Rakan- rakan ini merupakan video tugasan terakhir yang diberi kepada saya dan rakan- rakan. Tugasan video ini adalah untuk merakam video bagi lagu "Saya Tahu" yang liriknya ditulis oleh Prof. Dr. Normaliza sendiri. Bagi tugasan ini saya berperanan sebagai pelakon. Ya allah, boleh tahan susah dia. Tambahan pula, untuk video ini kami menggunakan pelakon tambahan iaitu anak buah saya Qalish Humairah yang berjaya saya culik seketika untuk menghasilkan video ini. Yang mencabarnya ialah qalish ini sukar untuk bergaul dengan orang terutama lelaki, jadi kami mengalami sedikit kekangan untuk melakonkan adegan tertentu. Alhamdullilah pujuk sikit dengan mainan akhirnya menjadi juga video ini. Tapi tulah habis melayang jugak duit mak cik dan pak cik Belalang Production nak belanja si kecik ni huhuuu. Nak tengok si cilik Humairah bolehla tonton pada pautan di bawah ini.
Showing posts with label BBM3410 VIDEO. Show all posts

Monday, December 16, 2019
BBM3410Satu2019:VIDEO 15 (ONE SHOT THREE LAYER - SAYA TAHU)
Assalamualaikum,

Sunday, December 15, 2019
BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN
Assalamualaikum,
Tugasan kali ini memang seronok. Tugasan Prof ialah membuat Vlog di kedai makan. Kalau hal makan siapa yang tidak berasa seronok. Pening juga nak fikir mana nak pergi. Banyak sangat kedai dekat Malaysia ini. Tapi tulah makanan yang sedap- sedap tu kadang jauh- jauh belaka. Akhirnya, kami pilih restoran Ayam Gempuk Pak Gebus di Bangi ini. Rakan yang pergi bersama saya ialah naizatul dan juga Iqbal. Apa yang spesial pada saya ialah di kedai ini kita boleh memilih sendiri tahap kepedasan yang kita mahukan. Orang yang suka pedas macam saya dan naizatul memang teruja betul hendak merakam di tempat ini. Tapi berlainan pula dengan Iqbal. Dalam video je nampak macho boleh makan pedas. Hakikatnya, nasi yang dia ambil pada tahap pedas satu membuatkan dia berpeluh- peluh dan keluar air mata. Bayangkan pedasnya itu. Saya cukup- cukup rekomen tempat ini kepada yang suka pedas. Kalau rasa nak lagi mencabar cubalah makan set yang tahap kepedasannya tiga. Tapi ingat jangan pula marah saya kalau asyik ke tandas huhu. Mari tekan pautan di bawah dan tonton video kami !

BBM3410Satu2019: VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)
Assalamualaikum,
Ha! tugasan minggu akhir ini memang sangat mencabar bagi orang yang lemah semangat macam saya. Tugasan yang Prof berikan ialah video tragedi dan seram. Kalau tragedi itu seperti yang saya faham lebih kepada sesuatu yang melibatkan kemalangan, pembunuhan dan sebagainya. Tapi bab seram ini payah sikit nak cerita. Lazimnya mengenai hantu. Sepanjang merakam video ini alhamdullilah tiada apa yang berlaku. Nasiblah kami pilih waktu siang. Kalau malam mungkin juga ada entiti yang mengikut kami agaknya. Ya lah, kalau didengar video sebenar memang banyak juga jerit- jerit macam orang meracau. Takut juga ada terbawa balik. Lokasi kami pilih ialah Asrama Kajang High School. Bagi saya lokasi yang sesuai dan juga muzik latar yang tepat memang menjadikan video ini seperti yang diingini oleh Prof iaitu tragedi dan seram. Tapi tak tahulah kenapa apabila saya melihat video ini berulang kali geli pula hati rasa. Kalau nak tahu kenapa bolehlah tonton video di bawah.

Friday, December 13, 2019
BBM3410Satu2019: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)
Assalamualaikum,
Tugasan ini pula ialah tugasan yang melibatkan aktiviti di dalam kelas. Tugasan yang dimaksudkan ialah tugasan untuk melakar iklan bagi menjual serbuk pencuci baju. Setiap kumpulan perlu menghasilkan pelbagai bentuk serbuk pencuci baju mengikut kreativiti masing- masing. Selain itu, kami juga perlu menciptakan slogan yang dapat menarik minat prof untuk membeli. Pada saya tugasan ini sangat mencabar kerana melibatkan lukisan. Saya bukan jenis yang pandai melukis oleh itu saya telah menawarkan diri untuk mencari perkataan atau slogan yang sesuai yang boleh digunakan pada botol produk kami. Berikut merupakan beberapa lukisan yang telah kami hasilkan dalam bentuk persembahan video.

BBM3410Satu2019: VIDEO 12 ( VLOG TEMUBUAL PENSYARAH)
Assalamulaikum,
Bagi "posting" yang seterusnya ialah video temubual bersama pensyarah dan seorang pelajar. Isi kandungan video yang dirakam ialah berkaitan dengan bidang multimedia. Untuk tugasan ini, kami telah sepakat untuk menemu bual Dr. Rohaida Bt. Kamaruddin. Hal ini kerana, beliau seorang yang kerap menggunakan pelbagai multimedia dalam kelas pengajarannya. Selain itu, seorang pelajar juga telah kami temu bual untuk mengetahui pandangan beliau mengenai multimedia. Pelajar yang dipilih ialah Naim Shauqi yang belum mengambil kelas multimedia ini.
BBM3410Satu2019: VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)
Assalamualaikum,
Tugasan kali ini sekali lagi melibatkan rakaman video. Namun video kali ini pula berbeza sedikit kerana kami tidak boleh menunjukkan muka kami lansung di dalam video ini dan perlu fokus kepada satu benda sahaja. Benda yang telah kami fokuskan ialah "puzzle". Sedikit mengenai video ini ialah ia mengisahkan 11 orang rakan yang menjadikan "puzzle" itu sebagai lambang persahabatan mereka. Setelah 10 tahun berlalu mereka mengadakan pertemuan semula dan menggabungkan kesemua cebisan "puzzle" itu. Namun, satu cebisan telah hilang dan rupanya "puzzle" yang hilang itu ialah kepunyaan rakan mereka yang telah meninggal dunia dalam kemalangan. Video ini adalah salah satu video kegemaran kami semua kerana video inilah yang telah mendapat pujian prof di dalam kelas sewaktu perbentangan. Alhamdulliah. Oleh itu, untuk menonton video ini sepenuhnya boleh la lihat pada pautan di bawah.

BBM3410Satu2019: VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)
Assalamualaikum,
Video kali ini pula berkaitan dengan Peristiwa Konvokesyen di UPM. Tugasan ini agak mencabar kerana melibatkan beberapa tempat yang penting ketika berlakunya konvokesyen. Oleh itu, kami telah melakukan pembahagian tugas mengikut tempat. Kemuncak video ini ialah lokasi di dewan besar iaitu tempat konvokesyen pelajar. Apabila melihat pelajar lain menyarungkan jubah sememangnya kami berasa teruja dan tak sabar untuk menghadapi hari yang sama juga. Dengan cuaca yang panas dan kemudia hujan agak sukar untuk kami melakukan rakaman. Begitu juga sikap sesetengah ibu bapa dan pelajar yang hadir yang tidak ingin ditemu bual . Namun segala penat lelah itu dibalas dengan gambar bersama prof pada waktu petang setelah selesai majlis konvokesyen itu.
Berikut ialah hasil video temu bual bersama pelajar dan keluarga di Majlis Konvokesyen UPM.

BBM3410Satu2019: VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)
Assalamualaikum,
Bagi tugasan video one shot 3 layer saya telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengarah. Gabra juga untuk jadi pengarah tugasan besar macam ni. Namun, saya belajar banyak perkara terutamanya dalam mendengar pandangan ahli kumpulan saya untuk menjayakan rakaman video ini. Pada saya perkara paling sukar untuk tugasan ini ialah pemilihan lokasi. Kami perlu mencari lokasi dimana terdapat pergerakan untuk layer ketiga dan pergerakan itu hendaklah neutral. Namun, jika dilihat video kami, kami telah rakam video ini ditempat tertutup. Hal ini berlaku kerana, sepatutnya rakaman ini adalah untuk video one shot 2 layer namun beberapa pergerakan telah dikesan dalam video ini dan akhirnya video ini dipilih sebagai video one shot 3 layer kami. Lokasi yang dipilih pula sekolah lama saya iaitu Kajang High School. Agak sukar untuk meminta kebenaran namun kami dapat juga kebenaran untuk melakukan rakaman.

BBM3410Satu2019: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)
Assalamualaikum ,
Tugasan kali ini pula berkaitan dengan video one shot 2 layer. Dalam tugasan ini kami diminta untuk merakam video yang melibatkan seorang menyanyi dan perlu belatar belakang lakonan atau penceritaan mengenai lagu yang dipilih. Bagi tugasan ini saya ditugaskan untuk memegang kamera. Perkara yang paling sukar kerana keadaan tempat yang tidak stabil apabila bergerak membuatkan kamera itu sentiasa bergegar. Oleh itu, kamera untuk merakam video one shot 2 layer ini saya perlu pegang seerat - eratnya supaya tidak bergegar. Bayangkan betapa lenguhnya tangan memegang kamera. Habis je rakam lagu terus minta urut tangan hahahaa.. Lagu yang kami pilih pula ialah lagu raya iaitu suasana hari raya. Memang terasa seperti nak raya sungguh. Untuk melihat hasil rakaman tugasan ini boleh la lihat pada pautan di bawah ini.

BBM3410Satu2019: VIDEO 7 ( ONE SHOT)
Assalamualaikum,
Bagi tugasan seterusnya ialah video one shot. Video ini hanya melibatkan satu rakaman sahaja. Jika berlaku kesalahan dalam merakam video, maka video itu perlu dirakam sekali lagi. Walau bagaimanapun, tugasan inilah yang menjadi tugasan kegemaran saya. Mungkin kerana ia melibatkan tarian kot ialah dah lama tak menari rasa teruja pula bila dapat tugasan macam ni. Namun begitu, terdapat juga halangan dalam melaksanakan video ini. Halangan yang utama ialah pemilihan lagu. Pada mulanya kami ini melakukan rakaman lagu berirama tradisional tapi disebabkan terdapat beberapa ahli kumpulan yang sukar untuk mengikuti rutin tarian dan masa yang suntuk maka kami terpaksa menukar lagu lain. Akhirnya, lagu nyayian baby shima iaitu pura- pura bujang menjadi pilihan kami. Memang sukar untuk melakukan rutin tarian ini, sehinggakan kami perlu berlatih sehingga lewat malam tetapi apabila selesai rakaman dan melihat semula video kami. Sungguh kami puas hati. Sampai ke hari ini kami masih mengingati lagu dan tarian itu. haih terngiang - ngiang la lagu walaupun nak tidur. Nak tengok bagaimana kami menggedik boleh la tonton video di bawah ini.

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)
Assalamualaikum,
Tugasan ini pula melibatkan proses pengambilan gambar dari 4 sudut iaitu sudut 90 darjah, 45 darjah, 15 darjah dan 0 darjah. Terdapat lima kategori gambar yang perlu diambil oleh kami satu kumpulan iaitu barang, manusia, makanan, minuman dan bebas (tanaman/tumbuhan). Bagi saya shoot yang paling susah ialah flat lay dari sudut 90 darjah. Hal ini kerana, untuk mengambil gambar dari sudut atas ini kedudukan tangan kita memegang kamera perlulah betul- betul tegak 90 darjah itu. Shoot ini juga melibatkan 2 atau 3 orang untuk memastikan gambar yang diambil benar- benar menepati sudut yang diingini. Oleh itu, bagi saya shoot ini agak susah dan kami mengalami beberapa kesukaran untuk melakukan shoot ini. Berikut merupakan hasil video kumpulan kami.

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)
Assalamualaikum,
Tugasan ini pula melibatkan 10 simpulan bahasa. Kami perlu menggambarkan 10 simpulan bahasa dalam gambar. Bagi saya shoot ini paling susah sebab kalau tidak faham makna simpulan bahasa itu pasti gambar itu akan membuatkan penonton keliru. Walau bagaimanapun, semua shoot itu berjaya kami ambil dan makna yang ingin disampaikan dalam simpulan bahasa dapat disampaikan dalam bentuk gambar dengan jelas.
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)
Assalamualaikum,
Video ini pula merupakan video fotografi mengenai gambar potret dan swafoto. Tugasan ini memerlukan kami untuk mengambil potret setiap kumpulan dengan ekspresi dan gaya yang berbeza serta 5 swafoto yang berbeza. Bagi saya tugasan ini sangat menarik kerana dari gambar potret ini lah kita tahu siapa yang pandai membuat pose dan siapa yang paling kekok bergambar. Tambahan pula, lokasi yang kami pergi untuk lakukan kedua - dua tugasan ini ialah di Ikea, Cheras. Sementara nak shoot gambar sempat jugalah kami berjalan- jalan makan Meatball. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.. Memang menjadi kenangan satu kereta bersempit semata- mata nak pergi bergambar. Walaupun ada ahli yang ada peperiksaan pada hari kami perlu shoot gambar- gambar ini tapi mereka masih dapat memberikan komitmen sepenuhnya sehingga waktu malam. Kumpulan saya memang terbaik!

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 2
Assalamualaikum,
Ini ialah video pertama yang perlu dilakukan oleh kami. Pertama kali juga berkerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan video. Proses untuk setiap fotografi di dalam video ini tidaklah mudah terutamanya untuk mengambil shoot "bayang". Hal ini kerana, untuk mengambil shoot bayang kedudukan matahari amatlah penting. Begitu juga dengan shoot untuk pendua di dalam air. Walau bagaimanapun, ke semua shoot berjaya dilakukan ahli kumpulan saya. Mari saksikan video di bawah ...
Sunday, November 3, 2019
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)
assalamulaikum !
Ini merupakan tugasan pertama individu yang melibatkan suntingan video. Pengalaman bermakna juga buat saya sebab belum pernah menyunting video sendiri. Selain itu, tugasan ini juga melibatkan gambar flat lay dari pelbagai sisi untuk 11 jenis hidangan. Eh bukan mudah tau! mak ayah pun nyaris membebel sebab saya halang mereka untuk makan. Seminggu cuti seminggu juga lah setiap kali makan kamera dan buku prof sentiasa di sisi. Silalah tonton ya. Awas! jangan tonton waktu lapar

Subscribe to:
Posts (Atom)