
buah manggis berbanding buah-buahan yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbandingan dan perbezaan tara
atau kedudukan buah-buahan yang telah dibeli oleh bapa di mata Aisyah. Dalam pada itu, Aisyah
tidak menunjukkan sebarang minat atau keterujaan terhadap buah-buahan yang
lain. Pada pandangan saya, berkemungkinan buah manggis merupakan
buah kegemaran Aisyah. Tambahan pula, sebagai seorang kanak-kanak, Aisyah
berkemungkinan lebih tertarik kepada buah manggis berbanding buah-buahan
ekszotik yang lain seperti durian, rambutan dan sebagainya. Selain itu, Aisyah
juga berkemungkin tidak berapa menyukai buah-buahan yang lain kerana di tidak
menunjukkan sebarang keterujaan. Kesimpulannya, terdapat analogi atau perbandingan iaitu
Aisyah lebih menggemari buah manggis berbanding buah-buahan lain yang dibeli
oleh Bapa.
11. Kesimpulan
(Syakirah)
“Bapa beli dari pasar
tani tadi. Mari kita semua makan. Panggil adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh
makan bersama,” kata bapa kepada abang Imran. “Mari kita semua makan. Panggil
adik-adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama”
Ayat di atas menunjukkan bahawa bapa
membuat kesimpulan daripada keputusan yang dicapai dengan memberikan arahan
kepada abang Imran untuk memanggil semua ahli keluarganya berkumpul dan makan
buah-buahan yang dibawa pulang oleh bapa daripada pasar tani. Selain itu, bapa membuat
kesimpulan bahawa membeli buah-buahan yang banyak dapat berkumpul bersama ahli
kelurga dan mengeratkan hubungan mereka sekeluarga. Tambahan
pula, bapa juga tahu akan keluarga mereka mempunyai tugas masing-masing dalam
meneruskan kehidupan seharian terutamanya ibu yang sibuk menguruskan rumah
serta anak-anak. Jadi, bapa mengambil
keputusan untuk membeli buah-buahan tersebut bagi tujuan berkumpul sesama
keluarga. Sehubungan
dengan itu, bapa tahu bahawa anak-anaknya gemar akan buah-buahan tempatan terutamanya
Asiyah yang akan gemar buah manggis. Justeru, bapa tidak melepaskan peluang untuk membeli buah kesukaan anaknya
memandangkan buah tersebut mempunyai musim. Sungguhpun demikian, buah tersebut
mempunyai musim, adakalanya setahun sekali sahaja mengikut cuaca yang kini
tidak menentu. Tegasnya, bapa bijak dalam
menggalas tanggungjawab menguruskan kelurganya terutamanya dalam mengambil hati
anak-anak serta isterinya dengan cara membeli makanan yang disukai oleh
keluarganya supaya keluarga dapat berkumpul mengeratkan hubungan silaturahim
sesama mereka.
“Baik sungguh anak ibu.
Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan
ke dalam plastik merah. “Mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah”
Ayat di atas pula menunjukkan bahawa
ibu membuat kesimpulan daripada keputusan yang dibuat setelah mendengar
cadangan daripada Alim. Diceritakan sebelumnya, Alim mencadangkan
kepada ibu untuk berkongsi buah-buahan yang dibeli oleh bapa kepada Sulaiman
yang merupakan kawan baik Alim. Dalam pada itu, ibu bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Alim lalu ibu mengambil
keputusan untuk membungkus buah-buahan tersebut. Sehubungan dengan itu, ibu juga
terkejut apabila Alim ingat pesanan daripada dia dan suaminya akan sentiasa
berkongsi rezeki serta berbuat baik sesama rakan-rakan. Ibu tidak menyangka,
kanak-kanak seperi Alim dapat mengingati akan pesanan baik yang dikongsikan
bersama. Walau bagaimanapun, ibu tahu
setiap ajaran dan tindakan yang baik terhadap anak-anaknya pasti akan membantu
mereka suatu hari nanti walau dimana mereka berada. Tambahan pula, ibu sentiasa
membantu dan mengajar Alim menjalani kehidupan seharian serta membuat perkara
yang baik agar suatu hari nanti tindakan baik yang kita lakukan pasti dibalas
dengan perkara yang baik. Kesimpulannya, ibu berasa sangat
gembira kerana tindakan dan perbuatan anaknya Alim membuahkan hasil daripada
didikan dia dan suaminya atas cadangan Alim yang ingin berkongsi buah-buahan
yang dibeli oleh bapa untuk diberikan kepada Sulaiman dan keluarganya.
Bibiliografi
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(2005). Kamus Dewan (Edisi
keempat.). Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Normaliza Abd
Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan
Aplikasi.Terengganu:
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment