Sunday, July 4, 2021

BBM5407DUA2021: Teori Coulthard 1977 (Keluarga)

 

Tugasan 1: Teori Analisis Coulthard (1977)

Bahan: Puisi Keluarga (m/s 19)

Rujukan Buku:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Pengekodan:

R1B1d2 - Rangkap 1, baris 1 dan 2

R3B1 – Rangkap 3 baris 1

R2 – rangkap 2

 

TEORI ANALISIS WACANA COULTHARD (1977)

1.     Linguistik Kontekstual

 

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti

 

Berdasarkan R1B1d2 elemen linguistik kontekstual jelas ditunjukkan. Hal ini dibuktikan dalam ayat “saya berasa puas hati”. Dalam hal ini, saya berasa puas hati itu merujuk kepada perasaan positif oleh watak yang berasa senang dengan sesuatu yang sudah dicapai. Dalam konteks ini, watak telah meluahkan rasa puas hati kerana telah menolong kedua ibu bapanya. Pada pandangan saya, watak “saya” dalam lirik di atas merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana, dia membantu ibu dan ayahnya dari pagi sehingga malam. Dalam hal ini mungkin watak menolong ibu dan ayahnya dengan mengemas rumah seperti menyusun semula permainan, tidak berbuat kotor, menolong ayahnya mencuci kereta atau membantu ibunya di dapur. Dengan pertolongan yang dihulurkan menunjukkan bahawa watak dalam lirik diatas seorang yang rajin. Justeru itu, perasaan puas hati yang diluahkan sememangnya bertepatan dengan konteks lirik yang ingin disampaikan.

 

2.     Fungsi Bahasa

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, Kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada semua

Semasa saya memerlukan mereka

 

Berdasarkan R3B1 elemen fungsi bahasa jelas ditunjukkan. Dalam hal ini fungsi bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa berfungsi sebagai alat ekpresi diri. Hal ini demikian kerana, berpandukan R3B1 watak “saya” menggunakan bahasa untuk mengekspresikan diri dalam menyatakan perasaan.  Dalam konteks ini, watak “saya” telah menyatakan perasaan sayang kepada ahli keluarganya. Pada pandangan saya, jika diandaikan watak “saya” dalam R3B1 diatas seorang kanak-kanak maka sebagai seorang anak kecil mereka menggunakan bahasa untuk mengekspresikan perasaan. Dalam hal ini, anak kecil tersebut menyatakan sayang yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarganya. Jika diteliti menunjukkan bahawa watak anak kecil ini disayangi oleh semua ahli keluarganya kerana dalam susah atau senang mereka ada bersama dengan dirinya. Oleh itu, dalam R3B1 bahasa telah menjadi satu alat untuk menyampaikan perasaan. Dalam erti kata lain ,bahasa telah digunakan untuk mengekspresi diri. Justeru itu, elemen fungsi bahasa yang ditunjukkan ialah fungsi bahasa untuk mengekspresikan diri.

 

3.     Konteks

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

Berdasarkan R2 di atas, konteks untuk keseluruhan rangkap boleh dilihat dengan jelas. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan kata dalam R2. Dalam hal ini, R2 menggunakan kata yang mudah difahami. Hal ini demikian kerana, R2 tidak mengandungi kata hubung, kata pemeri dan sebagainya sehingga dijadikan ayat majmuk yang sukar untuk difahami. Sebaliknya, dalam R2 ayat yang digunakan juga singkat. Selain itu, jika dilihat pada konteks, ayat yang dinyatakan juga tidak mengandungi kata yang ada makna tersirat. Pada pandangan saya, penggunaan kata yang mudah menepati konteks keseluruhan lirik. Hal ini demikian kerana, jika diteliti keseluruhan lirik menunjukkan bahawa lirik ini diungkapkan oleh seorang kanak-kanak. Oleh itu, kata yang digunakan juga mudah dan ayat yang dipakai juga singkat. Walau bagaimanapun, kata yang digunakan tidak lari dari konteks keseluruhan topic.  Dalam hal ini, lirik atau puisi pada R2 mudah difahami dan disesuaikan dalam konteks rangkap yang lain.

 

No comments:

Post a Comment