Minggu sepuluh pula bagi tugasan Multimedia, Prof. telah memberikan dua lagi konsep iaitu kelegaan dan kegembiraan. Kedua- dua konsep ini seperti saling berkait antara satu sama lain. Oleh sebab itu, saya agak keliru pada mulanya. Namun, apabila difahami betul- betul apa yang Prof. kata di dalam kelas baru saya boleh memilih gambar mana yang sesuai untuk di muat naik di Instagram.
Yang seronoknya, kedua- dua gambar ini turut di 'like' oleh Prof. sendiri. Huhuuu terima kasih Prof.
Selain itu, gambar - gambar ini juga perlu di pautkan dengan Facebook dan juga Twitter.
Gambar 1: 'Kelegaan'
Nak menggambarkan kelegaaan ini memang banyak. Lega dah siap kerja, lega PITA dah nak habis lagi lega kalau dah siapkan kerja Prof. Tapi bagi saya antara banyak- banyak perkara yang buat saya berasa kelegaan ialah bila tudung tidak kotor sewaktu makan. Sungguh saya katakan tak tahu la kenapa ada tabiat buruk ni dari dulu. Sebab itu bila prof kata upload gambar berkonsep kelegaan terus saya terfikir gambar ini. Yalah, tudung bewarna cerah, memang lega lepas makan tudung kekalkan bersih. Doa- doala moga Afifah dapat berubah.
Gambar 2 : 'Kegembiraan'
Banyak perkara buat afifah gembira dan antaranya ialah bila bersama kawan- kawan. Bak kata orang kawan ini umpama saudara yang dilahirkan dengan ibu yang berbeza. Bila prof kata kegembiraan terus saya terfikirkan mereka. Tengoklah, dari gambar pun tahu betapa saya gembira bertemu mereka.
Hantaran di FACEBOOK
Hantaran di TWITTER
No comments:
Post a Comment