Teori Analisis Johnstone (2002)
Cerita
Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
Rujukan Buku:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit
Universiti Malaysia Terengganu.
1. Perkataan dan baris
P8
B1 – alim
memberikan pelastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia
B2- mengucapkan
terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan
B3- keluarga
sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga
B4- faham abang
Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan
B5- dengannya.
Berdasarkan
petikan, p8 mengandungi sebanyak 44 patah perkataan. Selain itu, p8 juga
mempunyai 5 baris untuk dianalisis.
Berdasarkan petikan di atas
pada baris 3 iaitu “alim faham sifat berkongsi itu baik” menunjukkan bahawa
Alim mempunyai nilai untuk saling berkongsi di antara satu sama lain. Dalam hal
ini, Alim merupakan seorang kanak-kanak yang istimewa. Oleh itu, kemahuannya
untuk berkongsi sesuatu benda yang disukai menunjukkann bahawa Alim faham erti
berkongsi itu. Selain itu, tindakan Alim untuk berkongsi juga mungkin dilihat
sering dilakukan oleh adik-beradiknya yang lain. Oleh sebab itu, Alim mengikut
tindakan yang baik itu dan dia gembira. Pada pendapat saya, tindakan Alim ini ada kaitannya dengan
didikan yang diberikan oleh keluarganya. Dalam hal ini, berkemungkinan keluarga
iaitu ibu dan ayah alim sudah mendidik Alim untuk berkongsi dengan orang lain
tanpa berebut. Hal ini menyebabkan Alim dengan mudah untuk berkongsi tanpa
berfikir banyak. Secara keseluruhannya, jika dinilai dengan teliti berdasarkan
baris dan perkataan, sesebuah wacana itu boleh difahami dengan jelas.
2.
Perenggan dan
Episod
P1 Pada hari Ahad yang lalu, Bapa Alim membawa pulang
banyak buah-buahan . Bapa telah membeli buah-buahan dari pasar tani.Bapa tahu,
Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah –buahan tempatan.
Ada buah rambutan, ada buah durian, ada buah manggis, ada buah langsat, ada
buah duku dan banyak lagi.
CS2 mengandungi
14 perenggan pendek dan 3 episod yang menunjukkan latar yang berbeza. Petikan
di atas merupakan salah satu contoh untuk perenggan iaitu P1. Selain itu, P1
juga merupakan salah satu episode yang menunjukkan latar di rumah Alim. Jika
diteliti pada p1 diatas menunjukkan bapa alim yang telah membawa pulang banyak
buah-buahan. Tindakan bapa Alim ini menunjukkan bahawa dia merupakan seorang
ayah yang penyanyang. Dalam konteks ini, tanpa perlu disoal kepada anak-anaknya
dia telah membeli pelbagai jenis buah-buahan untuk membuatkan anaknya gembira.
Pada pandangan saya, tindakan
bapa Alim membeli buah untuk anak-anaknya merupakan satu tindakan yang patut
dipuji. Dalam hal ini, bapa Alim membeli semua jenis buah yang sedap untuk
dimakan bersama keluarga. Perihal bapa yang membawa pulang buah membuatkan
anaknya gembira menunjukkan bahawa bapa Alim pandai mengambil hati
anak-anaknya. Secara keseluruhannya, perenggan 1 dan episode 1 ini merupakan
permulaan untuk sebuah cerita berkaitan dengan nilai berkongsi. Oleh itu,
dengan menggunakan teori johnstone iaitu menganalisis berdasarkan perenggan dan
episod, Wacana dapat dibaca dengan jelas mengikut perenggan demi perenggan.
3.
Wacana skemata
dan struktur naratif
P14 Mak cik Timah masih memandang ke arah Alim yang
berjalan masuk kerumah. Makcik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan
Ali sekeluarga
Struktur
naratif bermaksud perkembangan sesebuah penceritaan. Dalam hal ini, struktur
naratif mengandungi 4 bahagian iaitu permulaan, pertengahan, peleraian dan
pengakhiran. Berdasarkan p14 di atas struktur naratif untuk bahagian
pengkahiran jelas ditunjukkan. Hal ini dibuktikan apabila Makcik Timah
mendoakan kesejahteraan Alim. Dalam hal ini, Mak Cik Timah berasa
terharu dengan sifat Alim yang baik dengan anaknya. Walhal jika diamati, Alim
bukanlah seorang kanak-kanak biasa. Namun begitu, Alim masih mahu berkawan
dengan anaknya dan sanggup berkongsi makanan tanpa berkira. Hal ini menunjukkan
bahawa sifat Alim itu merupakan sifat yang terpuji dan jarang dilakukan oleh
kanak-kanak lain. Pada
pandangan saya, bahagian penutup dalam struktur naratif perlulah memberi impak
dan kesan kepada pembaca. Hal ini demikian kerana, pada penutuplah peleraian
segala masalah dan sebagainya di huraikan. Oleh hal yang demikian, ramai
pembaca menyukai penutup yang baik dan tiada masalah berlanjutan. Dari P14
diatas menunjukkan sifat murni Makcik Timah yang mendoakan Alim. Penutup
seperti ini dapat memberi nilai dan impak kepada pembaca untuk menjadi lebih
baik.
4.
Susunan perbualan
“ Kenapa Makcik Timah sedih?”, tanya Alim
“Mak Cik Timah tak sedih. Mak CIk Timah gembira kerana
Alim baik dengan Sulaiman,”
Berdasarkan
perbualan di atas, jelas menunjukkan elemen susunan perbualan yang teratur.
Dalam hal ini, Alim bertanyakan soalan kepada Makcik Timah, lalu persoalan itu
dijawab oleh Makcik Timah dengan betul.
Hal ini menunjukkan bahawa
susunan perbualan diantara Alim dan Makcik Timah adalah tepat. Hal ini demikian
kerana, Alim risau apabila melihat wajah Mak Cik Timah yang kelihatan sedih
lalu dia mengajukan soalan kepada Mak Cik Timah untuk mendapatkan jawapan. Mak
Cik Timah yang mendengar soalan Alim menjawab persoalan itu dengan tepat dan
tersusun. Di mana dia menafikan bahawa dia sedih malahan dia sebenarnya
gembira. Dalam hal ini, jawapan yang diberikan oleh Makcik Timah sebenarnya
memainkan peranan penting. Jika Makcik Timah tidak menjawab persoalan dengan
betul ia akan menimbulkan kekeliruan kepada Alim. Pada hemat saya, jawapan yang diberi
oleh Makcik timah menepati susun atur dalam perbualan. Dalam hal ini, Mak cik
timah bukan sahaja menjawab soalan Alim dengan jawapan yang relevan malahan dia
juga menerangkan perasaan yang sebenarnya. Hal ini demikian kerana, jika dia
tidak berbuat demikian akan timbul salah faham di antara dia Alim.
5.
Organisasi ayat
P3: “Ni ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua
sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah kan kotor dan
bersepah,” arah ibu sambil menunjukkan kea rah bakul sampah.
Organisasi
bermaksud susunan dalam pelbagai perkara. Dalam konteks ini organisasi ayat
merujuk kepada susunan ayat yang membawa kepada satu kesatuan. Berdasarkan ayat
P3 di atas, organisasi ayat jelas ditunjukkan. Dalam hal ini, ibu telah
menyusun ayat dengan baik dari mula hingga akhir apabila menyatakan arahan
kepada anak-anaknya. Jika dilihat pada ayat P3 di atas,
ibu menggunakan ayat ringkas untuk setiap ayat dan menyusun ayat bedasarkan
arahan yang diberi. Contohnya “ni ibu dah sediakan bakul sampah”. Dalam ayat
itu menunjukkan bahawa bakul sampah
telahpun disediakan. Oleh itu, arahan ibu yang seterusnya ialah meletakkan
semua sampah ke dalam bakul itu. Merujuk organisasi ayat ibu ini, menunjukkan
bahawa ayat ringkas dan susunan yang betul menyebabkan arahan yang ingin
disampaikan boleh difahami oleh anak-anaknya. Pada pandangan saya, dalam menyatakan arahan atau
larangan, seseorang itu perlu menjelaskan dengan baik kepada orang yang ingin
diberi arahan. Hal ini demikian kerana, jika penggunaan kata terlalu rumit
sudah tentu arahan yang ingin disampaikan sukar untuk difahami. Dalam konteks
ini, pendengar arahan merupakan kanak-kanak. Oleh itu, ibu menggunakan ayat
ringkas tetapi padat dan tersusun agar anak-anaknya boleh faham dengan jelas
dan mengikut arahan yang diberikan. Buktinya, kesemua anak ibu mengangguk
kepala apabila ibu selesai memberi arahan.
6.
Kohesi
P2 “Bapa beli dari pasar tani tadi. Mari kita semua
makan. Panggil adik –adik dan ibu kamu. Kita boleh makan bersama”
Berdasarkan P2
diatas elemen kohesi jelas ditunjukkan. Dalam hal ini kohesi ialah hubungan di
antara dalam teks yang ditandai penggunaan unsur bahasa. Unsur bahasa ini digunakan untuk
membina satu wacana yang memiliki pertautan yang kukuh. Berdasarkan maksud
kohesi, dialog dalam P2 di atas menunjukkan kohesi dengan menggunakan unsur
bahasa seperti kata rujukan. Dalam konteks ini, bapa telah menggunakan
perkataan kata ganti nama diri kedua seperti kamu yang merujuk kepada Abang
Imran dan kata ganti diri pertama kita yang merujuk kepada mereka semua.
Perkara ini jelas membuktikan bahawa terdapat kohesi yang boleh menyatu padukan
ayat supaya lebih kukuh. Pada pandangan saya, kohesi
diperlukan dalam sesebuah wacana untuk menunjukkan pertautan. Jika tiada kohesi
maka sesebuah wacana itu sukar untuk difahami dan diamati. Contohnya seperti P3
di atas, kohesi menunjukkan bahawa terdapat pertautan antara ayat 1 dan ayat 2.
Maka apabila pembaca membaca wacana dengan cepat dia boleh memahami wacana
keseluruhannya walaupun ada perkataan seperti kita dan kamu.
7.
Struktur dan
peraturan
“Alim suka sulaiman. Sulaiman kawan Alim”
Berdasarkan P13
diatas elemen struktur dan peraturan jelas ditunjukkan. Dalam hal ini, struktur
dan peraturan membawa maksud struktur dan peraturan dalam membina ayat. Oleh
itu, jika diteliti P13 diatas menunjukkan sebuah struktur ayat yang lengkap.
Hal ini demikian kerana, ayat yang lengkap mempunyai subjek, verb dan objek.
Berdasarkan ayat 1 dalam P13 di atas Alim merupakan subjek, suka merupakan kata
kerja dan Sulaiman merupakan objek. Jika difahami peraturan dalam sesebuah bahasa ayat yang
lengkap mengandungi 3 elemen tersebut.Jika sesebuah ayat tidak mempunyai salah
satu daripada elemen struktur maka ayat yang digunakan akan menjadi tidak
gramatis. Bukan itu sahaja, malah ayat yang dinyatakan juga tidak mempunyai
maksud. Jika ayat tidak mempunyai maksud bagaimana seseorang itu hendak
memahami mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, struktur dan peraturan dalam
sesebuah wacana memainkan peranan penting untuk memastikan wacana yang
disampaikan berkesan kepada pembaca.
No comments:
Post a Comment