Ha! Tugasan minggu 9 ini spesial sikit. Prof telah menetapkan tema untuk setiap gambar yang perlu di muat naik di Instagram. Dua tema itu ialah keredhaan dan ketenangan. Dari dua tema tu bila baca sekilas memang nampak senang tapi hakikatnya memang susah. Terutama untuk konsep keredhaan. Yalah dari konsep ini prof kata kita perlu menunjukkan reaksi kita redha. Pusing juga kepala nak fikir macam mana. Akhirnya, dua gambar ini yang saya pilih dan saya muat naik di Instagram.
Gambar 1: Ketenangan
Konsep ini dia kena tengok pada orang. Ada orang dia tenang dengan panorama ada juga orang tenang dengan hobi- hobi mereka. Tapi bagi saya, tiga orang inilah yang sentiasa membuatkan saya tenang. Tak kira apa masalah sekali pun, apabila mereka ada di sisi saya, saya sentiasa rasa tenang dan pastikan akan dapat teruskan apa yang saya inginkan.
Gambar 2: Keredhaan
Redha ini jarang- jaranglah pelajar ada dalam diri. Yalah , macam saya setiap kali ada kerja mesti mengeluh. Tapi tula bila dah masuk kelas Prof. memang sikit- sikit kita belajar erti redha. Hasilnya, setiap kerja yang saya dan rakan- rakan lakukan kami berasa seronok. Terima kasih Prof. kerana mengajar kami erti redha.
No comments:
Post a Comment