Analisis Bual Bicara DBP
Teori Analisis Wacana Kritis
(Vandijk, 1977)
Kata Kunci
M1: Moderator 1
Prof: Prof. Normaliza Abd Rahim
Struktur Makro
Tema
Anda
bersama saya Rafiq Rahman pengacara anda pada malam ini dalam rancangan sembang
tamu Drama Korea: Realiti atau fantasi. Saya tadi nak menyanyi lagu Korea yang
popular. Lagu ini kalau saya nyanyikan orang kata menjadi pencetuslah fenomena
drama Korea pada awal tahun…
Jika diteliti ujaran di atas memaparkan tema mengenai minat. Dalam hal ini tema yang dimaksudkan ialah minat
terhadap drama Korea. Oleh itu, berdasarkan ujaran topik yang ingin dikupaskan berkait
rapat tentang realiti atau fantasi mengenai drama korea. Dalam konteks ini, drama korea merupakan satu fenomena
yang terjadi di Malaysia.Dengan kemasukan drama-drama korea melalui platform
media seperti telegram, facebook serta Netflix menyebabkan drama dari Negara
Korea ini menjadi kegilaan ramai. Selain itu,
drama korea ini juga merupakan tontonan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Buktinya, dari usia remaja hingga ke orang tua
mereka masih menjadikan drama korea sebagai satu minat di kala masa lapang. Lantaran itu, topik ini telah dipilih untuk
dibincangkan berkaitan dengan faktor dan impak drama korea ini kepada
masyarakat. Pada pendapat saya, topik mengenai drama korea:
realiti atau fantasi merupakan satu topik atau tema perbincangan yang menarik. Hal ini demikian kerana, tema yang dibincangkan ini
merupakan tema yang tidak asing dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan
remaja. Di samping itu, tema ini juga dianggap
sebagai satu tema yang dekat dengan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, menonton drama terutamanya drama bersiri korea
merupakan satu minat masyarakat umum.
Superstruktur
Pendahuluan
Mod1:
Baik prof, pertamanya terima kasih kepada prof kerana kesudian pada malam ni
kita bercerita secara santai bersama pelayar kita, tentang drama korea: realiti
atau fantasi. Sememangnya drama korea ini menjadi fenomena yang cukup terkesan
kepada kita, bukan sahaja… tak kira umur. Dulu remaja, kemudian peringkat
dewasa, kemudian orang tua pun meminati sehinggakan saya mengakuilah bapa saya
pun dah terikut- ikut drama korea ni. Dia punya penangan korea ni. Jadi untuk
permulaan cerita ni prof, mungkin prof boleh kongsi sedikit bagaimana prof
boleh terjebak dan berminat dengan drama korea ni? Silakan prof.
Jika diteliti ujaran di atas memaparkan elemen superstruktur dalam
aspek pendahuluan. Buktinya dalam ujaran di atas
Mod1 cuba untuk memulakan perbualan dengan tetamu yang hadir.
Dalam hal ini, Mod1 telah menggunakan kata
alu-aluan untuk menyambut kehadiran tetamu dalam talian bagi program yang
dilaksanakan. Kata alu-aluan yang digunakan menunjukkan nilai kesopanan Mod1
sebagai pengacara pada program itu. Di samping itu,
permulaan perbualan juga disertakan dengan Mod1 mengemukakan soalan. Dalam hal ini, persoalan boleh menyebabkan komunikasi
berlaku. Hal ini demikian kerana, dengan adanya
persoalan, maka akan terjadi komunikasi dengan orang yang lain untuk menjawab
soalan yang dikemukakan. Pada pendapat saya, pendahuluan yang dilakukan oleh Mod1 merupakan pendahulan
yang bijak. Dalam hal ini, Mod1 telah
menggunakan kata alu-aluan yang menunjukkan nilai kesopanan. Hal ini boleh menyebabkan tetamu yang hadir berasa
selesa untuk memulakan perbualan. Selain itu,
dengan memberikan persoalan untuk memulakan sesuatu perbincangan dapat
merancakkan lagi perbualan. Dalam konteks ini, perbualan
tidak akan hambar kerana tiada soal jawab. Tambahan pula,
dengan adanya persoalan, tetamu akan lebih bersedia untuk melontarkan idea
mengenai topik yang dibincangkan. Jika diteliti
pendahuluan yang digunakan ini bukan sahaja boleh menarik minat tetamu
untuk menjawab soalan malahan boleh menarik minat pendengar atau penonton juga
tentang topik yang ingin dibincangkan.
Isi
Prof:
ha memang tak ada lansung bahawa yang pelakon itu dia tak nampak dewasa kene
cukur janggut ke apa ke. Macam tak logic kan? Realitinya encik rafiq saya pergi
seoul. Dari rumah saya tu jauh pergi ke Seoul 1 jam setengah naik bas memang
terserempak dengan budak- budak sekolah menengah dengan menengah atas. Memang
budak- budak ni orang tengok macam budak dah bekerja. Macam orang
bekerjalah.Memang dewasa. Memang realitinya orangnya macam tu. Orang dewasalah
badan tinggi- tinggi. Lepas tu memang kita tengok dia pakai baju sekolah saya
kata “eh ini bukan macam orang dah boleh pergi kerja ke umur 20 an, 26,27”.
Realitinya memang macam tu
Ujaran di atas memaparkan elemen superstruktur
aspek isi. Buktinya dalam ujaran di atas terdapat huraian mengenai realiti
pelajar di Korea. Dalam hal ini, Prof telah menghuraikan realiti pelajar di korea yang
kelihatan lebih matang dari umur mereka. Jika diamati
video perbualan, Prof menyatakan bahawa drama Korea ini kebanyakannya mengambil
lelaki yang lebih berusia untuk melakonkan watak budak sekolah yang berumur
dalam linkungan 17 hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun,
dengan usia yang lebih matang seperti 25 tahun atau 30 tahun pelakon drama
korea tidak kelihatan janggal untuk melakonkan watak sebagai seorang pelajar. Dalam hal ini, prof telah menghuraikan realiti di sana
bahawa kebanyakan pelajar di sana sememangnya mempunyai muka yang matang dari
usia mereka. Menurut prof lagi, muka pelajar di sana seolah-olah sudah bekerja.
Hakikatnya mereka baru berusia 16 hingga 17
tahun. Pada
pandangan saya, huraian
yang dilakukan oleh prof untuk menjelaskan mengenai realiti kehidupan pelajar
sekolah di sana membuatkan saya ingin lebih tahu tentang pengalaman prof
berhadapan dengan pelajar di sana. Selain itu,
disebabkan perbezaan budaya kemungkinan dengan huraian yang dilakukan oleh prof
dapat menambahkan ilmu pengetahuan asas mengenai budaya sekolah di negara lain.
Tambahan pula, prof sememangnya mempunyai
pengalaman menjadi pengajar di sana. Oleh itu,
realiti yang diceritakan oleh prof sememangnya huraian yang sebenar. Dalam hal ini, isi yang dinyatakan oleh prof
membuatkan pendengar atau pelayar lebih memahami realiti drama korea.
Kesimpulan
Mod1:….. Cerita santai sahaja tentang
drama korea ini bagaimana impaknya dan bagaiman kesannya kepada kita dan yang
paling pesanan prof yang baik kita terima kita jadikan sebagai panduan kita,
yang tak baik kita tolak tepi-tepi, itu yang paling penting. Yang penting diri
kita sebenarnya nak jadikan perkara itu baik ataupun tidak. Sebenarnya cukup
menarik apabila tengok drama korea ini, banyak drama murni yang ditunjukkan
khusus tentang budaya mereka. Bagaimana mereka mencintai budaya mereka…..
Berdasarkan ujaran di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
aspek kesimpulan dalam elemen superstruktur. Hal ini boleh
dibuktikan apabila mod1 ingin mengakhiri perbincangan dengan membuat kesimpulan
secara keseluruhan. Dalam hal ini, Mod1 telah menyimpulkan impak dan
kesan drama korea kepada penonton. Selain itu, dalam
kesimpulan ini juga terselit nasihat yang ingin diberikan kepada penonton.
Nasihat yang diberikan diharap dapat dijadikan sebagai panduan oleh penonton.
Pada pandangan saya, kesimpulan yang dilakukan oleh
Mod1 merupakan kesimpulan yang lengkap. Hal ini
demikian kerana, Mod1 telah menyimpulkan keseluruhan perbicangan dengan
menyatakan isi perbincangan yang telah berlaku iaitu yang melibatkan kesan dan
impak menonton drama korea. Dalam hal ini, penonton
dapat menjadikan ikhtibar tentang kesan buruk menonton drama korea. Antara
kesan buruknya ialah taksub pada drama korea sehingga boleh memakan diri. Selain itu, nasihat yang diselitkan juga boleh memberi
kesedaran kepada penonton berkaitan dengan baik buruk menonton drama korea.
Struktur
Mikro
Pilihan
Kata
Mod1: Muka lelaki ni macam saya prof,
kata orang la
Prof: Haa sama, sangat sama
Pilihan
kata dalam elemen struktur mikro dilihat dari sudut makna. Berdasarkan ujaran
di atas jelas menunjukkan pilihan kata yang mempunyai makna tersirat. Dalam hal ini,Mod1 ingin menyatakan bahawa dia mempunya wajah yang tampan
seperti pelakon cerita Korea. Namun dia tidak
ingin menyatakannya dalam kata secara terus mungkin disebabkan Mod1 malu. Oleh sebab itu, Mod1 menyatakan bahawa menurut kata
orang mukanya persis seperti pelakon Korea. Dalam
konteks ini, Prof juga membalas ungkapan Mod1 dengan menyatakan ujaran
yang membawa maksud lain. Jika diteliti penggunaan
“sangat” iaitu kata penguat pada ayat “sangat sama” menunjukkan bahawa prof
tidak bersetuju dengan ungkapan Mod1. Walau
bagaimanapun, untuk menjaga hati prof hanya menyatakan ungkapan tersebut.
Pada pandangan saya, ujaran yang dinyatakan oleh kedua
–dua dalam perbualan di atas menunjukkan terdapat unsur gurauan di antara satu
sama lain. Dalam hal ini, Mod1 Cuma ingin
menghiburkan tetamu dan penonton dengan membuat gurauan kecil seperti
mengangkat bakul sendiri. Buktinya prof terhibur
dengan gurauan yang dilakukan oleh Mod1 dan membalas semula ungkap mod1 dengan
gurauan yang sama. Dalam konteks ini, tindakan
kedua-dua individu merupakan tindakan yang tepat. Hal
ini demikian kerana, dalam sesebuah perbincangan tidak semestinya serius
sentiasa.Hal ini akan membuatkan penonton cepat
jemu. Oleh itu, perbincangan yang diselitkan
dengan gurauan dapat memeriahkan lagi perbincangan.
Kalimat
Prof: Oh boleh- boleh. annyeonghaseyo
yeoleobun, naneum Normaliza imnida. Jal
jinaeseyo? Naneun jal ji-nae.
Berdasarkan
ujaran di atas jelas menunjukkan aspek kalimat dalam elemen struktur mikro.
Dalam hal ini aspek kalimat dinilai dari segi penggunaan bahasa Asing. Justeru itu, dalam ujaran di atas sudah terbukti
mengandungi contoh aspek kalimat iaitu bahasa Asing. Bahasa asing yang
digunakan ialah bahasa Korea. Dalam konteks ini, prof telah menggunakan bahasa
asing iaitu bahasa korea untuk memenuhi permintaan Mod1 pada waktu itu yang
meminta supaya prof memberi sedikit contoh penggunaan bahasa Korea. Jika
diteliti prof menggunakan bahasa korea dengan lancar. Hal ini demikian kerana,
prof mempunyai pengalaman mengajar di sana untuk beberapa ketika. Oleh itu,
apabila di minta untuk bercakap korea prof tidak teragak-agak untuk terus
melakukannya. Pada
pandangan saya, penggunaan kalimat berbentuk bahasa asing ini merupakan sesuatu
perkara yang menarik. Hal ini demikian kerana, dengan pengetahuan tentang
bahasa selain bahasa Ibunda kita sendiri ia dapat membuka minda masyarakat
mengenai bahasa lain dari negara lain. Selain itu, penggunaan kalimat bahasa
asing ini juga boleh mencerminkan watak seseorang. Dalam hal ini, jelas
menunjukkan bahawa prof merupakan seorang pensyarah yang pernah mengajar di
korea. Dalam hal ini watak dapat ditunjukkan dengan penggunaan bahasa formal
dalam bahasa asing iaitu bahasa Korea.
Gaya
Prof: Ahh yang ini. Taxi Driver saya
memang memang telan-telan air liur orang kata geram pun dia pastu puas hati,
tapi yang ni saya rasa ramai di antaranya dalam ni memang dah tengok Taxi
Driver ni sebab dia balas dendam. Tapi dia pelakon yang sama ye, ni pula yang
sama tadi, yang drama tadi berbeza, sedangkan selang setahun je dia punya drama
ini, aah jadi memang orang kata puas hati tengok cerita Taxi Driver ini.
Harapan biarlah ada season 2. Ahh jadi memang rasa seronok ia tengok kan
Gaya
merupakan cara seseorang melontarkan bahasanya. Berdasarkan ujaran di atas gaya
dapat ditunjukkan dengan jelas apabila terdapat teknik pemerian digunakan. Hal
ini dibuktikan apabila prof menghuraikan perasaanya sewaktu menonton drama
Korea yang berjudul Taxi Driver.
Dalam hal ini, teknik pemerian
yang dilakukan oleh prof untuk menceritakan emosinya menimbulkan kesan
imaginasi kepada pendengar.Hal ini demikian kerana, prof menjelaskan dengan
terperinci perasaanya ketika menonton babak dalam Taxi Driver. Perkara ini boleh dibuktikan apabila prof
menyatakan bagaimana dia terlalu teruja menonton sehingga dia menelan air liur
akibat geram. Selain itu, mimik muka prof pada waktu bercerita mengenai drama
Taxi Driver ini juga menunjukkan keterujaan dan minat prof terhadap drama ini.
aPada pandangan saya, gaya
pemerian yang dilakukan oleh prof menyebabkan penonton sekali merasakan emosi
yang sama. Dalam hal ini, apabila prof berasa geram penonton juga bersetuju
kerana memang mempunyai emosi yang sama ketika menonton drama itu. Selain itu,
mimik muka yang ditunjukkan oleh prof ketika bercerita kelihatan begitu
bersungguh-sungguh. Dalam hal ini penonton dapat mengetahui bahawa drama yang
ditonton oleh prof ini sememangnya boleh menyebabkan timbul emosi-emosi
tertentu.
No comments:
Post a Comment