Kepesatan
teknologi dalam era kini telah menyebabkan teknologi maklumat dan komunikasi
terus berkembang. Pelbagai kaedah dan pendekatan telah diperkenalkan dalam
pembelajaran bahasa terutamanya untuk berhubung dalam alam maya. Buku Eh!!!
Media Sosial mengandungi 8 bab keseluruhannya. Pada bab 1 membincangkan
mengenai kepentingan menggunakan media sosial. Pada bab 2 dalam buku ini pula
menekankan mengenai twitter dan trend terkini. Berdasarkan kajian yang
dijalankan pada pengkaji terdahulu jelas menunjukkan bahawa twitter ini
merupakan satu medium yang dapat memberikan impak positif kepada masyarakat.
Bab 3 pula menghuraikan mengenai medium Facebook. Berdasarkan bab ini
kepentingan Facebook dalam menghubungkan masyarakat telah dihuraikan. Bab 4
menceritakan mengenai Instagram. Dalam bab ini cara menggunakan Instagram
secara betul telah dikemukakan. Bab 5 pula mengenai e- mel yang masih lagi
digunakan hingga kini. Namun begitu, penggunaan emel ini lebih tertumpu kepada
perkara yang melibatkan interaksi kerja. Selain itu, bab 6 dalam buku ini
berkisarkan mengenai Blog. Berdasarkan bab ini cara- cara untuk menulis blog
dengan baik telah dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014). Bab 7
membincangkan mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna.
Dalam bab ini hal - hal berkaitan dengan penggunaan bahasa yang salah telah
dibincangkan. Bab terakhir dalam buku
ini ialah bab 8. Bab 8 ialah bab yang merangkumi implikasi pedagogi.
Berdasarkan bab ini kepentingan mengenai media sosial dan impaknya kepada
pelajar telah dihuraikan.
Secara keseluruhannya, penggunaan buku ini dapat memberikan maklumat yang
berfaedah kepada pengguna mengenai media sosial. Terutamanya kesan, isu dan
cara untuk mengatasi masalah yang melibatkan penggunaan media sosial dalam
bidang pendidikan. Selain itu, buku ini juga dapat menambahkan lagi kefahaman
pengguna mengenai penggunaan media sosial dari sudut positif. Oleh itu,
penggunaan buku ini adalah sesuai untuk semua golongan masyarakat seperti guru,
penyelidik dan pelajar.
Rujukan:
Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.
BUKU INI
BERHARGA RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12KelasAmali
#5Disember2019
#UlasanBuku
No comments:
Post a Comment