Pada minggu 11 pula tugasan yang diberikan Prof turut berbeza. Di sini saya ingin kongsikan dua tema atau konsep yang diberikan oleh Prof iaitu 'ibu' dan 'keberkatan'.
Gambar 1: Ibu
Bagi tugasan gambar pertama ini, prof meminta kami untuk menulis sedikit dialog yang terjadi di antara saya dan ibu. Kalau nak diikutkan dari kecil hingga besar ni banyak sangat yang kami berbual. Ada gaduh- gaduh manja, ada yang mengada. Biasalah anak perempuan sulong dengan ibunya memang banyak perangai huhuhu. Tapi pada saya perbualan yang menjadi kesan pada saya dan perbualan yang asyik berulang ialah perbualan yang saya muat naik di Instagram.
Gambar 2 : ' Keberkatan'
Gambar kedua pula berkonsepkan keberkatan. Memang tidak asinglah kalau dengan keberkatan sahaja mesti teringat ibu dan ayah kat rumah. Bagi saya berkat, restu dan doa mereka paling penting. Sebab itu dalam apa juga perkara yang saya lakukan pasti saya akan minta izin mereka dahulu walaupun ponteng kelas huhuuu. Agaknya sebabkan 'caption' yang saya tulis tu la prof 'like' dan komen 'post' saya. Terima kasih prof.
Selain muat naik di Instagram saya juga dikehendaki muat naik kedua- dua gambar ini di Facebook dan Twitter.
No comments:
Post a Comment