Assalamualaikum,
ha! tugasan kali ini agak menarik sedikit. Hal ini demikian kerana, saya dapat membuat kalendar sendiri yay! Mula - mula dapat tahu buat kalendar memang rasa nak nangis. Ya lah kena pula muat turun aplikasi Adobe Photoshop yang perlu dibeli. Awal- awal dah fikir "manalah aku nak beli adobe ni". Walaupun orang kata " ala beli kat shopee je" tapi nanti beli- beli tengok tak boleh pakai. Membazir tau! Nasib la ada kawan yang pandai bab- bab benda macam ini. Hakimah dia memang pandai bab benda- benda berkaitan komputer. Tak kisahlah minta berapa sekalipun sanggup bayar yang penting boleh muat turun aplikasi Adobe kat komputer. Nak muat turun pun bukan mudah tau untuk orang yang lembab- lembab bab komputer macam saya ini hahaha. Kena menuntut ilmu dari Hakimah juga. Nasiblah dia penyabar dengan saya kalau tak rasanya memang meraung masuk kelas En. Akmal tapi tak dapat muat turun aplikasi yang dia minta. Tapi tulah dah muat turun semua pun saya mengeluh lagi. Ya lah buat kalendar bukan mudah. Nampak je senang mula- mula En. Akmal ajar dalam kelas hati dah mengomel sendiri "apa aku belajar ni" " kenapa la ambil subjek ni sem ni" eh memang banyaklah membebel sendiri. Tangan je laju berjalan tapi hati ni panas je nak kena buat kalendar. Tapi tulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila dah mula manjakan diri main - main dengan aplikasi Adobe ini jadi seronok pula buat kalendar. Eh sampai nak ambil order dari mama ayah la sebab mereka tengok kalendar lawa sangat hahaha. Walaupun tak tidur berapa malam siapkan kalendar ini, tapi bila dah print dan diberi kepada saya ya Allah rasa dia seronok dan bahagia sangat. Memang berbaloilah tak tidur bermalam- malam siapkan kalendar ini. Nak tengok hasilnya mari saya tunjuk!
Showing posts with label BBM3410 AMALI. Show all posts
Showing posts with label BBM3410 AMALI. Show all posts
Monday, December 16, 2019
BBM3410Satu2019: KELAS AMALI (FACEBOOK)
Assalamulaikum,
Selain melakukan tugasan di 'Twitter' saya dan rakan - rakan juga turut melakukan beberapa aktiviti di 'Facebook' semua ini seiring dengan subjek Multimedia yang kami ambil pada sem ini. Walau bagaimanapun, tugasan di 'Facebook' tidaklah terlalu asing kerana saya sudah terbiasa dengan media ini. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang beberapa minggu kelas Amali.
1) Cerita Kapsyen Pendek yang dilalui setiap hari
2) Mencipta Pantun 4 kerat sebanyak dua rangkap (saling membalas pantun di ruangan komen)
3) Cipta Kata- Kata Motivasi
6) Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi
7) Ulasan Buku EH!!! Media Sosial
Selain melakukan tugasan di 'Twitter' saya dan rakan - rakan juga turut melakukan beberapa aktiviti di 'Facebook' semua ini seiring dengan subjek Multimedia yang kami ambil pada sem ini. Walau bagaimanapun, tugasan di 'Facebook' tidaklah terlalu asing kerana saya sudah terbiasa dengan media ini. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang beberapa minggu kelas Amali.
1) Cerita Kapsyen Pendek yang dilalui setiap hari
2) Mencipta Pantun 4 kerat sebanyak dua rangkap (saling membalas pantun di ruangan komen)
3) Cipta Kata- Kata Motivasi
4) Tugasan Ringkasan Bab
5) Tugasan Ringkasan Bab 5
BBM3410Satu2019: KELAS AMALI (TWITTER)
Assalamualaikum,
Bagi 'post' kali ini pula saya akan kongsikan beberapa kerja yang saya telah laksanakan dalam Kelas Amali bersama En. Akmal. Bagi kerja ini ia melibatkan aktiviti di dalam buku EH!! Media Sosial dan perlu di muat naik di dalam Akaun 'Twitter' masing- masing. Disebabkan saya tidak mempunyai akaun Twitter sebelum ini maka ini adalah akaun pertama saya. Oleh itu, saya manfaatkan dengan memuat naik segala kerja untuk kelas amali yang telah diberikan oleh En. Akmal.
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah saya lakukan
1) Bebenang 1
Bagi 'post' kali ini pula saya akan kongsikan beberapa kerja yang saya telah laksanakan dalam Kelas Amali bersama En. Akmal. Bagi kerja ini ia melibatkan aktiviti di dalam buku EH!! Media Sosial dan perlu di muat naik di dalam Akaun 'Twitter' masing- masing. Disebabkan saya tidak mempunyai akaun Twitter sebelum ini maka ini adalah akaun pertama saya. Oleh itu, saya manfaatkan dengan memuat naik segala kerja untuk kelas amali yang telah diberikan oleh En. Akmal.
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah saya lakukan
1) Bebenang 1
2) 'Retweet' hantaran rakan- rakan.
3) Bebenang 2
4) Aktiviti 3 (Cerita Pendek dalam bentuk Peta Minda)
5) Aktiviti 4 (Pendekatan Analisis Wacana)
6) ' Retweet' hantaran rakan
7) Aktiviti 5 (Tulis 5 berita & Retweet 5 hantaran rakan)
Wednesday, December 4, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Kepesatan
teknologi dalam era kini telah menyebabkan teknologi maklumat dan komunikasi
terus berkembang. Pelbagai kaedah dan pendekatan telah diperkenalkan dalam
pembelajaran bahasa terutamanya untuk berhubung dalam alam maya. Buku Eh!!!
Media Sosial mengandungi 8 bab keseluruhannya. Pada bab 1 membincangkan
mengenai kepentingan menggunakan media sosial. Pada bab 2 dalam buku ini pula
menekankan mengenai twitter dan trend terkini. Berdasarkan kajian yang
dijalankan pada pengkaji terdahulu jelas menunjukkan bahawa twitter ini
merupakan satu medium yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.
Bab 3 pula menghuraikan mengenai medium Facebook. Berdasarkan bab ini
kepentingan Facebook dalam menghubungkan masyarakat telah dihuraikan. Bab 4
menceritakan mengenai Instagram. Dalam bab ini cara menggunakan Instagram
secara betul telah dikemukakan. Bab 5 pula mengenai e- mel yang masih lagi
digunakan hingga kini. Namun begitu, penggunaan emel ini lebih tertumpu kepada
perkara yang melibatkan interaksi kerja. Selain itu, bab 6 dalam buku ini
berkisarkan mengenai Blog. Berdasarkan bab ini cara- cara untuk menulis blog
dengan baik telah dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 7
membincangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna.
Dalam bab ini hal - hal berkaitan dengan penggunaan bahasa yang salah telah
dibincangkan. Bab terakhir dalam buku
ini ialah bab 8. Bab 8 ialah bab yang merangkumi implikasi pedagogi.
Berdasarkan bab ini kepentingan mengenai media sosial dan impaknya kepada
pelajar telah dihuraikan.
Secara keseluruhannya, penggunaan buku ini dapat memberikan maklumat yang
berfaedah kepada pengguna mengenai media sosial. Terutamanya kesan, isu dan
cara untuk mengatasi masalah yang melibatkan penggunaan media sosial dalam
bidang pendidikan. Selain itu, buku ini juga dapat menambahkan lagi kefahaman
pengguna mengenai penggunaan media sosial dari sudut positif. Oleh itu,
penggunaan buku ini adalah sesuai untuk semua golongan masyarakat seperti guru,
penyelidik dan pelajar.
Rujukan:
Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.
BUKU INI
BERHARGA RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#5Disember2019
#UlasanBuku
Monday, November 25, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi
Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori
dan Aplikasi” yang ditulis oleh Normaliza Abd. Rahim (2019) yang berharga Rm 20 ini merupakan sebuah
buku yang merangkumi pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
kajian. Ia meliputi tujuh bab keseluruhannya yang merangkumi beberapa kajian.
Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. kajian
bab 1 menjelaskan mengenai definisi wacana yang merujuk pelbagai bentuk seperti
teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Menurut
kajian yang dijalankan wacana itu boleh difahami dengan mudah jika tujuan
sesuatu wacana itu jelas. Bab 2 menyenaraikan beberapa teori dan pendekatan
wacana untuk tujuan memudahkan proses analisis. Keutamaan pemilihan teori dan
pendekatan yang sesuai akan dapat menjelaskan data dengan baik. Bab 3 pula
menghuraikan tiga jenis kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana
tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak- kanak autisme. Kesemua
jenis kajian ini telah dikaji dengan menggunakan pendekatan yang telah dipelajari
dalam bab sebelumnya. Seterusnya bab 4 menghuraikan mengenai strategi
komunikasi. Strategi yang dibincangkan merungkai cara komunikasi yang sesuai
dalam semua lapisan masyarakat tanpa rasa tidak puas hati antara satu sama
lain. Bab 5 menyenaraikan dan membincangkan beberapa taksonomi dan pendekatan
strategi komunikasi oleh beberapa tokoh analisis wacana. Kesemua taksonomi dan
pendekatan ini dijelaskan secara mendalam agar setiap pendekatan boleh difahami
dengan jelas. Bab 6 menganalisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak –
kanak. Kajian ini melibatkan kanak – kanak sekolah rendah berusia 11 dan 12
tahun. Perbincangan yang telah dilaksanakan telah dianalisis dengan menggunakan
16 pendekatan strategi komunikasi. Bab 7 yang merupakan bab terakhir dalam buku
ini. Bab ini merangkumi beberapa cadangan untuk penambahbaikan mengenai kajian
wacana dan strategi komunikasi pada masa akan datang.
Buku
ini merupakan buku yang memberi penjelasan mengenai analisis wacana secara
mendalam. Penggunaan buku ini dapat memberikan kesan yang baik terhadap semua
lapisan masyarakat. Baik dari segi menjalankan kajian berkaitan wacana mahupun
strategi komunikasi. Selain itu, melalui penggunaan buku ini masyarakat dapat
mengenal pasti strategi yang sesuai untuk berkomunikasi di antara satu sama
lain. Hal ini membolehkan komunikasi dua hala berjalan dengan lancar tanpa
sebarang salah faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, penggunaan
buku ini sememangnya penting untuk semua pihak.
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Blog di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium yang mempunyai banyak
manfaatnya kepada penggunanya. Bukan sahaja digunakan sebagai tempat untuk
berkongsi maklumat malahan blog juga digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari. Selain itu, blog juga biasanya digunakan untuk mempromosikan
atau mengiklankan barangan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa blog boleh dijadikan sebagai satu alat untuk
menjana pendapatan. Tiga ciri utama blog ialah pautan ke kawasan yang lain
dalam web, komen pada pautan dan interaktif saling berkait menjadikan blog
sebagai satu rangkaian sosial dan medium komunikasi untuk para penggunanya.
Penulisan blog juga melibatkan warga
pendidik. Disebabkan ramai guru tidak berpengalaman menggunakan teknologi moden
penggunaan blog ini dapat membantu mereka. Hal ini demikian kerana, Blog Pendidikan
mengandungi latihan umum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum
balas serta langkah asas dalam proses untuk memperbaiki penulisan pelajar.
Penggunaan bahasa yang tidak formal dalam blog juga menyebabkan keyakinan diri,
kreativiti, pemilikan dan pembangunan komuniti melalui penulisan meningkat. Bagi
pelajar, kemahiran menulis mereka dalam pembelajaran bahasa dapat dibentuk. Hal
ini demikian kerana, dengan menulis blog pelajar akan belajar istilah satu per
satu dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, pembendaharaan kata dan cara
susunan penulisan mereka. Namun begitu, isu sensitiviti juga perlu diberi
perhatian oleh pelajar.
Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan perempuan. Pengguna
dalam kalangan perempuan lebih menggunakan tiga ciri bahasa berbanding lima
ciri bahasa yang lain iaitu unsur
penegas, penambahan soalan dan juga unsur kesangatan dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang tidak baik. Penulisan blog turut melibatkan privasi tetapi idea
penulis masih dapat diluahkan dengan cara yang unik.
Selain membantu dalam kemahiran
penulisan, penulisan blog ini juga dapat menjadi tempat untuk penggunanya
mengembangkan idea dan membentuk hobi yang baik. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan pengguna blog berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan bahawa
mereka menggunakan blog untuk menulis puisi, surat, membuat hantaran gambar, menulis
skrip, membuat teka – teki dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa
penggunaan blog ini sangat berguna kepada semua. Bukan sahaja sebagai platform untuk
bertukar pendapat tetapi juga untuk meluahkan idea yang terdapat pada diri
pengguna.
Monday, September 30, 2019
BBM3410Satu2019: Suatu Ketika
Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Namun, bagi saya keluarga yang saya miliki sudah cukup sempurna dan saya bersyukur dengan kurnia-Nya. Ayah dan mama tidak pernah membuatkan aku lupa pada kenyataan bahawa mereka sentiasa ada di belakang saya dalam setiap perkara. Suatu ketika dulu saya pernah gagal, dan tak mampu untuk bangkit semula. Bagi saya buat apa nak usaha kalau rasa semua tak akan berjaya? Tapi ayah dan mama tidak menyalahkan saya atas kegagalan itu. Mereka masih setia bagi dorongan untuk saya teruskan. Masih teringat lagi ayah pernah cakap " Tak apa long, bukan rezeki. teruskan lagi". Jatuh juga air mata pada masa itu. Mama memang bukan jenis yang menunjukkan emosinya dengan kata- kata, tapi saya tahu dalam setiap doanya dia sentiasa mendoakan saya dan adik saya.
Nak bangkit dari kegagalan bukan mudah. Tidak pasti berapa kali saya menangis sambil meneruskan apa yang saya inginkan. Tidak pasti juga berapa kali tidur malam tak lena kerana takut untuk gagal semula. Alhamdullilah dalam rasa tidak pasti itu, keluarga ada di sisi. Adik dalam diam juga memberikan dorongan. Apabila diri ini sekali lagi jatuh, adik hulurkan tangan untuk aku bangkit. Ya allah, terima kasih. Jika tiada mereka, mungkin sekarang saya bukan saya.
BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH
Assalamualaikum.
Dah masuk musim peperiksaaan ini, pasti ramai pelajar yang sudah mula hendak mencari tip belajar yang mudah tetapi berkesan. Di sini, saya hendak kongsi tiga tip belajar dengan mudah untuk menghadapi peperiksaan kelak. Namun begitu, bukan semua tip ini sesuai dengan semua pelajar. Sekiranya tips ini dapat membantu Alhamdullilah. Sekiranya tidak, mungkin ada cara lain yang boleh digunakan oleh pelajar sendiri untuk belajar dengan mudah. Semoga Berjaya !
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































