Monday, July 5, 2021

BBM5407Dua2021: Pendekatan Strategi Komunikasi Normaliza Abd Rahim 2019 (Bual Bicara WHI 2021)


SKRIP WANITA HARI INI

CONTOH KATA KUNCI:

VTP – Video Tayang Permulaan

P2 – Pengacara 2 (Uyainaa)

P3 – Pengacara 3

VT 1 – Video Tayang 1

VT 2 – Video Tayang 2

VT 3 – Video Tayang 3

W1 – Watak 1 (anak Perempuan)

W2 – Watak 2 (ayah)

W3- Watak 3 (Ibu)

VUR1  - Video Ucapan Raya 1

VP – Video Pesanan

SL1 – Slide 1     

TDT 1 – Tetamu Dalam Talian 1

TDTA – Tetamu Dalam Talian Artis

 

Pengekodan

Transkripsi

P2P3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat tengah hari dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua penonton setia, Wanita Hari Ini. Bersiaran secara langsung pada hari ini pada 17 Mei 2021, hari Isnin bersamaan dengan 5 Syawal 1442 Hijriyah anda bertemankan saya Uyaina Arshad dan seorang lagi rakan setugas saya yang berada dalam talian sekarang ini iaitu Fiza Sabjahan. Apa yang pasti, pada hari ini kan Fizah, kami ada pelbagai perkongsian (P3:hmm hmm) menarik yang nak diceritakan bersama dengan anda.

P3P2

Hmm..hmm. Uyaina, pejam celik, pejal celik , sedar tak sedar, hari ni dah pun masuk 5 Syawal kan? (P2:betul) dan Alhamdulillah ramai juga dalam kalangan kita kalau minggu lepas semua yang rasa macam ragu-ragu, tak tahu, takut bagaimana nak menyambut ahh Aidilfitri pada tahun ini  (P2:hmm hmm) dengan keadaan PKP sekali lagi. Tapi Alhamdullilah ramai err rasanya kira-kira dalam kalangan kita yang berjaya.. berjaya mengawal diri (P2:betul) dari segi err ziarah-menziarahi jiran tetangga, ataupun ahli keluarga dan ramai duduk di rumah dan ramai juga yang sebenarnya dapat mengimarahkan sambutan Aidilfitri itu dengan cara sendiri walaupun di rumah. Tahniah diucapkan (senyum dan bertepuk tangan) (P2:betul, Fiza!) kepada anda yang mengikuti SOP.

P2/P3

Yer. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan juga kerana mematuhi SOP yang telahditetapkan walaupun ini sudah masuk tahun kedua kita tidak dapat pulang ke kampung halaman (P3:hmm hmm) dan menyambut Syawal bersama keluarga tersayang. Dan Fiza bercakap tentang COVID (P3: betul!) seperti biasalah kita di Wanita Hari Ini akan sentiasa memberi (P3:hmm hmm) update terkini tentang status COVID-19 di negara kita. Dan sehingga semalam, telah pun dilaporkan sebanyak (P3: hmm hmm) 3780 kes baharu dan (P3: ya..) telah pun dicatatkan sebanyak 36 kes kematian yang mana hari sebelumnya itu sebanyak 44 kes. Dan saya kira nombor (P3:yaa..) ini .. angka ini (P3:hmm hmm) bukan angka yang kecil. Ianya cukup-cukup tinggi dan sekiranya kita semua sebagai rakyat Malaysia (P3:hmm hmm) tidak menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin, tidak mustahil angka ini akan terus mencanak naik.

P3/P2

Betul, Uyaina. Kalau kita lihat ahh data-data yang dikeluarkan ini, (P2:hmm hmm) kita jangan hanya melihat dengan emosi tetapi kita kena melihat, mendalaminya dengan minda kita (P2:hmm hmm..) ahh.. angka ahh.. 36 kes kematian semalam itu mungkin adalah merupakan ahli keluarga, ibu, ayah atau (P2:ya..) atuk, nenek,.. sahabat atau pun sesiapa sahaja penonton yang sedang menonton ketika ini. Yang mana kalau seseorang itu dijangkiti ahh.. wabak COVID-19 ini sama ada mereka ini mendapat simptom yang ringan (P2:betul!), atau pun mungkin ramai juga dalam kalangan mereka yang mempunyai .. Amm.. Ahh .. orang kata .. ahh gejala-gejala tertentu yang akibatnya .. akhirnya memudaratkan diri mereka (P2:ya, Fiza.) sampai ke stage three.. stage four (P2:hmm) dan ahh.. kadang-kadang mereka yang pergi tu, dah tak kembali. Jadi,  kita nak ingatkan diri kita juga sebenarnya dan juga anda, penonton-penonton bahawa perkara ini bukan hanya diserahkan kepada pihak berwajib (P2:ya) sahaja tetapi tanggungjawab kita sebenarnya untuk menjaga diri kita, keluarga kita dan komuniti kita. Itu yang (P2:betul.) paling  penting sekali, kan Uyaina? (P2:Hmm hmm). 

P2P3

Dan (P3:hmm) .. dan kalau kita sendiri rasa badan dah rasa lain, seperti contohnya (P3:hmm) rasa demam, walaupun kita rasa demam taklah teruk sangat, atau pun ahh.. selesema sedikit, batuk sedikit, tetap (nada keras) kita perlu pergi berjumpa dengan doktor dan check .. ahh.. lebih baik lagi sekiranya kita dapat membuat Swab Test kerana dengan gejala-gejala (P3:hmm.. hmm) kecil ini, setiap orang sebenarnya mempunyai simptom yang berbeza-beza jika nak dikaitkan dengan COVID-19. Dan.. Fiza (P3:betul!), saya juga (P3:hmm..hmm) ingin memaklumkan sekali lagi kepada anda semua situasi di pusat (P3:hmm..hmm) kuarantin dan rawatan COVID-19 , PKRC di Taman Ekspo Pertanian Malaysia , MAEPS makin mencabar apabila kemasukan pesakit COVID-19 Kategori Tiga  semakin meningkat di pusat berkenaan. Dan saya kira (P3:ya.) ini adalah (P3:hmm..hmm) sesuatu yang membimbangkan dan menggusarkan kita semua sebab kalau dah tak cukup katil, bagaimana negara kita nak menangani dan mengendali pesakit-pesakit COVID-19 yang semakin meningkat ini.

P3P2

Hmm..hmm. betul. Akhir sekali, ini berbalik kepada diri kita kan Uyainah? Bagaimana  kita nak terus menggalas (P2:ya.) tanggungjawab ini (hmm..hmm) untuk menjaga diri kita. Itu yang paling penting sekali. OK. (P2:ya.) Itu berkaitan tentang COVID (P2:hmm..hmm). Sambil-sambil kita ingatkan diri kita dan juga anda (P2:hmm..hmm) penonton.. err.. penolong penerbit kita, Tasha sebenarnya sebenarnya walaupun berhari raya tapi tak lah bercuti sangat (P2:hahaha) sebab.. sambil-sambil tu ahh.. sempat juga dia melihat apa yang menarik yang berlaku di dalam laman sosial ini (P2:betul!) sebab kadang-kadang kalau kita nak cakap kan rakyat Malaysia ni kreatif (P2:ya.) Ahh.. macam-macam cara  untuk mereka menaikkan semangat mereka untuk menggembirakan hati dan juga ahli keluarga  dengan cara sendiri walaupun berhari raya hanya di rumah (P2:betul tu!). OK, kita nak lihat (P2:hmm..hmm) apakah rangkuman yang sempat di err...rakamkan oleh Tasha sepanjang hari raya ini apa yang menarik di media sosial.

P2

Jom, sama-sama kita saksikan.

VT1

Satu.. dua.. tiga!

Satu.. dua.. tiga!

Satu.. dua.. tiga! Lagi dua!

Satu.. dua.. hei, betul-betul!

Satu.. dua.. tiga.. lagi... Last shot! last shot!

Satu.. dua..

Satu.. dua.. tiga. It’s a wrap!

 

VT2W1W2W3

W1:Mempersembahkan anak yang paling baik (sambil berpusing-pusing dan melutut. Kemudian bersalaman.) Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Minta maaf. Muahh! Muahh! Muahh! (mencium pipi)

W2: Murid cemerlang.

W1: Nak yang mana? Nah.

W2:Aku nak yang mana?

W1:Nah. Ini.

W3:Terima kasih. Stok dia lagi banyak.

W1: Bau taik.Hahahahaha. Selamat hari raya maaf zahir batin. Muahh.muahh. muahh.

W3: Buat perangai baik-baik.

W1: (mengulurkan sampul sambil membuat bunyi) Janganlah tengok! Perangai cam budak-budak. Ok. Berundur anak yang paling baik.  Berundur.

 

VT3

Assalamualaikum.

Tokmi!

Selamat Hari Raya, Tokmi.

(bergerak naik atas tangga)

Hai, Tokmi!

Selamat Hari Raya. Jemput naik.

(turun semula)

 

 

 

Pengekodan

Transkripsi

VT4

N: Kau tengok la abang aku tu

W1: Jangan bergaduh!

W2: Ok

N: Abang aku tengah bersiap sedia nak wrestling tangan aku

W3: Wrestling ke abang woi. Sabar, sabar, sabar.

W2: Tengok semua. Ni bukti abang saya nak wrestling saya.

N: Takut nak salam dia ni. Sepuluh minit lepas bersalaman gaduh balik. Haha.

W2: Selamat hari raya. Maaf zahir batin. (sambil bersalaman dan cium tangan)

P2P3

Meriah betul saya tengok ragam mereka atau rakyat Malaysia yang menyambut satu syawal. Walaupun berada di rumah tapi kemeriahan (P3: hmm, hmm) dan semangat tu masih lagi boleh dirasai kan Fiza?

P3P2

Ya. Yana, (P2: Ya) antara semua tu Yana yang mana satu? Anak yang paling baik ke anak yang paling comel? Ada tak mcam kadang-kadang .. tapi kadang-kadang kita macam ada perangai masing-masing kan (P2: Ya.. ya.. ya..) Kita cuba nak buat dengan ibu kita atau bagi yang masih  ada ayah dengan ayah dan sebagainya. Kalau Yana apa perangai yang Yana suka nak kacau Umi kalau pagi-pagi tu.. hari raya.

P2P3

Kalau kitorang waktu salam raya tu, Umi dia cepat menangis. Jadi kalau kita (P3: Oloh la) kita sebut sikit ja dia dah mula dah berambu air mata. Dan itu sebenarnya (P3: hmm...hmm) bukan Yana sorang je tapi adik beradik Yana yang lain juga. Semua akan menyakat Umi macam tu dan saya kira ini adalah salah satu cara untuk kami menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap Umi. Dan saya kira Fiza (P: hmm..hmm. Betul. Hai Umi) Saya kira fiza kita semua sedih, geram, terkilan, berduka cita sebab tak dapat pulang ke kampung halaman. Tetapi sedikit sebanyak rangkuman video ragam yang dilaporkan atau yang dimuat naik di laman sosial ni sedikit sebanyak membuat kita semua tersenyum la kan Fiza?

P3P2

Betul betul. Insya-Allah. Tetapi kan Uyaina (P2: Ya) kadang-kadang  walaupun kita tak dapat  pulang ziarah kampung atapun kita tak boleh pun nak pergi ziarah jiran tetangga kita. Tetapi  ada bermacam-macam cara sebenarnya  untuk kita (P2: hmm..hmm) sama-sama berkongsi rasa saya dan kongsi  kegembiraan ini (P2: Betul) kita tak boleh pergi ziarah, kita boleh ja pergi hantar makanan dan Uyaina nak kongsikan sesuatu juga?

P2P3

Betul. Bercakap mengenai salam sayang, ada sesuatu yang kami nak kongsikan. Yang mengisahkan ragam kehidupan berjiran. Ketika ada yang mengecam (P3: hmm..hmm) usaha seseorang,  ada yang tiba membantu  dengan penuh keikhlasan. Sempena hari raya  Aidilfitri kali ni (P: hmm..hmm) ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama sanak saudara. Namun kita masih boleh meraikannya  dengan penuh makna. Eratkan silaturrahim kerana jiran adalah keluarga kita. Hmm.hmm. Untuk itu jom sama-sama kita saksikan paparan ini. Salam sayang.

VT5

W1: Al-kisah di bulan puasa. Oh.. jiran baru. Wah cantiknya.

W2: Abang, masuk!

 

Selang beberapa hari

W1: Haih, nak gosip la tu,

W2: Weh weh. Tu jiran baru tu pernah tegur hang dak?

W3: Sibuk mengemas tu kot.

W2: Siapa pulak masuk dalam group ni? (melihat skrin telefon) Saya Fira baru pindah sini (W2 membaca kiriman di group)

W3: Saya Juwita saya ada jual rendang. Ha kalau nak PM eh.

W2: Hang nak jual rendang  macam ni? Dengan gambaq macam ni? Hang ni nak jual makan dak?

 

W1: Haih kesian si Juwita. Nak jual rendang pun kena kecam.

Hari berikutnya

W3: Betul juga kata Cik Salmah tu. (telefon berdering)

W4: Rendang yang akak jual memang sedap la.

W3: Alhamdulillah.

W4: Kalau akak tangkap gambar cantik-cantik, mesti ramai yang nak order.  Saya boleh tolong. Ready?

W3: Yes.

Hari berikutnya..

W4: Kita cuba ya kak?

W3: Ok. Bismillah. Rendang Juwita dah kembali. Lebih sedap lebih puas.

W4: Come on Kak!

W3: Banyaknya order. Banyaknya.

W3: 30 pack? Ya Allah. Alhamdulillah.

W3: Alhamdulillah Abang.

W1: Beginilah hidup berjiran, walau teguran tu agak pedas, tapi kalau diterima dengan positif, semuanya pasti hidup berharmoni seperti  sebuah keluarga. Sebarkan  rezeki, luaskan jalinan, cipta kemesraan di Aidilfitri ini.

W5: Eh auntie, tak boleh salam la. Buat macam ni. Salam sayang.

W3W4: Selamat hari raya

P2P3

Ok itu dia tadi sedikit  sebanyak pesanan  dari salam sayang dan dalam musim-musim covid ni kan Fiza sebenarnya jiran adalah keluarga terdekat yang kita ada. Ok baik  hari ni kan Fiza (P3: Betul, sebenarnya..) haah?

P3P2

Haah Betul, Yana silakan (P2: Baik) Oh Yana kalau kita nak cakap tentang jiran tu Yana, macam tu la kalau kita kata  kita ni tak boleh ziarah menziarahi. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita (P2: betul) nak ingat, tanya khabar orang sebelah. Sebab kadang-kadang ada jugak dalam kalangan jiran kita ni yang memang mungkin dia raya sorang-sorang je dah bertahun (P2: Ya) ha jadi kena la jugak tanya khabar kan tak tahu apa jadi dalam rumah tu.

P2P3

Betul dan minta la alamat, mungkin boleh hantar juadah raya dan dinikmati  bersama-sama. Ok baik Fiza

P3P2

Saya tengah tunggu lagi satu juadah ni (P2: Ya). Juadah laksa Umi

P2P3

Oh laksa Umi, saya pun sebenarnya sedang menantikan laksa Umi sebab Umi belum masak lagi laksa. Nanti kalau dah ada kita hantar ke rumah Fiza. (P3: Ok) Ok Fiza, baik hari ni hari isnin sebenarnya ada satu topik yang kami ingin bawakan  pada semua penonton Wanita Hari Ini dan diharapkan  sebenarnya topik  ini dapat  memberi inspirasi  dan juga menaikkan kembali semangat kita yang mungkin ada yang sudah  rasa sedih, yang berasa gusar (P3: hmm hmm) pelbagai rasa negatif di mana hari ini  kita nak bersama dengan beberapa  orang tetamu yang cukup istimewa dalam talian dan membincangkan tentang topik “bangkit”.

P3P2

Kalau kita cakap  tentang bangkit ini Yana, saya kira setiap daripada kita ni  mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza (P2: Betul) Ada orang yang bangkit daripada kesedihan, ada orang yang bangkit daripada kehilangan, ada orang yang bangkit daripada kemiskinan dan juga kejatuhan tapi (TJ1: Adik, Abang dan Khalif, quiet!)tapi bagaimana mereka bangun untuk bangkit ni, ini perkara yang paling penting sekali untuk kita memberi  satu .. sesuatu yang lebih positif kepada insan-insan lain ketika ini yang sedang menonton yang mungkin dalam keadaan yang tertekan (P2: Betul) rasa orang putih kata down kan. Rasa  macam semua  serba tak kena namun hakikatnya bukan  kita sahaja, ramai lagi oh dalam kalangan kita ini yang mempunyai cerita yang berbeza-beza. Namun walaupun mempunyai pelbagai-bagai halangan, mereka bangkit bangun untuk insan-insan yang mereka sayangi.

P2P3

Betul tu, bagaimana  kita nak menguatkan hati dan menaikkan kembali semangat kita. Jangan terlepas untuk (P3: hmm..hmm) ikuti perbincangan kami sekejap sahaja lagi bersama dengan tetamu dalam talian. Kepada anda jangan ke mana-mana, kami nak berehat seketika, kita kembali selepas ini di Wanita Hari Ini.

VT6

U1: Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Kita jaga kita.

U2: Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

U3: Selamat Hari.. Maaf zahir dan batin

U4: Daripada kami, Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Ingin menguncapkan selamat  Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

U5: Hai saya Dynas Mokhtar. Assalamualaikum, Dynas ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada  semua penonton wanita hari ini. Stay safe, jangan lupa pakai mask. Sanitize your hand and wash your hand, always.

U6: Hai saya Rozita Che Wan. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. So jangan sedih tak boleh beraya ke kampung. Kita enjoy ja raya tahun ni. Tahun depan Insya-Allah kita boleh beraya di kampung. Kita balik berderu-deru ok.

U7: Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh kenalan saya. Ingat raya-raya jugak, tapi SOP tetap kena jaga.

 

Pengkodan

Transkrip

VT 1

Khiarul adbullah atau lebih dikenali sebagai super daddy merupakan seorang bapa tunggal semenjak kematian isterinya pada tahun 2018. Disebalik perwatakan yang bersahaja dan nama gelarannya, dia memikul tanggungjawab itu demi membesarkan anak-anaknya yang masih kecil secara bersendirian. Biarpun tidak mudah, namun anak-anak kunci utama kecekalan dan semangat khairul untuk teurs berjuang meneruskan hidup setelah kehilangan isterinya. Selain menjadi super daddy buat anak-anaknya, dia juga sudah menerbitkan sebuah novel yang berkisah tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang bapa tunggal.

 

VT 2

Lain pula kisahnya, norlidah abu hasan yang terkesan dengan kematian anak angkatnya zubaidi amir khusyairi abdul malik pada 29 Januari lalu. Menjadi salah satu peristiwa hitam buat dirinya dan keluarga. Kanak-kanak 7 tahun itu dipercayai meninggal dunia kerana didera oleh ibu kandungnya sendiri. Kematian arwah amir bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat ahli keluarga angkatnya namun, rakyat Malaysia juga turut berasa sedih dan pilu dengan kejadian tersebut. Sifat arwah amir yang merupakan seorang yang ceria dan pandai mengambil hati semestinya memberi kesan yang sangat mendalam buat norlidah sekeluarga di mana tahun ini merupakan tahun pertama mereka menyambut hari lembaran tanpa arwah disisi. Walau berlainan penderitaan, ternyata cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat mereka. Namun pastinya tidak membuatkan dua insan cekal ini untuk berputus asa dalam meneruskan kehidupan seharian.

P2

Setiap orang pasti mempunyai dugaan yang berbeza dan setiap orang juga diuji dengan cara yang berbeza-beza. Persoalannya, bagaimana kita ini terus bangkit menjalani kehidupan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat. Ini yang akan kita bincangkan dan kami bawakan bersama dengan seluruh penonton wanita hari ini. Dan kepada anda, kalau nak berkongsi pengalaman hiudp anda sendiri tentang bagaimana anda ingin bangkit dari masalah-masalah yang menimpa diri anda sebelum ini. Boleh terus ke laman facebook wanita hari ini dan tinggalkannya diruangan komen di bawah. Baiklah, tanpa membuang masa lebih elok kalau saya memperkenalkan tetamu yang sudah pun terhubung dalam talian sekarang ini, kita pertama sekali terhubung dengan ustaz jazlan. Apa khabar ustaz? Ustza boleh dengar ke ustaz.

TDT 1

Boleh-boleh,waalikumsalam w.b.t.

P2

okey seterusnya, seperti dalam paparan sebentar tadi, kita juga bersama dengan encik kahirul Abdullah. Assalamualaikum encik khairul.

TDT 2

Waalaikumsalam w.b.t selamat hari raya.

P2

Selamat hari raya encik kahirul terima kasih kerana sudi bersama kita di wanita hari ini.

TDT 2

Terima kasih kembali.

P2

Dan seterusnya kita juga bersama dengan puan norlidah abdul hasan atau lebih mesra dengan panggilan umi, Assalamualaikum umi. Umi kalau boleh minta untuk on kan mic sebab kita masih belum boleh mendengar.

TDT 3

Okey waalaikumsalam w.b.t.

P2

 apa khabar umi.

TDT 3

Baik alhamdulillah

P3

Yana, kita rasa seronok dan juga bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga orang individu-individu yang hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan ustaz jazlan sendiri dengan cerita tersendiri, untuk bangkit yang nak dikongsikan bersama dengan penonton. Kalau boleh kita nak tanyakan kepada encik khairul dahulu sebagai pembuka tirai perbincangan kita pada hari ini. Rata-rata mereka yang mnegikuti kisah encik khairul atau dikenali dengan super daddy ini di facebook khususnya, hari-hari ada macam-macam penceritaan daripada tular ketika menbawa anak pergi menziarah kubur arwah isteri sehinggalah ada ketikanya Encik Khairul sendiri dalam cuba menjadi seorang yang tabah, seorang yang okey dan sesekali ada burn out nya gitu, tapi mungkin Encik Khairul boleh kongsikanlah serba sedikit bagaimana sebenarnya Encik Khairul sendiri sebagai seorang lelaki pada ketika itu sewaktu kehilangan isteri seramai tiga orang dan yang paling kecil usianya baru masuk 7 bulan menerima keadaan kehilangan seorang insan yang paling kuat ketika itu dan dalam meneruskan kehidupan seharian, Encik Khairul, silakan.

 

TDT 2

Okey, urmm saya rasa ini dah tahun ketiga saya membesarkan anak secara bersendirian dan of course macam-macam cabaran. Cabaran yang paling besar bagi saya adalah cabaran emosi. Emosi di tahun pertama itu adalah emosi anak dan dia dengan isteri dengan mak dia tu tak lama. Mungkin anak sulung saya ketika itu empat tahun dan memori dia tak banyak dan selepas tahun pertama tu dia dah boleh move on tapi emosi saya sendiri. Saya dengan arwah isteri saya kenal 20 tahun, so saya bersamanya 20 tahun jadi untuk mengurus emosi saya itu sebenarnya sukar berbanding menguruskan emosi anak-anak jadi of course sepanjang tiga tahun itu saya melalui episode-episod burn out saya sendiri bila kita terlalu penat, terlalu penat fizikal pun dia membawa kepada emosi dan terlalu penat emosi pun dia membawa penat kepada fizikal. (yana) betul. Jadi kalau dulu mula-mula tu saya jadi cepat marah.

 

 

 

 

Pengekodan

Transkripsi

TDT1

Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan dan sebagainya. Jadi saya rasa itu episode episode burnout saya sepanjang kehidupan

P2

Baik. Itu En.Khairul kongsikan dari segi aa bagaimana dia mengambil sendiri masa ataupun me time untuk kembali bangkit dan aaa berhadapan dengan situasi-situasi seterusnya itu.

TDT1

Ya betul.

P2

Tapi untuk umi sendiri kan umi, november tahun lalu kita semua digemparkan dengan berita pemergian seorang kanak-kanak dan walaupun adik Amir telahpun pergi meninggalkan kita semua dan walaupun saya secara peribadinya tidak mengenali adik Amir, tetapi pemergiannya itu dirasai. Untuk umi sendiri, sebagai seorang ibu, bagaimana sebenarnya tempoh ataupun fasa bersedih itu umi lalui dan dalam tempoh fasa itu, bagaimana sebenarnya umi bangkit semula untuk menjalani hari-hari seterusnya walaupun tanpa adik Amir?

TDT2

Ehemm. Umi nak kira aaa sedih masih sedih la eh tapi, aaa alhamdulillah emmm Amir sebenarnya dah pergi dari hidup umi tu dah 7 bulan. Aaa semenjak ibunya dah ambil dan sejak itu umi dah putus contact, tak boleh berhubung, tak boleh apa aaa sehingga 29 haribulan 1 menerima perkhabaran dia meninggal. Maknanya dia dah pergi dari life umi selama 7 bulan dan umi cukup menderita ketika itu. Menderita sampai sekarang pun umi masih merasa yang dia bukan tinggal umi, dia masih ada di dunia ini yang umi mengharap dia akan balik pada umi. Walau hakikatnya umi tahu dia dah meninggal sebab dia di ambil maknanya dia di ambil dari umi tu ketika dia sihat kan. Itu yang umi rasa sangat tapi alhamdulillah sehari sebelum raya, macam En.Khairul jugak kan, tapi sehari sebulum raya tu umi sehabis-habis menangis. umi menangis sangat seharian tu aaa sebab umi teringat sehari sebelum raya tu sama-sama dengan dia. Walaupun dia tak buat kerja tapi dia lebih pada mengacau kan mengganggu tapi alhamdulillah bila nak minta tolong  ‘adik tolong ambil ini‘ ‚‘adik tolong ambil pinggan kejap’ itu dia suka kecoh mengecoh kat rumah tu. Jadi itu moment yang Ya Allah umi selalu teringat, umi terbayang dia kan apa semua tapi malam tu tiba umi datang satu suara tu kata ‚‘sudahlah’ umi cakap pada diri umi ‚‘dahlah, Amir dah takde, Amir takkan kembali, itu umi cakap dalam diri umi sebab umi rasa umi rnak move sebab dia kena pergi dari hidup umi terus sebab dia takkan balik, jadi umi terpaksa kuatkan hati umi Amir takkan balik walau apa pun yang datang, Amir takkan balik. Jadi, umi cuma cari kekuatan umi. 

P3

Uyaina, apa yang umi kongsikan ini aaa sama kisahnya dengan En.khairul, kehilangan, bila orang yang dah pergi itu telah meninggal dunia, dia tidak akan kembali. Tetapi bagaimana sebenarnya kita nak kongsikan, ustaz, cerita yang lebih kurang sama, bagaimana sebenarnya kongsikan pada penonton-penonton bahawa ada insan-insan pada hari ini juga tidak dapat berhari raya kerana insan-insan yang mereka sayangi telah tidak ada, telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi yang hanya tinggal adalah kenangan dan juga bayang-bayang dan bagaimana untuk terus bangkit demi insan-insan disekeliling kita ustaz kalau boleh kongsikan.

TDT3

Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah syukur kepada Allah Taala hari ini merupakan hari yang baik buat kita membincangkan perkara yang baik. Aaaa apa khabar Fiza, apa khabar Uyaina, apa khabar En.Khairul, apa khabar umi? Semua sihat ye

P2,P3

Alhamdulillah sihat

TDT3

Aaa apa yang En.Khairul sebut aaa sebenarnya setengah diri kita hilang itu betul. Dan apa yang umi sebut, kadang-kadang kita mencari aaa macam sesuatu yang tiada. Itu pun betul. Sebab itu bagi orang yang aaa yang pernah rasa kehilangan dia yang tahu rasa kehilangan tu bagaimana okey. Errmmm jadi bagaimana aa bagaimana saya bagaiman saya aaa saya menjalani kehidupan beginilah sebenarnya eh. Bila saya renung sebenarnya aa Allah memberi ujian kepada kita sebenarnya waktu tu kita rasa sedih, waktu kita rasa hiba, kita rasa hampa, rasa pilu kita rasa sayu, itu sifat kemanusiaan. Tapi bila kita renung, kita lihat sebenarnya Allah uji kita ni untuk apa. Sebenarnya Allah uji kita untuk mengajar kita tentang kehidupan. Tentang kehidupan. Maknanya Allah mengajar kita tentang kehidupan. Maknanya apa yang saya lalui dengan En.kahirul dan umi lalui sama sahaja.

 

Pengekodan

Transkripsi

TDT1

Dan yang ketiga, kita dalam kehidupan kita ni kita rasa kadang kita berkuasa. Kita kuasa. Kita buat apa kita berkuasa. Tapi hakikat dia kita ialah hamba. Kita tak ada apa- apa pun dalam tangan kita. Kita tak ada apa- apa okay. Sebenarnya, Allah itu maha berkuasa. Allah ajar kita sebab apa makna dengan doalah, bersangka baik dengan allah la, sebenarnya itu yang terbaik bagi kita. Dan perkara yang keempat sebenarnya kita rasa bila kita rasa diuji ni kita rasa susah dan sebenar hakikatnya tak ada orang yang boleh gembirakan kita dan tak ada orang yang boleh tolong kita. Tapi hakikatnya iaitu apa? Iaitu sebenarnya allah ni beri ujian kepada kita ada hikmah yang baik yang itulah rahsia allah dan allah akan ganti yang lebih baik. Dan yang kelima yang akhirnya saya nak sebut, yang saya nak kongsi iaitu apa sebenarnya bila waktu kita diuji kita rasa sedih kita rasa pilu dan tak ada orang pun yang boleh menggembirakan kita. Tak ada. Tetapi dengan allah taala yang boleh gembirakan kita. Dengan apa? Dengan *bacaan bahasa arab* “maka hendaklah kau sabar”

P3

Ya

TDT1

Dengan sabar itulah allah beri kita doa. Dengan doa itulah allah beri kita al-quran. Dengan tiga perkara itu, ia akan ubat hati kita jadi tenang. Bukan satu perkara yang mudah tentang ujian ni. Sebab ujian ini daripada allah. Allah jualah yang akan membantu kita dan yang akan mengubat hati kita. Wallahualam.

P2

Ya. Ujian jugalah sesuatu yang mematangkan kita dan *ayat alquran* jangan lah kita berputus asa dengan rahmat allah. Dan Encik khairul. Bila kita kehilangan seseorang yang cukup kita sayang. Apakah lagi dengan cerita encik khairul sendiri. Arwah Isteri dah bersama encik khairul lebih 20 tahun daripada separuh hidup encik khairul sendiri. Dan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang ini seolah- olah kita kehilangan punca, kita kehilangan arah. Kita kehilangan motivasi. Untuk saat dan ketika ini encik Khairul kalau boleh dikongsi, apa sebenarnya semangat dan motivasi baru untuk Encik Khairul teruskan hidup dan menjalani hari- hari yang mendatang?

TDT2

Dia hanya satu, satu. Saya rasa saya bersyukur, sebab waktu saya kahwin dalam masa 10 tahun pertama tu, kami tak ada anak. Jadi tak ada anak, bayangkan dia punya relationship tu, orang kata dia macam kita yalah orang ada anak, ada matlamat dalam hidup. So, kiteorang ni macam okaylah kita berdua sampai ke tua mati macam tu je. Tapi macam ustaz cakap tadi, hikmah allah. So, dia ambil isteri saya. Tapi sebelum dia ambil isteri saya tu dia bagi saya tiga orang anak. Okay so dia bagi tiga orang anak. Dengan tiga orang tulah yang bagi semangat kepada saya. Itulah yang ditinggalkan kepada saya untuk kuatkan saya. Sebab dengan adanya tiga beradik ni saya ada nampak masa depan. Apa yang saya kena buat. Lorong mana saya nak lalu, jalan mana saya nak lalu. Anak ni nak jadi macam mana, macam mana semua. Jadi saya ada pandangan macam tu. So bila ada benda macam tu dia jadi macam apa memenuhkan waktu saya. Masa saya tu terlalu sibuk kan dengan urusan kerja, dengan urusan rumah tangga. Jadi, perasaan apa orang kata sedih apa semua tu saya jadi tak membawa diri berlebih –lebih sampai saya stress, sampai saya rasa depression apa sebagainya. Tak ada. Itu antara hikmah yang apa orang kata yang saya dapat. Jadi kalau ditanya balik menjawab soalan tadi tu, untuk saya kuat dan sebagainya adalah tak ada benda lain kecuali anak-anak tadi. Jadi alhamdullilah itulah hikmah yang saya dapat.

P2

Alhamdullilah

P3

Yana sebab tulah juga encik khairul ni digelar sebagai super daddy ya. Walaupun tiga orang anak. Ada tiga orang ragamnya. Ada juga yang kurang sihat ya encik khairul kan?

TDT2

Ya, ya, ya

P3

Tapi kalau kita lihat dari pembacaan. Dari segi perancangan perbelanjaan, dari segi perancangan kewangan, masa depan anak-anak. Segalanya sudah diatur semua sekali. Tapi mungkin kisahnya berbeza dengan umi kerana walaupun adik amir sudah tiada. Tetapi kenangan bersama adik amir itu tentunya banyak. Maklumlah selama 6 tahun membela adik amir sejak daripada bayi lagi sampailah ada telatah-telatah dia sendiri.  Bagaimana sebenarnya umi em maksud saya bagaimana kekuatan ataupun sokongan insan-insan di sekeliling. Termasuk anak-anak yang ada umi terus memberi kekuatan kepada umi untuk bangkit, untuk belajar meneruskan kehidupan tanpa adik amir disisi umi?

TDT3

Umi bersyukur kan. Allah temukan umi dengan Amir. Amir ni datang dia maksud umi hadir dia sebagai satu permata, satu kurniaan allah pada umi. Hanya tak dirancang. Nak ambil anak angkat kan biasanya anak angkat ini dirancang oleh sebuah keluarga. Dia tak dirancang lansung. Dia dihantar dari allah, yang memang umi terima dari allah subhanallah. Rezeki yang allah kirimkan kepada umi dan banyak umi terdidik dengan cara amir. Sebab amir ni dia menyantuni orang. Siapa pun tak kira orang- orang kecil yang baya- baya dia sampailah orang dewasa. Tak kiralah nenek ke siapa. Dia tetap menyantuni diorang kan. Dia orang cakap subhanallah orang yang penuh dengan adab. Jadi umi…. Maksud umi dengan dia yang buat dia rasa tu. Rasa bahagia dan bersyukur sangat. Ketiadaan umi ni, bukan umi sorang malah satu Malaysia kan? Malah satu Malaysia dan sejak ketiadaan amir tu umi ramai sangat anak angkat. Yang datang. Umi dapat yang terlalu ramai yang ibaratnya simpati dengan umi. Tapi diorang memberi kasih sayang. Sebab umi selalu luahkan, sebarkan kasih sayang. Jadi orang sahutnya tu menerima ya allah diorang ni pun cuba menyebarkan kasih sayang seperti mana umi yang sebarkan… yang jaga amir dengan penuh rahmat dengan penuh rasa bersyukurkan. Tak pernah rasa beban amir tu. Walaupun kita ni dah berumur. Umi sekarang ni dah berumur, dengan kesihatan, umi tak pandang sebab umi dah tahu ini allah yang bagi pada umi, allah hadiahkan pada umi. Umi jaga ni adalah khalifah allah

 

 

 

 

 

Pengekodan

Transkrip

P2:

jadi umi jaga sebaik-baiknya. Didikan agama walaupun dalam usia yang muda, dia dah boleh menghafal al-mulk, surah-surah, surah

TDT2

subhanallah

P2:

ye dan innalilallahwainnalillahirojiun, dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Ustaz jazlan, dalam masa yang kita ada yang singkat ni kan ustaz di hujung perbincangan kita ni saya harap dapat panjangkan lagi tetapi sayang sekali memang tak cukup masa ustaz. Jadi secara ringkasnya ustaz sebagaimana sebenarnya kita sebagai manusia biasa, setiap orang akan mengalami kehilangan, akan berdepan dengan kehilangan tetapi persoalannya adalah bagaimana kita nak bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan sedikit daripada ustaz, silakan.

TDT3

baik bismillahirahmanirahim dalam hidup ni perkara pertama kita kena belajar bersyukur., bersyukur tu penting. Dengan bersyukur tu lah insyaAllah kita dapat menghargai. Dengan menghargai tu lah kita sebut insyaAllah kita akan dapat kedamaian dan kebahgiaan. Dan apabila Allah ambil satu benda yang paling kita sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita kebaikan sebab apa sama adea kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu sebenarnya itu adalah ketentuan Allah SWT. Dan apa juga yang berlaku pada diri kita ni, adalah ketentuan qada dan qadar Allah SWT dan ia merupakan untuk meningkatkan keimanan kita supaya kita menjadi orang yang soleh dan solehah. Jadi saya mohonlah sama-sama pada yang ada mak yang ada ayah yang ada isteri yang ada anak-anak iaitu berilah kebaikan dan santunilah mereka semua dan hargailah mereka semua dan di mana mereka ada di sisi kerana itu adalah kurniaan daripada Allah tapi apabila Allah ambil, waktu tu kita akan rasa kehilangan. Kerana kehilangan ini Allah gantikan dengan kebaikan dan sama-sama kita berdoa mudah-mudahan Allah memberi iaitu kesalamatan, kebaikan dan kehidupan kita semua dengan iyulah saya nak ucapkan selamat hari raya di mana jugak anda berada, insyaAllah kita akan mendapat kegembiraan dan kesejahteraan. Amin ya rabbal alamin, terima kasih banyak-banyak.

P2

 terima kasih ustaz

P3

ustaz, ustaz sikit lagi, ustaz sikit lagi. Ustaz boleh tak ingatkan kepada penonton-penonton masyarakat kita ni, walaupun kita tak dapat berhari raya seperti biasa tahun ni tak pun namun hakikatnya asalkan kita masih lagi boleh melihat mereka di mellaui video call  jadi kita masih berpeluang ustaz yee boleh tak ingatkan benda tu.

TDT3

betul, awak jangan jadi macam saya kadang-kadang kita nak cari benda yang tiada. Faham maksud dia, faham ehh. Kita nak cari benda yang tiada tau. Sekarang kita boleh telefon ibu yang kita boleh nampak wajahnya. Kita boleh telefon ayah yang kita nampak wajahnya tapi kita akan kadang-kadang satu hari kita akan cari siapa yang kita betul-betul nak cari buru tu rupanya dah tiada.

P2

betul.

TDT3

tolong hargai, tolong hargai dan jadilah orang yang bersyukur kepada Allah. Amin ya rabbal alamin.

P3

saya kira itu adalah konklusi yang terbaik untuk perbincangan kita pada hari ini fiza. Lebih bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita sebab kalau mereka dah pergi, mereka tidak mungkin akan kembali. Terima kasih saya ucapkan kepada ustaz jazlan, kepada puan norlida abu hassan ataupun lebih mesra panggilan umi, dan encik kahirul abdullah di atas perkongsian yang saya kira sedikit sebanyak pastinya dapat menjetik hati kita untuk emm kembali refleksi diri untuk lebih bersyukur dan menghargai orang di sekeliling kita terutamanya bagaimana kita nak bangkit daripada apa jua masalah yang kita hadapi. Baik kita nak berehat seketika fiza, kita kan kembali selepas ini dalam wanita hari ini.

 

Lagu:  salam sayang

Tibalah detik paling indah

Kesyukuran dalam kesabaran

Rindu di halaman jiwa

Terubat kasih yang hilang

Di mata jauh dihatiku simpan

Bulan mulia bercahaya

Oh indahnya syawal kita (Eh)

Salam sayang, untuk semua

Miskin kaya, tua dan muda, ayuh gembira

Salam sayang, untuk semua

OOTD on IG FB and selfie snap snap tap tap

Oh-oh-oh-oh

Buangkan yang keruh

Buangkan sengketa

Bermaafan bersama

Sebarkan rezeki, luaskan jalinan

Cipta kemesraan

Tibalah detik paling indah

P2

woww itu dia tadi muzik video salam sayang oleh amyza adnan dan juga adrian sudah pun hubung dalam talian bersama dengan kita sekarang. Assalamualaikum

TDTA1/2

waalaikumussalam

P3:

hai adrian, hai amyza apa khabar

TDTA1

khabar baik, salam sayang, salam aidilfitri buat si cantik yang berada di studio. Sihat-sihat semua?

P2

 awww kembali kita macam berjanji pulak harini ehh pakai baju warna kuning

TDTA1

 berjanji dengan mak dia ke berjanji dengan anak dia?

P2

 haa itu lah tu. Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi manager adrian.

 

Pengkodan

Transkrip

P2

Apa-apa pun taniah sekali lagi Yana ucapkan apabila anda berdua dipilih untuk menyanyikan lagu Salam Sayang dan saya kira inilah satu tanggungjawab yang cukup besar dan mungkin boleh kongsikan terlebih dahulu apa perasaan kak Emyza dan Adrian untuk menyanyikan lagu Salam Sayang ni

TDTA1

Okay…Erm...erm…Pertama sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana telah memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat. Dan juga seterusnya terima kasih kepada media prima, kepada Monkey Bone kerana mempercayai Adrian dan juga saya untuk memikul satu tanggungjawab yang sangat besar untuk membawa lagu team Salam Sayang iaitu kempen Salam Sayang tema tahun ini. Dan sejujurnya (suara tidak jelas) Adrian baru nak menyanyi, menjinak-jinakkan diri dan tentunya memang satu cabaran, satu tanggungjawab yang harus dibuat betul-betul

P2

 Emm Hmm…Terima kasih Miza. Dan Adrian pula, kita nak dengarlah sikit suara Adrian. Macam nana Adrian apabila Adrian diberitahu dan dipilih untuk membawa lagu Salam Sayang untuk kempen Salam Sayang TV3. Macam mana perasaan Adrian?

TDTA2

 Rasa macam tak sangka kan sebab ahh (suara tidak jelas).

P2

 Adrian boleh depan sikit, tak dengar suara!

 

TDTA2

 Boleh, boleh.

P2

Haahah(gelak)… Okay tapi kawan-kawan Adrian cakap apa dekat Adrian bila Adrian masuk Family Duo, lepas tu sekarang dah ada lagu sendiri pula?

TDTA2

 Diorang macam terkejut lah.. Lepas tu diorang kata congrats!

P2

Wah itu je, congrats je?

TDTA2

Ahh congrats lepas tu mulalah nanti bolehlah bagi duit raya

P2

Ehcece (gelak), ahh tapi untuk kak Emyza sendiri dan juga Adrian selepas ini selepas lagu Salam Sayang ini pastinya membuka ruang dan peluang yang lebih banyak dan lebih besar khususnya buat Adrian. Adakah ini karier ataupun profession yang Adrian mahukan iaitu menjadi seorang penyanyi?

TDTA1

Siapa yang nak jawabnya

P2

Ha mak dia ke anaknya boleh mana mana

TDTA1

Okay. Pada awalnya dia menyanyi suka suka dan dia minat sebab kita orang family suka menyanyi. Dari situ timbulnya untuk dia menyanyi. Tetapi bila ahh ramai aah ramai lah peminat ataupun penyokong penyokong dia kata dia boleh menyanyi, jadi saya sebagai mak kata “Apa salahnya awak rasa menyanyi merupakan pilihan untuk kerjaya awak, tak salah, teruskan!” Kerana Insyaallah kerjaya sebagai penyanyi juga boleh menjamin masa depan yang baik. Cakap kat dia macam tu.

P2

Itu kata ibunya. Adrian, apa kata Adrian pula?

TDTA2

Ermm…Rian ikut kata mommy je.

P2

Alaa comel lah, mummy’s boy ni. Okay kepada anda semua, macam mana kalau penonton nak mendengar lagu Salam Sayang ni?  Mungkin kak Emyza boleh kongsikan

TDTA1

 Okay kepada penonton penonton yang sedang menonton WHI. Okay ingin saya kongsikan kami punya lagu ni Salam Sayang ni ahh baru sahaja dilaunching malam raya. Baru sangat! Baru 3 hari eh salah2 5 hari, jadi kalau anda ingin.. (P2 mencelah)

P2

Wahhh…

TDTA1

Haa baru 5 hari. Jadi kalau ingin menonton full muzik video Salam Sayang boleh ke youtube TV3 official, taip Salam Sayang, ahh akan keluar lah.

P2

Baik itu dia berkenaan dengan Salam Sayang yang dinyanyikan oleh Emyza Aznan dan juga Adrian. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan. Selamat Hari Raya! Bye Adrian, Bye kak Miza.

TDTA1&2

Bye.

P2

Baik kepada anda semua jangan pergi ke mana mana. Kita nak berehat seketika. Kita akan Kembali selepas ini di Wanita Hari Ini.

P2

Terima kasih kepada anda masih setia bersama dengan kami di Wanita Hari Ini. Dan sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung siaran. Dan bercakap tentang topik kita pada hari ni kan Fiza tentang bangkit ni kan. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk kita terus bangkit antaranya adalah dengan melihat apa yang dilalui oleh orang lain yang sebenarnya jauh lebih sukar dan lebih sakit daripada kita. Betul tak Fiza?

P3

Ermm betul. Fiza setuju sangat, sangat sangat dengan apa yang Uyainaa katakan ini apatah lagi dengan melihat apa yang berlaku ketika ini di peringkat global. Terutama sekali tentang apa yang berlaku terhadap penindasan yang berlaku penindasan saudara-saudara kita di Palestine.

P2

Ya

P3

 Jadi ini ini tanggungjawab kita bersama Uyainaa. Kalau kita mungkin tak dapat pergi ke sana, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan kita bersama mendoakan kesejahteraan mereka tentang apa yang terjadi di Palestin ketika ini.

P2

Betul, dan saya kira antara perkara yang kita boleh lakukan juga selain berdoa adalah dengan memberi sumbangan dan juga untuk kita blast di media sosial kita gunakan hashtag #shameonisreal#, #savepalestine# ermm #freepalestine# dan pelbagai lagi hashtag-hashtag lain yang mana kita tidak boleh senyapkan perkara ini. Gunakan hashtag-hashtag ini dan terus kita, kita juga berjuang walaupun hanya di media sosial.

P3

Insyaallah. Baiklah sama-sama kita menjaga kesejahteraan diri kita, ahli keluarga dan insan-insan di sekeliling kita sambil kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang berada di Palestine. Dan esok Insyaallah kita akan kembali bersama anda di Wanita Hari Ini dengan topik menu popular Hari Raya walaupun raya dekat rumah, walaupun raya tak semeriah seperti biasa. Tapi kita boleh je masak sendiri untuk keluarga kita. Betul tak

P2

Ya betul tu. Dan nanti saya akan kirim kan laksa umi untuk Fiza Sab Jahan (ketawa)

P3

Okay, saya tunggu (senyum)

P2

Baik. Terima kasih sekali lagi kepada anda yang setia bersama kami dan kami undurkan diri terlebih dahulu. Jaga diri, jaga keluarga, assalamualaikum, bye.

 

Analisis Wacana

Pendekatan Strategi Komunikasi Normaliza Abd Rahim 2019

(Muka Surat 80)

 

Singkatan (Maurice)

P2P3:  “Dan (P3:hmm) .. dan kalau kita sendiri rasa badan dah rasa lain, seperti contohnya (P3:hmm) rasa demam, walaupun kita rasa demam taklah teruk sangat, atau pun ahh.. selesema sedikit, batuk sedikit, tetap (nada keras) kita perlu pergi berjumpa dengan doktor...”

Pada masa ini, komunikasi yang berlaku dalam kalangan kita tidak lari dari menggunakan singkatan perkataan. Jika dilihat P2P3, terdapat penggunaan singkatan perkataan seperti ‘dah’ dan ‘tak’ yang masing-masing merupakan singkatan bagi ‘sudah’ dan ‘tidak’. Namun begitu, penggunaan singkatan ini masih tidak mengubah makna percakapan atau dalam erti kata lain masih kedengaran gramatis. Dalam konteks ini, P2 telah menyatakan bahawa perlunya semua rakyat Malaysia untuk sentiasa peka dengan keadaan kesihatan masing-masing. Dalam hal ini, apa-apa sahaja perasaan kurang senang yang dirasai secara fizikal perlulah diteliti faktornya. Misalnya kehilangan deria hidu dan rasa oleh  seseorang individu pasti menjadi kerisauan kerana ianya merupakan antara simptom jangkitan COVID-19. Selain daripada itu, apabila seseorang mengalami simptom seperti batuk dan selesema ringan juga perlu cepat-cepat berjumpa dengan doktor menurut P2. Disingkapkan bual bicara yang berlangsung tersebut, P2 menegaskan bahawa semua individu tidak boleh memandang ringan aspek kesihatan diri. Hal ini dapat disaksikan atau didengar apabila P2 menekankan suaranya semasa menyebut ‘tetap’ yang menunjukkan hal ini agak serius. Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan COVID-19 menjadi-jadi. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai SOP, kes jangkitan masih berleluasa. Lebih-lebih lagi sudah masuk musim perayaan. Oleh kerana itu, pelanggaran SOP tetap berlaku apabila rakyat masih degil dan masih berziarah dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi. Jadi, P2 menyeru rakyat agar sentiasa meninjau kesihatan kendiri dan apabila mendapati diri sendiri kurang sihat, P2 menasihati semua orang untuk berjumpa doktor. Hal ini berkemungkinan kerana P2 telah banyak kali membaca hal mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak bersimptom. Pada hemat saya, P2 juga mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang pernah mengalami situasi tersebut. Justeru, P2 berharap semua individu juga melakukan hal yang sama ialitu meninjau kesihatan kendiri di rumah.

 

 

 

P3P2 :  “Tasha sebenarnya.. sebenarnya walaupun berhari raya tapi tak lah bercuti sangat (P2:hahaha)

sebab.. sambil sambil tu ahh.. sempat juga dia melihat apa yang menarik yang berlaku di dalam laman sosial ini”

 

Umum mengetahui bahawa terdapat singkatan perkataan yang digunakan dalam pertuturan atau percakapan tetapi masih tidak mengubah makna asal perkataan atau makna ayat itu secara keseluruhannya.  Sehubungan dengan itu, singkatan dalam P3P2 dapat dilihat melalui penggunaan ‘tak’ yang merupakan singkatan bagi ‘tidak’ dan ‘tu’ yang merupakan singkatan bagi ‘itu’. Dalam konteks di atas, Tasha dikatakan sedang berhari raya. Namun, dia hanya dapat beraya di rumahnya sahaja. Hal ini demikian kerana Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan bahawa tiada aktiviti ziarah hari raya yang dibenarkan. Oleh kerana itu, Tasha hanya boleh menghiburkan dirinya dengan melayari laman sosial. Dalam era globalisasi, semua aktiviti manusia dapat dilihat melalui capaian internet. Justeru, Tasha dapat melayan beberapa video yang dimuat naik di laman sosial untuk merasai suasana berhari raya orang lain walaupun hanya di rumah. Dengan adanya video-video tersebut, Tasha mampu tersenyum lagi. Walaupun hatinya terlalu ingin beraya bersama dengan keluarga di kampung halaman, dengan video-video yang mencuit hatinya, dia masih dapat bergembira. Dalam zaman yang serba canggih ini, manusia dapat berhubung melalui telefon pintar dengan adanya capaian internet. Oleh itu, kadang-kadang Tasha membuat panggilan video bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya. Lazimnya, dalam keadaan pandemik ketika ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hanya dapat bersembang dengan orang lain melalui telefon sahaja. Hal ini demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan menghalang aktiviti rentas negeri dan daerah. Pada pandangan saya,  Tasha berhari raya di rumahnya sahaja kerana dia sangat bertanggungjawab. Dalam hal ini, Tasha menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia untuk patuh pada SOP yang dikuatkuasakan. Sejak kebelakangan ini, kes jangkitan COVID-19 semakin menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan oleh pergerakan manusia di dalam negara. Menyedari hakikat penyebaran COVID-19 pada mutakhir ini terdiri daripada varian dari India dan London, Tasha sedar bahawa dia perlu lebih berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri yang dapat menyelamatkan dirinya dan orang lain.

 

 

 

 

Perkataan baharu tiada makna (Maurice)

p2 : Jom, sama-sama kita saksikan.”

Dewasa ini, proses komunikasi dalam kalangan individu berlaku dengan penggunaan pelbagai bahasa. Sehubungan itu, ada juga berlaku penggunaan perkataan yang sebenarnya tiada makna tetapi telah diterima sebagai perkataan. JIka diteliti, P2 ada menggunakan perkataan ‘jom’ yang sebenarnya merupakan bahasa dialek (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan ‘jom’ itu membawa pengertian ajakan. Dalam bual bicara tersebut, P2 telah mengajak semua penonton untuk sama-sama menyaksikan video tayang yang dimuat naik dalam laman sosial.  Bagi sesetengah orang, video-video di laman sosial kadang-kadang membawa hiburan. Lebih-lebih lagi, situasi pandemik yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia telah memaksa semua rakyat untuk terus berada di rumah. Oleh kerana itu, P2 mengajak semua orang untuk sama-sama menonton video yang mencuit hati. Tambahan pula, video yang ditayangkan amat berkaitan dengan suasana ‘raya PKP’ di mana semua orang yang menyambut Aidilfitri tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk beraya.  Selain daripada itu, P2 berasa teruja kerana dapat berkongsikan video-video tersebut yang sedikit banyak dapat memberi keceriaan kepada semua orang. Pada hemat saya, P2 berkemungkinan sudah pernah melihat video-video tersebut dan dirasakan amat sesuai untuk ditayangkan. Hal tersebut demikian kerana P2 merasakan video-video itu sangat relevan dalam keadaan pandemik ketika ini. Di samping itu, P2 juga mungkin berasa sedih kerana tidak dapat beraya di kampung bersama dengan keluarga. Namun, dia yakin bahawa video yang dipilih dari laman sosial itu akan mampu mengukir senyuman pada wajah semua penonton kerana video tersebut juga dapat menghiburkannya. Tuntasnya, P2 mahu menayangkan video tersebut kepada semua orang untuk menunjukkan bahawa rakyat kita juga sangat kreatif dalam menghasilkan video.

 

P3P2:“Alhamdulillah ramai juga dalam kalangan kita kalau minggu lepas semua yang rasa macam ragu-ragu, tak tahu, takut bagaimana nak menyambut ahh Aidilfitri pada tahun ini  (P2:hmm hmm) dengan keadaan PKP sekali lagi.”

 

Kebelakangan ini, kita telah mendengar pelbagai perkataan atau istilah baharu yang tiada makna dalam kamus tetapi bermakna dalam konteks pandemik ketika ini. ‘PKP’ dalam P3P2 pada minit ke 1.37 merupakan akronim kepada ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Seperti yang kita sedia maklum, PKP yang dikuatkuasakan di negara kita membawa kepada normal baharu dengan pelbagai SOP yang ketat. Dalam konteks ayat P3P2, P3 menyatakan bahawa ramai orang berasa tidak senang dengan PKP yang dikuatkuasakan semasa perayaan Aidilfitri. Menyentuh tentang Aidilfitri, semua rakyat yang menyambutnya hanya mampu patuh pada arahan kerajaan. Dalam konteks ini, semua orang berasa sungguh kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman. Lebih-lebih lagi pulang untuk menziarahi ibu bapa dan keluarga. Dalam pada itu, aktiviti ziarah-menziarahi tidak boleh dilakukan semasa PKP. Hal ini demikian kerana rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Oleh kerana itu, semua orang berasa resah dan sedih kerana perlu menyambut Aidilfitri dalam keadaan sedemikian. Ekoran itu, semua orang hanya boleh berziarah secara maya dengan membuat panggilan video melalui telefon pintar mahupun komputer. Bersangkutan dengan hal itu, semua orang yang tidak dapat pulang ke kampung hanya mampu menyembunyikan kedukaan mereka melalui senyuman palsu semasa membuat panggilan video. Bagi mereka, melihat keadaan orang tua mereka dalam keadaan sihat sudah memadai untuk mereka. Namun, mereka sentiasa menerimanya sebagai ujian daripada Tuhan dan sentiasa bersyukur setiap hari. Pada pandangan saya, keadaan PKP lebih-lebih lagi semasa musim perayaan merupakan perkara yang amat menyedihkan. Hal ini kerana sewaktu perayaanlah masa yang paling sesuai untuk bertemu dengan semua anggota keluarga kerana masing-masing bercuti pada masa itu. Selain itu, keadaan yang sama telah berlaku pada tahun yang sebelumnya di mana aktiviti ziarah-menziarahi tidak dibenarkan berlaku. Lantaran itu, rakyat berasa ragu-ragu sama ada perayaan Aidilfitri akan menjadi seperti tahun lepas atau lebih teruk pada tahun ini.

Penafian / Pencanggahan (Afifah)

P2: Dan itu sebenarnya (P3: hmm...hmm) bukan Yana sorang je tapi adik beradik Yana yang lain juga.

 Penafian atau percanggahan merupakan perkataan atau ayat yang menunjukkan penafian tentang ayat diberi. Dalam hal ini, berdasarkan ujaran P2 di atas menunjukkan ayat penafian di mana P2 menyatakan bukan hanya dia sahaja yang mengusik ibunya sehingga menangis pada pagi Raya. Sebaliknya, adik beradik yang lainnya juga turut mengusik ibunya sehingga ibunya menitiskan air mata. Walau bagaimanapun, mereka hanya bergurau sahaja bukannya ingin mengguris hati ibu mereka. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat pengakuan negatif yang digunakan oleh P2. Hal ini demikian kerana, P2 menafikan bahawa dia sahaja yang membuat ibunya menangis. Pada pendapat saya, P2 menafikan perbuatannya kerana memang benar adik beradik yang lainnya turut mengusik ibunya. Dalam hal ini, P2 juga turut menyatakan bahawa pada setiap raya mereka memang begitu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa memang menjadi satu budaya pada setiap raya mereka akan mengusik ibunya dan bukan hanya dia seorang yang terlibat. Tambahan pula,  Jika diteliti penafian ini juga dibuat supaya orang ramai yang mendengar tidak menganggap perbuatannya itu sebagai satu perbuatan yang tidak baik.

TDT1 : Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan dan sebagainya. Jadi saya rasa itu episode episode burnout saya sepanjang kehidupan

Elemen penafian atau pecanggahan juga dapat dilihat pada dialog TDT1 di atas. Hal ini dibuktikan apabila terdapat penggunaan kata “tidak” yang merujuk kepada penafian. Dalam hal ini, TDT1 telah menafikan bahawa dia tidak melakukan tindakan di luar kawalan seperti melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya sewaktu dia dalam keadaan tertekan. Penafian ini dilakukan kerana TDT1 tidak bersetuju sekiranya orang beranggapan bahawa dia menjadi baran apabila keadaan memaksa. Hal ini demikian kerana, orang mungkin mengandaikan bahawa apabila dia kehilangan isteri dia akan berasa tertekan dan bertindak untuk melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya. Oleh itu, dia menafikan sekeras-kerasnya berkaitan anggapan orang supaya orang tidak memandang negatif terhadapnya. Tambahan pula, andaian orang tidak benar sekali. Pada pendapat saya, penafian yang dibuat itu menunjukkan bahawa TDT1 merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab. Dalam hal ini, TDT1 melaksanakan tanggungjawabnya dengan menjaga anaknya sebaik mungkin tanpa menaikkan tangan di badan anak-anaknya. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa TDT1 seorang yang boleh mengawal emosinya dengan baik. Oleh itu, dia tidak berasa tertekan dengan kejadian yang menimpa dirinya sehingga dia bertindak diluar kawalan iaitu melepaskan kemarahan kepada anak-anaknya. Justeru, penafian yang dibuat sememangnya perlu kerana masyarakat mungkin mengandaikan perkara buruk sekiranya tidak dijelaskan secara umum.

Persoalan (Iqbal)

P2: persoalannya adalah bagaimana kita nak bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan sedikit daripada ustaz, silakan

Elemen persoalan merupakan ayat berbentuk pertanyaan yang berkaitan dengan topik perbincangan. Biasanya persoalan merujuk kepada topik dan kandungan perbualan tersebut. Sebagai contoh yang dapat diperhatikan dalam transkripsi dialog pada minit 36.35, pengacara program iaitu Uyaina telah memberikan persoalan kepada tetamu dalam talian iaitu “persoalannya adalah bagaimana kita nak bangkit dan meneruskan kehidupan kita, silakan sedikit daripada ustaz, silakan”, yang bertanya tentang bagaimana untuk bangkit dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana berdasarkan pertanyaan tersebut, sebagai penonton kita dapat faham bahawa ramai di antara kita dalam komuniti masyarakat sedanag berasa dalam kesusahan dan memerlukan semanagat untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan di dunia ini. Pada pendapat saya, sebagai seorang insan, kita tidak boleh lari daripada ujian hidup dam untuk itu kita perlu terus melangkah melawan arus untuk berjaya.

P2: Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi manager adrian.

Selain itu, elemen persoalan juga dapat diperhatikan menerusi pertanyaan pengacara,P2, iaitu Uyaina kepada tetamu dalam talian TDT6 iaitu “Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi manager adrian”, yang membawa kepada persoalan adakah adrian sudah mempunyai pengurus untuk menguruskannya. Hal ini disebabkab oleh berlaku perbincangan antara mereka di luar program tersebut yang merujuk kepada soalan tersebut. Oleh itu, wujud hubungan baik yang terjalin antara pengacara dan tetamu atas talian. Pada pendapat saya, sebagai pengacara mereka perlu mencari cara untuk mewujudkan suasana yang erat supaya tetamu yang diundang tidak kekok dan ini dapat dilihat apa yang dilakukan oleh pengacara tersebut merupakan satu langkah yang baik.

 

 

 

 

Pengulangan (Iqbal)

TDT3: Dan apabila Allah ambil satu benda yang paling kita sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita kebaikan sebab apa sama ada kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu sebenarnya itu adalah ketentuan Allah SWT.

Seterusnya bagi elemen pengulangan ialah merupakan perkataan, frasa atau ayat yang diulang dalam mesej. Mesej yang menggunakan perkataan atau frasa ataupun ayat dalam bentuk pengulangan kerana mahukan pendengar atau pembaca faham akan apa yang ingin dikatakan. Sebagai contoh dalam teks transkrip dialog ini, pada minit 36.58, TDT3 telah melakukan pengulangan dalam dialog yang diucapkan iaitu “Dan apabila Allah ambil satu benda yang paling kita sayang, sebenarnya, sebenarnya Allah nak beri kepada kita kebaikan sebab apa sama ada kita pergi dulu ataupun dia pergi dulu sebenarnya itu adalah ketentuan Allah SWT”. Hal ini menyaksikan pengulangan perkataan “sebenarnya” berlaku sebanyak dua kali yang memberi penekanan tentang takdir Allah SWT terhadap hambaNya. Pada pandangan saya, ujian Allah itu luas, dan sebagai hambaNya kita perlulah sentiasa percaya dengan takdir dan ketentuan yang telah diaturkan dan sudah tentu ada ganjaran bagi hamba yang bersabar.

P3: ustaz, ustaz sikit lagi, ustaz sikit lagi.

Di samping itu, elemen pengulangan juga dapat dilihat pada minit 37.54 di mana P3 iaitu Fiza membuat pengulangan dengan mengujarkan “ustaz, ustaz sikit lagi, ustaz sikit lagi” yang memberikan penekanan terhadap soalan yang ingin disampaikan. Hal ini kerana, ustaz iaitu TDT3 sudah habis memberikan pendapat dan nasihatnya terhadap soalan yang telah diberikan kepadanya. Oleh itu, untuk menarik perhatian ustaz tersebut, P3 membuat pengulangan dengan panggilan “ustaz” sebanyak tiga kali supaya ustaz tersebut dapat memberikan perhatian semula kepada P3 tentang apa yang ingin disampaikan. Menurut pendapat saya,  elemen pengulangan yang berlaku seperti contoh di atas adalah cara yang terbaik untuk memperoleh perhatian supaya kita dapat memberikan pertanyaan atau soalan dengan tenang tanpa gangguan dari sisi lain.

Perujukan (Syakirah)

  P2: Persoalannya, bagaimana kita ini terus bangkit menjalani kehidupan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat. Ini yang akan kita bincangkan dan kami bawakan bersama dengan seluruh penonton wanita hari ini.

Perujukan menurut pendekatan strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan rujukan yang dibuat terhadap mesej bagi menguatkan pemahaman. Seseorang akan membuat rujukan dengan perkara lain yang pernah didengar atau dilihat. Malah, seseorang itu akan merujuk mesej supaya lebh difahami dengan jelas.

Bertitik tolak daripada dialog di atas, ayat “bagaimana kita ini terus bangkit menjalani kehidupan kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini dengan penuh semangat” seperti yang dinyatakan oleh P2 di atas dapat memperlihatkan perujukan tentang perkara yang akan diperjelaskan. Secara natijahnya, perujukan bangkit yang diperkatakan adalah tentang bagaimana timbul kekuatan dalam diri untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Dalam situasi tersebut, kedua-dua penal jemputan telah pun kehilangan insan yang tersayang membuatkan mereka terpaksa menerima kenyataan dan terus bangkit untuk menjalani kehidupan meskipun perit. Hal ini demikian kerana, bangkit yang diperkatakan oleh P2 membuatkan P2 tertanya-tanya bagimana mereka menerima kenyataan dan menghadapi situasi ini tanpa insan tersayang disisi. Justeru, bangkit yang dikatakan itu adalah kekuatan dua panel jemputan dalam meneruskan kehidupan seharian. Hal ini digambarkan bahawa, kedua-dua penal adalah seoarang yang kuat dan tabah dalam menerima kenyataan akan kehilangan insan yang sangat rapat buat mereka dahulu. Pendek kata, kedua-duanya adalah insan yang bangkit dalam kesedihan, tidak hanya meratapi kehilangan insan yang telah pergi serta mampu meneruskan kehiduan seharian.

VT 2: Walau berlainan penderitaan, ternyata cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat mereka. Namun pastinya tidak membuatkan dua insan cekal ini untuk berputus asa dalam meneruskan kehidupan seharian.

Bertitik tolak daripada dialog di atas, ayat “ternyata cabaran dan penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat mereka.” seperti yang dinyatakan dalam VT 2 di atas dapat memperlihatkan perujukan tentang perkara yang akan diperjelaskan. Secara natijahnya, perujukan “penderitaan yang ditempoh adalah sangat berat buat mereka” yang diperkatakan adalah tentang kecekalan Encik Khairul dan Puan Norlidah.

Dalam situasi tersebut, Encik Khairul telah kehilangan isteri tercinta semasa anak-anaknya masih kecil manakala Puan Norlidah pula telah kehilangan anak angkatnya yang berusia tujuh tahun akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri. Kehilangan kedua-dua insan yang mereka sayangi itu telah membangkitkan mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Meskipun perit dugaan yang diterima, kehidupan mereka berdua mesti diteruskan untuk berbakti kepada masyarakat. Kejadian yang menimpa mereka tidak seharusnya berhenti setakat yang diperkatakan tetapi seharusnya menjadi teladan dan pengajaran kepada masyarakat yang lain. Justeru, perujukan yang terdapat dalam dialog ini adalah merujuk terhadap keperitan mereka berdua dalam menerima takdir yang telah tertulis. Jadi mengikut pendekatan strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) telah terbukti bahawa perujukan adalah salah satu proses komunikasi di mana perujukan merujuk kepada pemahaman topik yang sedang dibincangkan.

 

 

 

 

 

Pembetulan kendiri (Afifah)

TDTA1: Okay ingin saya kongsikan kami punya lagu ni Salam Sayang ni ahh baru sahaja dilaunching malam raya. Baru sangat! Baru 3 hari eh salah2 5 hari, jadi kalau anda ingin.. (P2 mencelah)

Berdasarkan ujaran TDTA1 di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat elemen pembetulan kendiri. Dalam hal ini, pembetulan kendiri bermaksud membetulkan perkataan atau ayat sendiri. Hal ini, dibuktikan apabila TDTA1 di atas membetulkan ujarannya tentang berapa hari lagu untuk Salam Sayang telah dilancarkan. Jika diteliti pada mulanya, TDTA1 menjawab 3 hari. Namun begitu, dengan cepat dia menukar semula keada 5 hari tanpa pertolongan sesiapa. TDTA1 juga membetulkan ujarannya dengan cepat supaya pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Pada pendapat saya, tindakan TDTA1 yang membuat pembetulan kendiri tanpa perlu ditolong oleh orang lain menunjukkan bahawa TDTA1 mengetahui bahawa dia melakukan kesilapan dalam ujarannya. Dalam hal ini, menunjukkan bahawa TDTA1 sedar jika dia tersalah menyatakan fakta maka kemungkinan pendengar tidak akan faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, TDTA1 dengan cepat membetulkan ujarannya supaya tidak timbul salah faham di antara pendengar serta orang yang berada di studio. Dalam hal ini, menunjukkan bahawa TDTA1 merupakan seorang yang bertanggungjawab dan peka terhadap ujaran yang dilontarkan. Hal ini demikian kerana, jika dia tidak peka kemungkinan tidak akan berlaku pembetulan tersebut dan masyarakat yang mendengar juga akan percaya pada berita yang salah itu.

 

 

 

P3: bagaimana sebenarnya umi em maksud saya bagaimana kekuatan ataupun sokongan insan-insan di sekeliling. Termasuk anak-anak yang ada umi terus memberi kekuatan kepada umi untuk bangkit, untuk belajar meneruskan kehidupan tanpa adik amir disisi umi?

Pembetulan kendiri juga terdapat pada ujaran di atas. Perkara ini dibuktikan apabila P3 membetulkan perkataan dalam soalan yang diajukan kepada TDT2. Dalam hal ini, pembetulan kendiri tidak berkait dengan pembetulan kerana kesalahan ayat tetapi pembetulan yang dibuat kerana kesalahan penggunaan kata. Hal ini demikian kerana, P3 ingin menanyakan tentang kekuatan namun mungkin pada saat itu perkataan yang hendak digunakan tidak sesuai atau tidak dapat diutarakan. Oleh itu, beliau pada mulanya ingin mengajukan pertanyaan menggunakan perkataan lain tetapi setelah berhenti seketika P3 menggunakan perkataan kekuatan untuk bertanya kepada TDT2 mengenai sokongan yang diterimanya. Pada pendapat saya, pembetulan kendiri yang dibuat mungkin disebabkan oleh kekeliruan untuk menggunakan perkataan yang sesuai. Dalam hal ini, sesuatu bual bicara biasanya menggunakan soalan yang spontan. Oleh itu, kemungkin sewaktu ingin bertanyakan soalan perkataan yang hendak digunakan tidak dapat dilontarkan. Namun begitu, P3 dengan cepat telah menggunakan perkataan lain tanpa pertolongan dari mana-mana pihak. Dalam hal ini, jelas menunjukkan pembetulan kendiri oleh P3. 

Topik Berlainan/Pengabaian Mesej (Afifah)

TDTA1: berjanji dengan mak dia ke berjanji dengan anak dia?

P2: haa itu lah tu. Ni adrian dah ada manager ke belum? Haritu kalau ikut discussion dekat family duo haritu, kak yana kan yang nak jadi manager Adrian.

Strategi topik berlainan atau pengabaian merupakan mesej yang disampaikan namun pendegar menukar topik yang berlainan daripada apa yang dibincangkan. Berdasarkan ujaran di atas, jelas menunjukkan bahawa P2 telah membuat pengabaian mesej. Dalam hal ini, TDTA1 telah mengujarkan soalan, namun, P2 tidak menjawab soalan yang diberikan. Sebaliknya, P2 menjawab soalan dengan jawapan yang tidak jelas. Selain itu, P2 juga turut mengemukakan soalan yang lain. Jika diteliti, perbualan di antara TDTA1 dan P2 menunjukkan bahawa mereka pernah bertemu sebelum ini. Oleh itu, P2 mengujarkan soalan kembali kepada TDTA1 tanpa menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Pada pendapat saya, hubungan di antara P2 dan TDTA1 agak akrab. Hal ini demikian kerana, mungkin mereka pernah bertemu sebelum ini. Oleh itu, P2 menjawab soalan TDTA1 tanpa memberikan penjelasan dan sebaliknya mengemukan persoalan seperti mengimbas kembali kejadian yang pernah berlaku. Dalam hal ini, pengabaian mesej yang dilakukan mungkin disebabkan P2 lebih berminat untuk mengusik TDTA2 yang merupakan seorang kanak-kanak lagi. Justeru, P2 lebih menumpukan persoalan kepada TDTA2 berbanding menjawab soalan oleh TDTA1.

 

N: Kau tengok la abang aku tu

W1: Jangan bergaduh!

Topik yang berlainan atau pengabaian mesej juga turut ditunjukkan dalam ujaran di atas. Hal ini dibuktikan apabila N meminta supaya W1 melihat perilaku abangnya. Namun begitu, W1 dengan tiba-tiba berpesan supaya tidak bergaduh. Dalam hal ini N sedang bersalaman dengan ibunya untuk memohon maaf. Namun, abangnya yang berada di sebelah ibunya sedang bersiap sedia seperti hendak bergaduh. Melihat tindakan abangnya itu, N mengadu kepada W1 dengan niat W1 memarahi abangnya. Namun begitu, W1 melakukan yang sebaliknya kerana dia menegur N bukan abangnya. Dalam hal ini pengabaian mesej jelas ditunjukkan untuk mengusik N yang berasa tidak puas hati terhadap abangnya. Pada pendapat saya, N merupakan adik bongsu dalam keluarga ataupun adik yang mudah diusik oleh ahli keluarga yang lain. Oleh itu, apabila dia mengadu mengenai tindakan abangya dia pula yang ditegur oleh W1. Jika diteliti dalam VT, N menunjukkan muka tidak puas hati apabila dimarahi. Namun begitu, W1 hanya mentertawakan N. Hal ini jelas menunjukkan hubungan yang akrab antara adik beradik. Jika mereka tidak mempunyai hubungan yang baik, sudah tentu N akan terasa hati dengan pengabaian mesej yang dibuat oleh W1.

 

Celahan (syakirah)

P2: Apa khabar umi?

TDT 3: Baik alhamdulillah.

P3: Yana, kita rasa seronok dan juga bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga orang individu-individu yang hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan Ustaz Jazlan sendiri dengan cerita tersendiri, untuk bangkit yang nak dikongsikan bersama dengan penonton. Kalau boleh kita nak tanyakan kepada Encik Khairul dahulu sebagai pembuka tirai perbincangan kita pada hari ini.

Celahan merujuk pendekatan strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan celahan di mana merupakan proses mencelah semasa orang lain sedang memberi pendapat atau sedang berinteraksi. Celahan kerap berlaku apabila mesej yang ingin disampaikan telah disekat dan disambung oleh orang lain. Topik yang dibincangkan masih sama namun, mesej disampaikan oleh beberapa orang lain.

Bertitik tolak daripada dialog di atas, ayat “Yana, kita rasa seronok dan juga bertuah kerana hari ini kita ditemani dengan tiga orang individu-individu yang hebat ini yang sebenarnya termasuk dengan Ustaz Jazlan sendiri dengan cerita tersendiri..” seperti dinyatakan oleh P3 digambarkan dengan lebih jelas celahan yang merujuk terhadap elemen pendekatan yang diperkenalkan oleh Normaliza Abd Rahim (2019). Secara natijahnya, celahan yang dilakukan oleh P3 masih dalam topik perbincangan yang sama dan tidak lari daripada perbualan yang dibincangkan.

Dalam situasi tersebut, P3 berada dalam talian dan tidak berada di studio bersama-sama P2. Hal ini demikian kerana, celahan P3 masih sopan iaitu P3 memanggil nama P2 untuk meminta giliran bercakap bagi mengalu-alukan para tetamu jemputan. Tambahan juga, perbuatan celahan P3 berlaku kerana P3 tidak mahu terasing meskipun tidak berada di studio. Walaupun P2 sudah memperkenalkan kepada penonton tentang latar belakang tetamu jemputan tetapi P3 masih memperhalusi kata-kata P2 tentang panel jemputan yang hadir. Rentetan daripada itu, P3 ingin bersama-sama dalam menjayakan program bual bicara ini dengan jayanya meskinpun P3 berada di rumah. Justeru, celahan yang dilakukan oleh P3 tidak asing lagi terutamanya dalam proses komunikasi kerana ketika proses ini berlaku, celahan boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa. Hal ini demikian kerana, celahan yang berlaku tiada had waktu meskipun individu mempunyai pandangan yang berbeza-beza bagi mendapatkan persetujuan yang sewajarnya dalam perbincangan.

 

 

 

 

 

 TDT 2: Jadi of course sepanjang tiga tahun itu saya melalui episode-episod burn out saya sendiri bila kita terlalu penat, terlalu penat fizikal pun dia membawa kepada emosi dan terlalu penat emosi pun dia membawa penat kepada fizikal.

P2: Betul

TDT 2: Jadi kalau dulu mula-mula tu saya jadi cepat marah.

Bertitik tolak daripada dialog di atas, ayat “Betul” seperti dinyatakan oleh P2 digambarkan dengan lebih jelas celahan yang merujuk terhadap elemen pendekatan yang diperkenalkan oleh Normaliza Abd Rahim (2019). Secara natijahnya, celahan yang dilakukan oleh P2 masih dalam topik perbincangan yang sama dan tidak lari daripada perbualan yang dibincangkan.

Dalam situasi tersebut, P2 mencelah penyataan daripada TDT 2 di mana TDT 2 sedang menceritakan tentang pengalamannya menempuhi perjalanan hidup membesarkan anak-anak yang masih kecil selepas kehilangan isterinya. Tambahan juga, ketika itu anak-anak TDT 2 masih kecil, salah seorangnya berusia 7 bulan. Usia yang begitu kecil telah kehilangan ibu disisi menjadi satu ujian buat anak-anaknya dalam menjalani kehidupan yang akan datang. Tanggungjawabnya TDT 2 telah bertambah di mana, TDT 2 perlu menggalas tugas seorang ibu dan dalam masa yang sama menggalas tugas sebagai seorang bapa. Keperitan emosi dan fizikal telah membangkitkan semangat TDT 2 untuk membesarkan anak-anaknya berseorangan tanpa isteri tercinta disisi. Oleh itu, kekuatan yang dipertonjolkan dalam bual bicara ini sedikit sebanyak telah memberi semangat kepada penonton yang lain.

Sehubungan dengan itu, elemen celahan dalam dialog ini memperlihatkan P2 bersetuju dengan kenyataan TDT 2 di mana TDT 2 sedang menceritakan pengalamannya dalam membesarkan anaknya tanpa isteri disisi. Tambahan juga, P2 seolah-olah memahami keperitan dan kepayahan yang dialami membuatkan P2 bersetuju dengan penyataan TDT 2. P2 juga seakan-akan pernah mengalami situasi seperti TDT 2 membuatkan P2 bersetuju dengan pengalaman dialami. Oleh itu, celahan daripada P2 memberi gambaran bahawa proses dalam komunikasi mengikut pendekatan strategi komunikasi Normaliza Abd Rahim (2019) adalah benar di mana P2 bersetuju dengan pendapat daripada TDT 2.

Penangguhan (tivyaa)

TDTA2: ermm… Rian ikut kata mommy je

Berdasarkan TDTA2 di atas iaitu “Ermm…Rian ikut kata mommy je” menunjukkan strategi komunikasi penangguhan dimana subjek iaitu Adrian menggangguk kepala mengeluarkan suara tanda bersetuju. Sebagaimana yang kita ketahui, norma baharu ini telah menjadikan kita semua bergantung kepada kaedah-keadah digital di mana rancangan WHI juga telah memilih platform digital untuk mengendalikan rancangan menemu bual artis tempatan iaitu Amyza Aznan dan anak lelakinya bernama Adrian. Diceritakan, ini merupakan tahun kedua rakyat Malaysia bakal menyambut Syawal dalam norma baharu. Semestinya perasaan rindu pada kampung halaman, keluarga dan sanak saudara semakin menebal. Maka dengan melihat situasi ini, Media Prima Berhad melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang menghasilkan sebuah lagu yang dapat menyampaikan perasaan rindu kepada keluarga dan insan-insan tersayang. Lagu berjudul "Salam Sayang" diangkat sebagai lagu tema Aidilfitri Media Prima Berhad. Lagu gubahan ini telah disampaikan dengan baik sekali oleh pasangan ibu dan anak popular, Amyza Aznan dan Adrian. Namun apabila disoalkan mengenai kariernya, Adrian yang dibayangi perasaan gembira menjawab bahawa “ermm…Rian ikut kata mommy je” dengan senyuman bermain di bibir. Hal ini menggambarkan bahawa Adrian merupakan seorang yang menghormati keputusan dan mendengar nasihat ibunya. Maksudnya disini, Adrian sedar bahawa tujuan mendengar nasihat ibunya adalah untuk kebaikan diri. Walaupun sebagai seorang penyanyi cilik yang mempunyai peluang baik di ruang industri hiburan, tambahan dengan anugerah suara yang dikurniakan dia tetap memilih untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu. Sebagai seorang anak yang baik, Adrian sedar dia harus mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang tua dia. Misalnya, Adrian setuju dengan pernyataan ibunya yang memberi penuh semangat dan menyokong Adrian untuk menceberi bidang muzik kerana ia juga dapat memberi masa depan yang cerah kepada anaknya. Jelaslah bahawa, Adrian rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya mengikut kata-kata ibunya kerana dapat membahagiakan ibu yang tercinta.

P3: ermn betul

Seterusnya, berdasarkan P3 di atas iaitu “ermm betul.” menunjukkan strategi komunikasi penangguhan dimana pengacara rancangan WHI iaitu Fiza Sab Jahan mengeluarkan suara tanda bersetuju menjawab rakan setugasnya Uyainaa. Sebagaimana yang kita ketahui, topik yang hangat dibicarakan di WHI adalah berkenaan dengan isu “Bangkit”. Diceritakan, berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata apabila mendengar para tetamu dalam talian sudi berkongsi pengalaman pahit yang pernah dialami dalam kehidupanya. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya apabila mereka meluahkan segala isi hati yang terpendam. Walaupun kejutan dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang yang tersayang adalah sangat berat dan sememangnya tidak mudah, tetapi para tetamu tetap gagah, belajar untuk bertahan serta menjadi lebih matang. Dalam konteks ini, mereka menyatakan bahawa semua orang pasti akan diuji tuhan. Semua orang juga akan merasai kehilangan orang tersayang dan berduka. Akan tetapi, terdapat pelbagai cara untuk bangkit. Seseorang itu haruslah tabahkan diri dan bangkit ke hadapan kerana setiap insan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Mereka hanya mampu berdoa untuk insan-insan yang kembali ke pangkuan tuhannya. Pernyataan ini yang disoal oleh rakan setugas disetujui oleh pengacara Fiza. Hal ini dikatakan demikian kerana pengacara Fiza berfikiran dalam hidupnya sentiasa menghadapi berbagai macam situasi sama ada keadaan yang menyenangkan ataupun yang menyedihkan. Apapun keadaan yang dirasakan sekarang, pengacara berpendapat bahawa setiap orang harus sentiasa bersyukur. Dengan bersyukurlah mampulah seseorang menghadapi hidup dengan tenang. Selalu berdoa, berterima kasih dan bersyukur atas nikmat Allah yang diberikan kepada kita walaupun kadang kala ia amat menyedihkan. Pengacara mungkin berasa mengeluh tidak akan menyelesaikan keadaan, maka sekiranya bersyukur ia akan mengubah segalanya menjadi lebih indah. Bukan itu sahaja, pengacara juga mungkin membandingkan keadaan dirinya dengan terhadap isu penindasan yang berlaku pada saudara-saudaranya di Palestine. Dengan ini, pengacara Fiza bersetuju bahawa keadaan dirinya jauh lebih baik daripada yang lain dan berasa amat bersyukur

 

Terjemahan Literal (Hazwani)

P2: Itu En.Khairul kongsikan dari segi aa bagaimana dia mengambil sendiri masa ataupun me time untuk kembali bangkit dan aaa berhadapan dengan situasi-situasi seterusnya itu.

Dewasa ini, komunikasi yang dilakukan tidak lari dengan kata terjemahan literal. Dalam temubual ini, P2 telah menggunakan perkataan sendiri masa ataupun me time dalam perbualan. Namun begitu, penggunaan kata terjemahan literal ini difahami oleh penonton kerana perkataan me time itu telah difahami oleh kebanyakan penonton. Dalam hal ini, P2 sebenarnya cuba menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh tetamu dan juga penonton. Selain itu, P2 juga menggunakan terjemahan literal bagi perkataan sendiri masa yang diterjemah dalam bahasa Inggeris menjadi me time. Dalam hal ini, terjemahan dilakukan oleh P2 kerana penonton telah terbiasa dengan perkataan me time, dan bukan sendiri masa. Di samping itu, P2 juga menterjemah kerana perkataan sendiri masa itu kedengaran agak janggal kepada penonton. Hal ini menyebabkan TDT dapat memahami konteks yang ingin disampaikan oleh P2. Tambahan pula, konteks masa sendiri itu juga dapat difahami dengan baik oleh penonton. Pada hemat saya, P2 adakalnya perlu menggunakan terjemahan literal ketika menemu bual tetamu. Hal ini dapat dilihat daripada penterjemahan sendiri masa  kepada me time itu untuk difahami oleh tetamu dan penonton. Disamping itu, terjemahan literal yang dibuat oleh P2 juga adalah betul dan membawa maksud yang sama. Jadi, P2 telah telah menggunakan terjemahan literal pada masa dan tempat yang betul bagi memberi kefahaman kepada penonton.

 

TDT2: Maknanya dia dah pergi dari life umi selama 7 bulan dan umi cukup menderita ketika itu.

Dalam perbualan maknanya dia pergi dari life umi.., terdapat terjemahan literal yang dibuat oleh TDT2. Hal ini berkemungkinan TDT2 lebih selesa menterjemahkan perkataan kehidupan kepada life dalam perbualan. Dalam hal ini, TDT2 bijak menterjemah perkataan kehidupan itu kerana TDT2 dilihat lebih selesa menggunakan perkataan tersebut. Selain itu, dengan penggunaan terjemahan literal, temubual yang diadakan berjalan lancar. Selanjutnya, temubual yang dijalankan juga kelihatan santai. Justeru, TDT2 selesa untuk meggunakan perkataan yang diterjemah secara literal dalam temubual tersebut. Selanjutnya, terjemahan literal yang digunakan oleh TDT2 adalah mudah dan difahami dan seterusnya memberi kefahaman kepada penonton. Pada pendapat saya, TDT menggunakan terjemahan yang sesuai dalam perbualan. Hal ini kerana terjemahan yang dilakukan tidak kedengaran janggal dan seterusnya mudah difahami. Disamping itu, TDT2 juga dilihat bijak membuat pemilihan kata yang telah diterjemah agar lebih dekat dengan penonton. Tambahan pula, terjemahan secara literal ini dilihat lebih difahami oleh penonton. Seterusnya, TDT2 dilihat bijak menggunakan terjemahan literal ketika menerangkan sesuatu isu. Selanjutnya, dengan penggunaan terjemahan literal ini, bahasa yang digunakan menjadi mudah dan seterusnya difahami.

 

Pertukaran kod (Hazwani)

TDT1: Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak

dan sebagainya.

Dalam sebuah komunikasi, pertukaran kod sering terjadi ketika komunikasi sedang dijalankan. Dalam temubual diatas, TDT1 telah menggunakan pertukaran kod iaitu dalam ayat  Saya tidak akan jadi stress, saya tidak akan aaa melepaskan kemarahan kepada anak-anak dan sebagainya. Dalam sebuah komunikasi, pertukaran kod biasa berlaku. Hal ini kerana TDT1 biasa menggunakan percampuran kod ketika dalam berkomunikasi. Jadi, TDT1 mengaplikasikannya dalam temubual agar ayat yang digunakan difahami oleh penonton. Selain itu, dengan penggunaan pertukaran kod ketika berkomunikasi, penonton dapat mengetahui bahawa TDT1 menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Disamping itu, penggunaan kata stress itu adalah sangat dekat dengan masyarakat. Justeru, TDT1 memilih untuk menggunakan perkataan stress berbanding tekanan ketika berkomunikasi. Pada pendapat saya, penggunaan pertukaran kod dalam temubual dilihat positif. Hal ini kerana ia menunjukkan temubual itu bersifat santai. Selain itu, menerusi pertukaran kod, penonton lebih mudah untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Seterusnya, maksud yang ingin disampaikan juga tidak disalahertikan. Pada pendapat saya, penggunaan pertukaran kod adalah perlu ketika sesi temubual. Hal ini kerana, temubual yang diadakan bukan bersifat formal. Selain itu, perbualan menggunakan percampuran kod dilihat lebih memudahkan penutur. Disamping itu, dengan menggunakan pertukaran kod, secara tidak langsung, penutur dapat menguasai dua bahasa dalam satu masa. Justeru, percampuran kod dalam temubual dilihat sebagai satu perkembangan yang positif dalam bidang bahasa.

TDT2: Aaa semenjak ibunya dah ambil dan sejak itu umi dah putus contact

Dalam komunikasi, pertukaran kod adalah sesuatu yang biasa berlaku. Di dalam temubual ini, terdapat pertukarn kod berlaku iaitu dalam ayat Aaa semenjak ibunya dah ambil dan sejak itu umi dah putus contact. Situasi ini menggambarkan bahawa TDT2 tidak dapat menghubungi anaknya. Dalam hal ini, penggunaan pertukaran kod dilakukan ditengah-tengah ayat ketika TDT2 berkomunikasi. Di samping itu, TDT2 menggunakan percampuran kod kerana merasa dekat dengan perkataan contact itu. Selain itu, TDT2 dilihat selesa ketika menuturkan perkataan tersebut. Secara tidak langsung, penonton juga boleh belajar perkataan yang diucapkan kerana terdapat dua bahasa dalam satu masa. Tambahan pula, TDT2 juga u. menggunakan pertukaran kod kerana sudah terbiasa berkomunikasi seperti iti. Pada pendapat saya, penggunaan pertukaran kod dalam temubual dilihat positif. Hal ini kerana ia menunjukkan temubual itu bersifat santai. Selain itu, menerusi pertukaran kod, penonton lebih mudah untuk memahami apa yang hendak disampaikan. Seterusnya, maksud yang ingin disampaikan juga tidak disalahertikan. Pada pendapat saya, penggunaan percampuran kod adalah perlu ketika sesi temubual. Hal ini kerana, temubual yang diadakan bukan bersifat formal. Selain itu, perbualan menggunakan petukaran kod dilihat lebih memudahkan penutur. Disamping itu, dengan menggunakan percampuran kod, secara tidak langsung, penutur dapat menguasai dua bahasa dalam satu masa. Justeru, pertukaran kod dalam temubual dilihat sebagai satu perkembangan yang positif dalam bidang bahasa

Imaginasi (Afifah)

TDT3: Jadi itu moment yang Ya Allah umi selalu teringat, umi terbayang dia kan apa semua tapi malam tu tiba umi datang satu suara tu kata ‚‘sudahlah’ umi cakap pada diri umi ‚‘dahlah, Amir dah takde, Amir takkan kembali, itu umi cakap dalam diri umi sebab umi rasa umi rnak move sebab dia kena pergi dari hidup umi terus sebab dia takkan balik, jadi umi terpaksa kuatkan hati umi Amir takkan.

Berdasarkan ujaran di atas, jelas menunjukkan elemen imaginasi. Hal ini dibuktikan apabila  TDT3 menyatakan bahawa dia terbayang akan Amir yang merupakan anak angkatnya yang telah meninggal dunia. Dalam hal ini, TDT3 telah bercerita perihal Amir yang merupakan anak angkatnya yang telah dibela sejak dari kecil. Oleh hal yang demikian, kehilangan Amir telah menyebabkan TDT3 berasa sedih sehingga ada hari dia masih membayangkan bahawa Amir masih ada. Hal ini menunjukkan walaupun Amir sudah tiada TDT3 masih merinduinya. Walau bagaimanapun, TDT3 sedar bahawa dia perlu menerima hakikat. Oleh itu, dia mengatakan kepada dirinya bahawa amir pergi dan tidak akan kembali lagi. Pada hemat saya, disebabkan rasa sayang yang mendalam, pemergian orang tersayang menyebabkan seseorang individu itu kerap membanyangi wajah mereka yang telah tiada. Dalam hal ini, kasih seorang ibu jelas dipamerkan oleh TDT3. Walhal, jika difahami keseluruhan cerita TDT3 merupakan seorang ibu angkat sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun tidak mempunyai hubungan yang sebenar namun keikhlasan TDT3 dalam menjaga Amir sebagai seorang anak jelas ditunjukkan. Hal ini demikian kerana, walaupun setelah beberapa hari Amir meninggal dunia, TDT3 masih bercerita perihal Amir. Selain itu, jika dilihat pada raut wajah TDT3 masih ada rasa sedih dan hiba bila menyebut nama Amir.

TDT2; Jadi tak ada anak, bayangkan dia punya relationship tu, orang kata dia macam kita yalah orang ada anak, ada matlamat dalam hidup

Contoh imaginasi yang seterusnya ditunjukkan dalam ujaran di atas. Hal ini dibuktikan apabila TDT2 meminta pendengar untuk membayangkan bagaimana hubungan dia dan isterinya sewaktu awal perkahwinan dahulu. Dalam hal ini, TDT2 telah menjawab persoalan yang diajukan oleh P3 mengenai perihal perasaanya apabila kehilangan isteri tersayang dan membesarkan tiga orang anak sekali gus secara berseorangan. Bagi menjawab soalan yang diajukan TDT2 telah memberi huraian mesej dalam bentuk imaginasi. Dalam hal ini, TDT2 meminta pendengar untuk membayangkan bagaimana keadaan hubungan mereka dahulu ketika tiada anak. Pada hemat saya, imaginasi yang dinyatakan oleh TDT2 boleh difahami oleh orang yang sudah berkeluarga. Hal ini demikian kerana, hanya orang yang berkeluarga sahaja tahu bagaimana perasaan ketika tiada anak dan bagaimana sesebuah rumah tangga itu boleh diuji jika ketiadaan anak. Hal ini menunjukkan bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh TDT2 bukan semua boleh rasakan. Walau bagaimanapun, jika diselitkan dengan perasaan simpati bayangan yang dinyatakan oleh TDT2 itu boleh disampaikan dengan jelas kepada khalayak.

 

Kesopanan (Tivyaa)

TDTA1: “pertama sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana telah memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat”

Berdasarkan TDTA1 di atas iaitu “pertama sekali nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Family Duo kerana telah memperkenalkan Adrian memberi ruang kepada Adrian menunjukkan bakat” menunjukkan mesej berbentuk kesopanan dimana ia melambangkan tanda penghargaan. Sebagaimana yang kita ketahui, Media Prima Berhad melalui syarikat rakaman Monkey Bone, mengambil peluang menghasilkan sebuah lagu berjudul Salam Sayang yang dapat menyampaikan perasaan rindu kepada keluarga dan insan-insan tersayang sempena Aidilfitri yang menjelang tahun ini. Lagu tersebut dikatakan sebagai penghubung dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri. Peluang menyampaikan lagu tersebut telah diberikan kepada pasangan ibu dan anak popular, iaitu Amyza Aznan dan Adrian. Walaupun ia merupakan kali pertama pasangan ibu dan anaknya Adrian dicalonkan untuk merakamkan lagu ini, namun lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua sangat menepati citarasa setiap pendengar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat Adrian. Maka ibu kepada anaknya iaitu Adrian, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang berkenaan sebagai satu tanda penghargaan kerana memberi peluang Adrian mengasah bakatnya dalam bidang muzik. Hal ini dikatakan demikian kerana Amyza mengenang rahmat yang dinikmati, bersyukur, dan menghargai segala yang dia dan anaknya terima. Amyza juga ucapkan terima kasih kerana menganggap bahawa segala yang mereka hadapi sepanjang kehidupan adalah suatu anugerah, sentiasa mengambil peduli akan betapa bertuahnya mereka disebabkan semua yang ada di sekelilingnya seperti para peminat dan penyokong. Bukan itu sahaja, Amyza juga mungkin berpendapat bahawa ucapkan terima kasih sebenarnya mencakupi emosi refleksi kendiri, iaitu kemampuan untuk menerima hakikat bahawa setiap orang bergantung pada bantuan orang lain, dan rasa rendah hati untuk menyedari kekangan diri,”. Dengan ini, Amyza merakamkan penghargaan peribadinya kepada pihak-pihak berkenaan sebagai tanda penghormatan.

P2: “Tahniah dan terima kasih saya ucapkan, Selamat Hari Raya!”

Berdasarkan P2 di atas iaitu “Tahniah dan terima kasih saya ucapkan, Selamat Hari Raya!” menunjukkan perbualan berbentuk kesopanan dimana ia melambangkan tanda penghargaan pengacara kepada tetamu artis dalam talian. Sebagaimana yang kita ketahui, Amyza Aznan dan anak lelakinya iaitu Adrian telah dijemput untuk sesi temu bual dalam talian yang dikendalikan oleh rancangan WHI. Antara sebab mereka berdua diundang adalah kerana kali pertama pasangan ibu dan anaknya Adrian dicalonkan untuk merakamkan lagu Salam Sayang sempena menyambut Aidilfitri, namun lagu yang dinyanyikan oleh mereka berdua sangat menepati citarasa setiap pendengar dan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat Adrian. Maka dengan ini mereka dijemput supaya memberi sedikit sebanyak keterangan berkenaan pengalaman manis yang dialami sepanjang tempoh merakam lagu bertemakan Aidilfitri, melatih diri, dan sebagainya. Senyuman mesra terukir di mulut anak dan ibu, dengan wajah yang setenang air di kali telah berkongsi pelbagai pendapat serta kenangan yang dilalui bersama bagi menghasilkan rakaman lagu. Oleh sebab itu, pengacara telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh Amyza dan Adrian dalam sesi temu bualnya. Hal ini berkemungkinan sepanjang temubual dijalankan, Amyza dan Adrian memberikan. maklumbalas yang positif serta memberi kerjasama supaya mempermudahkan rancangan. Di samping itu, pengacara Uyainaa juga amat gembira dengan cara Aymza dan anaknya yang menjalin hubungan mesra sudi berkongsi pengalaman mereka secara profession. Pengacara juga berpendapat bahawa mereka berdua sangat mudah disenangi oleh ramai, bersikap peramah dan tidak bersikap sombong. Kesimpulanya, terima kasih yang tulus ikhlas daripada pengacara diucapkan kepada mereka sebagai tanda penghormatan.

Parafrasa (Iffat)

P3P2: Tetapi ada bermacam-macam cara sebenarnya untuk kita (P2: hmm..hmm) sama-sama berkongsi rasa saya dan kongsi  kegembiraan ini (P2: Betul) kita tak boleh pergi ziarah, kita boleh ja pergi hantar makanan...

P2:  mungkin boleh hantar juadah raya dan dinikmati bersama-sama. Ok baik Fiza...

Penggunaan parafrasa merupakan sesuatu yang lazim digunakan dalam pertuturan. Lebih-lebih lagi untuk memberi penekan terhadap sesuat perkara atau untuk mengulangi ujaran orang sebelumnya. Jika dilihat dalam P2 telah menggunakan parafrasa apabila dia mengulangi idea atau gagasan yang telah diberikan oleh P3 di awal perbincangan. Dalam situasi ini, P2 telah membuat mengulangi bahawa masyarakat masih lagi boleh berkongsi kegembiraan pada satu syawal dengan menghatar juadah hari raya kepada jiran terdekat. Hal ini demikian kerana raya kali berbeza denga raya-raya sebelum kerana negara masih dilandai wabak Covid-19. Hal ini rentetan daripada garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang menggesa masyarakat untuk mempraktikkan penjarakan sosial dan serta melarang sebarang bentuk pengumpulan. Oleh itu, P2 sekali lagi menekankan bahawa masih terdapat cara lain untuk berkongsi kemesraan di pagi syawal dengan memetik kembali lontaran idea yang telah dinyatakan oleh P3 sebelum ini. Pada pandangan saya, penggunaan parafrasa oleh P2 merupakan salah satu langkah untuk memperingatkan penonton mengenai cara sambutan hari raya Aidilfitri mengikut norma baharu. P2 tidak memetik secara langsung, tetapi disesuaikan dengan konteks serta cara penyampaiannya. Justeru, walaupun P2 mengulangi idea yang sama, namun cara penyampaian yang tersendiri menyebabkan P2 dilihat bersahaja dalam melontarkan tutur bicaranya

 

 

 

 

VT6W1: Beginilah hidup berjiran, walau teguran tu agak pedas, tapi kalau diterima dengan positif, semuanya pasti hidup berharmoni seperti  sebuah keluarga.

P2: Ok itu dia tadi sedikit  sebanyak pesanan  dari salam sayang dan dalam musim-musim covid ni kan Fiza sebenarnya jiran adalah keluarga terdekat yang kita ada.

Berdasarkan ujaran dialog-dialog tersebut, kita dapat lihat penggunaan parafrasa dalam penyampaian P2. P2 telah mengulangi semula apa yang telah disampaikan oleh VT5W1. P2 telah mengatakan bahawa dalam negara sedang mengalami krisis pandemik, jiran merupakan keluarga terdekat yang sentiasa bersama kita. Hal ini demikian kerana di saat masyarakat Malaysia tidak dapat pulang beraya di kampung. Lebih-lebih lagi mereka yang sedang berada di perantauan, jiran diibaratkan sebagai keluarga yang terdekat. Jika diperhatikan, P2 telah memetik kata-kata atau dialog oleh VT5W1 yang mengibaratkan jiran sebagai keluarga. Pada pendapat saya, penggunaan parafrasa oleh P2 merupakan satu bentuk ulasan dan juga penegasan. Hal ini disebabkan oleh P2 telah mengulas sedikit mengenai video tayangan yang baru sahaja ditayangkan. Hal ini disebabkan sebagai seorang pengacara, P2 telah mengulas mengenai video tersebut untuk memberi kefahaman kepada penonton yang sedang menyaksikan rancangan tersebut. Oleh itu, P2 telah menggunakan parafrasa untuk menengaskan dan memperingatkan masyarakat supaya sentiasa menghormati dan menghargai jiran lebih-lebih lagi di musim perayaan agar ukhwah dapat terbentuk dan ikatan dapat terjalin seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni. Justeru itu, penggunaan parafrasa oleh P2 dilihat mempunyai impak kepada tahap kefahaman penonton terhadap video yang baru sahaja ditayangkan itu.

Meminta Pertolongan (Iffat)

P3: ada orang yang bangkit daripada kemiskinan dan juga kejatuhan tapi (TJ1: Adik, Abang dan Khalif, quiet!) tapi bagaimana mereka bangun untuk bangkit ni,

Ujaran TJ1 “Adik, Abang dan Khalif, quiet!” menunjukkan unsur meminta pertolongan daripada seseorang. TJ1 yang merupakan salah seorang ahli panel bagi sesi perbincangan isu ‘bangkit’ telah dengan tidak sengaja membuka mikrofonnya dan dapat didengari oleh semua penonton semasa P3 sedang menerangkan tentang topik perbincanga. Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu proses pengenalan topik yang dilakukan oleh P3. Oleh sebab itu, TJ1 telah meminta anak-anaknya untuk senyap kerana beliau bakal muncul secara atas talian sebentar sahaja lagi. TJ1 telah meminta pertolongan daripada anak-anaknya untuk tidak membuat bunyi bising buat seketika agar tidak mengganggu proses perbincangan sebentar sahaja lagi. Tambahan pula TJ1 yang sering digelar dengan gelaran Superdaddy kerana telah kematian isteri perlu memantau keadaan anak-anaknya lebih-lebih lagi waktu ingin ke udara dalam rancangan televisyen kebangsaan. Pada hemat saya, TJ1 mempunyai anak-anak yang masih kecil. Bahkan sudah menjadi lumrah kanak-kanak untuk suka bermain dan ketika bermain mereka cenderung untuk berbuat bising. Justeru, TJ1 terpaksa meminta anak-anaknya untuk tidak berbuat bising. Selain itu, TJ1 juga berkemungkinan sedang memantau ketiga-tiga anakya itu kerana isterinya sudah tidak lagi bersama dan pada ketika itu tiada sesiapa yang boleh menjagakan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang mana masing-masig tidak dibenarkan untuk menziariahi satu sama lain. Konklusinya, TJ1 telah membuat sebuah permintaan pertolongan kepada anak-anaknya supaya tidak mengganggu proses temu bual tersebut.

W2: Hang nak jual rendang  macam ni? Dengan gambaq macam ni? Hang ni nak jual makan dak?

W3: Betul juga kata Cik Salmah tu. (telefon berdering)

W4: Kalau akak tangkap gambar cantik-cantik, mesti ramai yang nak order.  Saya boleh tolong.

 

Berdasarkan ujaran dialog tersebut, kita dapat lihat W3 telah meminta pertolongan daripada W4 untuk membantunya dalam proses pengiklanan bahan jualannya iaitu rendang. W3 yang merupakan seorang peniaga telah menjual rendang secara atas talian. Walau bagaimanapun, gambar yang telah digunakan untuk mempromosikan jualannya itu telah dikecam hebat oleh W2. Oleh itu, W3 telah berasa sedih sehinggakan W4 telah hadir dan menawarkan khidmatnya untuk membantu W3 mengambil gambar yang menarik untuk digunakan bagi tujuan pemasaran bahan jualan. Dalam situasi ini, W3 yang sangat memerlukan bantuan untuk menaik taraf gambar pemasarannya teah ditawarkan pertolongan. Walaupun bukan orang pertama yang meminta pertolongan tetapi sebaliknya iaitu W4 yang terlebih dahulu menawarkan diri untuk membantu, namun pada akarnya W3 meminta pertolongan dengan bersetuju dengan tawaran yang telah diberikan. Pada hemat saya, apa yang telah dilakukan oleh W4 merupakan sesuatu yang sangat mulia kerana dia telah membantu W3 tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tambahan pula dengan bantuan yang diberikan oleh W4 itu telah mengubah hidup W3 kerana banyak tempahan yang diterimanya setelah itu. Di samping itu, dengan bantuan yang telah diberikan perhubungan mereka menjadi lebih akrab dan hal ini sedikit sebanyak telah turut membantu W4 untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu kerana dia baru sahaja berpindah ke perumahan tersebut. Konklusinya, meminta pertolongan merupakan sesuatu yang sangat perlu dan mampu mengubah kehidupan seseorang. Walaupun sekecil-kecil pertolongan yang diberikan, tetapi masih terdapat kesan ke atas emosi dan fizikal seseorang.

 


No comments:

Post a Comment