Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 7 ( ONE SHOT)

Assalamualaikum,

Bagi tugasan seterusnya ialah video one shot. Video ini hanya melibatkan satu rakaman sahaja. Jika berlaku kesalahan dalam merakam video, maka video itu perlu dirakam sekali lagi. Walau bagaimanapun, tugasan inilah yang menjadi tugasan kegemaran saya. Mungkin kerana ia melibatkan tarian kot ialah dah lama tak menari rasa teruja pula bila dapat tugasan macam ni. Namun begitu, terdapat juga halangan dalam melaksanakan video ini. Halangan yang utama ialah pemilihan lagu. Pada mulanya kami ini melakukan rakaman lagu berirama tradisional tapi disebabkan terdapat beberapa ahli kumpulan yang sukar untuk mengikuti rutin tarian dan masa yang suntuk maka kami terpaksa menukar lagu lain. Akhirnya, lagu nyayian baby shima iaitu pura- pura bujang menjadi pilihan kami. Memang sukar untuk melakukan rutin tarian ini, sehinggakan kami perlu berlatih sehingga lewat malam tetapi apabila selesai rakaman dan melihat semula video kami. Sungguh kami puas hati. Sampai ke hari ini kami masih mengingati lagu dan tarian itu. haih terngiang - ngiang la lagu walaupun nak tidur. Nak tengok bagaimana kami menggedik boleh la tonton video di bawah ini.


No comments:

Post a Comment