SKRIP FILEM BUKIT KEPONG
Durasi: 1jam
45minit
Kata kunci
W:watak
P: polis
Ok: orang
kampung
K: komunis
Kk: kanak-kanak
Ph: penghulu
Wn: wanita
N: Narator
LATAR: SUNGAI
W1 Termenung (Dalam Bot)...
(Bunyi Tembakan)
(Semua terkejut)
W14: Kita kena ambushed. Kamu kawal bot ni. Cepat!xs
(berbalas-balas tembakan)
(Tembakan tepat ke arah salah seorang musuh)
(Bot semakin jauh daripada pihak musuh)
(Keadaan kembali tenang)
LATAR: JETI
W1 (Melambai-lambai ke arah orang
di jeti)
W15: Sambut ambil tali ini.
P1:Baik. Baik.
Semua orang di jeti: Asalamualaikum (serentak)
W1: Walaikumsalam (tersenyum sambil melambai tangan)
P1: Sila. Sila tok.
W1:Terima kasih.
W2:Apa khabar, Hassan?
W1: Khabar baik.
W2: Selamat datang.
W1:Terima kasih.
W2: Bawakan bebarang itu semua ke stesen.
P1: Baik.
WTD: Macam mana dengan perjalanan tadi tok?
W1:Kami kena ambused di tengah jalan tadi. Tapi untunglah tiada
sesiapa yang cedera.
WTD: Komunis memang tengah menjadi-jadi di kawasan ini tok.
W1:Err. Kenalah kita berhati-hati sikit.
WTD: Apa khabar?
W1: Khabar baik.
WTD: Keluarga datang sama ke tok?
W1: Tidaklah.
WTD: Asalamualaikum tok sarjan.
WTD: Walaikum salam.
WTD: Selamat datang tok sarjan.
W1: Terima kasih.
WTD: Tok penghulu.
WTD: Ya ya. Silakan.
(Naik tangga masuk ke dalam balai polis)
W1: Apa khabar koperal? Saya Jamil Md Shah.
W2: Saya Koperal 7086, Mohd Yassin Bin Hj. Wahab.
W3: Saya Lans koperal 7186, Jidin Bin Omar.
Saya PC 10533, Osman bin Yusoff.
W4: Saya PC 8600, Jaafar Hassan.
W5: Saya PC 7493, Mohd Bin Jaafar.
W6: Saya PC 7645, Yusoff Rono.
W7: Saya EPC 3472, Ahmad Bin Khalid.
W8: Saya PC 9136, Hassan Bin Osman.
W9: Saya PC 3933, Hamzah bin Ahmad.
W10: Saya PC 5674, Abu bin Md Ali.
W11: Saya EPC 3795, Jaffar bi. Arshad.
W12: Saya PC 7862, Abu Kadir bin Jusoff.
W13: Saya EPC 3475, Mohd Tap bin Lajim.
W14: Saya MPC 60, Ibrahim Bin Adam.
W15: Saya MPC 68, Awang bin Ali.
W16: Saya MPC 181, Basirun bin Adam.
W17: Saya MPC 37, Abu Bakar bin Daud.
W18: Saya Penghulu, Ali bin Mustafa.
W19: Saya AP 2127, Osman bin Yahya.
W20: Saya AP 1925, Ali Akob.
W21: Saya AP 2130, Samad bin Yatim.
LATAR: HUTAN (Kem Komunis)
Bercakap dalam bahasa Cina:
K1: Bagaimana?
K2:Tak bagus. Mereka terlepas.
K1: Bagaimana ini berlaku?
K2: Saya akan pergi semula.
K1: Panggil kapten kamu!
K2: Baiklah, tuan.
LATAR: TITIAN
K3:Tunggu (dalam bahasa Cina)
K3: Berhenti! (dalam bahasa Cina)
K3: Kamu pergi. (dalam bahasa Cina)
P3: Kau nak ke mana?
K: 3Apa kau mau tanya?
P4: Kami mau tahulah.Kau bukan orang sini. Mana mau pergi?
K4: Gua punya suka lah. Apa lu mau?
P5: Apa pun boleh lah.
(Bertempur)
(Tembakan dilepaskan)
(Komunis ditikam)
(2 orang Komunis berlari pergi)
LATAR: BALAI POLIS BUKIT KEPONG (LUAR)
W1: Saya mengucapkan tahniah kepada tuan-tuan semua. Tuan-tuan telah menjalankan kewajiban untuk
menjaga keamanan di kampung ini. Dan keberanian
tuan-tuan semua patut
diberikan pujian. Dan akan menjadi contoh kepada semua penduduk di kampung ini.
P3: Saya bagi pihak penduduk kampung ini dan kawan-kawan saya semua
sentiasa bekerjasama.
W18: Kalau beginilah perpaduan kita semua, Komunis tidak dapat
mempengaruhi orang-orang kampung ini. Ah, ini dia senjata yang dirampas.
W1: Ini senjata yang digunakan ya?
P4: Ya tok.
W1: Jidin, rekod senjata-senjata ni dan uruskan mayat-mayat ini untuk
dibawa ke Pagoh.
W3: Baik, Sarjan.
LATAR: BALAI POLIS BUKIT KEPONG (DALAM)
W18: Memandangkan kedudukan Bukit Kepong ini terpencil, dan terpisah pula
dari segala hubungan dan mudah pula terancam, maka itu saya cadangkan
pada tuan AO, Tuan Davis,
dan juga tuan OCPD kita untuk menubuhkan pasukan AP di kawasan ini.
W22: Saya sependapat dengan Tok Penghulu. Nampaknya kampung kita ini dianaktirikan oleh
kerajaan. Tengok keadaan rumah kosong
kita ini, telefon tak
ada, wireless pun tak
ada, sudahlah jalan raya pun tak ada. Takkan boleh jadi dengan sebuah bot marin
itu saja tuan.
W23: Tuan, adakah kerana tempat ini tidak penting atau pun tidak ada
kepentingan orang-orang Inggeris di kawasan ini? Maka tidak adalah kemajuan di
sini?
Tidak seperti di Pagoh. Ada OCPD, ada tentera dan ada pula hubungan
telefon yang lengkap. Kerana di sana adalah ladang-ladang getah kepunyaan
orang-orang Inggeris.
W24: Bukan begitu. Di sini juga kerajaan ada sediakan polis yang cukup. Dan sekarang, kita sedang mengatur satu
langkah keselamatan di kawasan ini.
P6: Cuma ada beberapa orang saja anggota ditempatkan di sini. Jika
dibandingkan dengan penduduk yang begitu ramai. Dan polis yang ada di sini pun
bukannya tetap. 3 bulan sekali, tukar. Tengoklah macam Tok Husin kita ini. Baru tiga empat hari tukar sini, belum pun
sempat kita kenal sarjan yang dulu tu.
W21: Memang betul kata tok ketua tu tadi. Setakat ini, kerajaan belum pun
berbuat apa-apa untuk menjaga keamanan di tempat ini. Buktinya, kejadian
semalam.
Sehinggakan Komunis boleh
masuk menceroboh ke kawasan kita. Untunglah kami penduduk-penuduk di kampung
ini tidak mudah dipengaruhi oleh
orang Komunis. Dan saya
percaya, kerajaan pun tak mahu kami dijadikan alat oleh mereka.
W25: Tuan, dua hari yang lepas, kampung saya telah didatangi oleh seorang
tali barut Komunis. Kononnya dia mengaku sebagai seorang guru
ugama.Kemudian, dia mengajak
orang kampung kami semua menyokong perjuangan Komunis.
W26: Kami sebenarnya penduduk-penduduk di kawasan ini sentiasa berdiri di
belakang Kerajaan untuk menentang Komunis. Tapi, kalau begini, susahlah
tuan. Senjata pun tak ada.
Cuma semangat sahaja yang kuat.
W27: What’s your opinion, Mr Davis?
W24: The threat here is not serious compared to other districts.Whatever
it is, we have to bring this request
before the district war executive committee meeting.
In the meantime, we can
consider the requests.
W27: Kalau sudah begitu, kemahuan dan semangat penduduk-penduduk kawasan
ini, saya akan menimbangkan untuk menubuhkan pasukan AP di kawasan
ini. Tapi, dengan syarat
tuan-tuan mestilah menyokong kerajaan Inggeris.
W18: Kampung ini terdiri beberapa buah kampung. Umpamanya Kampung Tui, Kampung Kecik, Kampung
Gek, Kampung Belatak, Kampung Mede dan lain-
lain lagi. Selepas latihan
ini, kita akan menubuhkan pasukan AP di tiap-tiap buah kampung.
LATAR: KAWASAN LATIHAN SENJATA
W18: Saya ingin menerangkan isyarat-isyarat kecemasan. Bagi tiap-tiap buah
kampung dengan menggunakan kentung-kentung yang terdapat di surau dan di
masjid-masjid. Sekiranya
berlaku kecemasan, misalnya diserang Komunis, kentung-kentung hendaklah diketuk
bertalu-talu kemudian diikuti dengan satu
pukulan untuk Kampung Tui,
dua untuk Kampung Kecik, tiga Kampung Gek, empat Kampung Belatak, lima Kampung
Mede.
Dan ini tidaklah termasuk
isyarat-isyarat kecemasan kampung masing-masing.
LATAR: HUTAN (KEM KOMUNIS)
K5: Macam mana?
K6: Kita dapat tahu, diorang sekarang semua sudah masuk AP.
K5: Aiya!
(pukul batang pokok) Apa lu orang bikin sana. Kalau itu macam, gua mau tahu AP ini punya
cerita.
K6: Baik!
K5: Kasi tau Tuck Sai jaga sana!
K7: Ling, panggil Tuck Sai mari.
K8: Baik!
K7: Mat, ni mesti jaga-jaga. Kita mau lagi banyak orang Melayu masuk
kita punya parti. Bukan masuk itu AP!
K6: Apa guna banyak-banyak? Nanti kita semua susah.
K9: Lu mesti ingat. Ini kawasan Melayu. Kalau ada banyak orang Melayu
sokong, baru kita boleh menang.
K6: Itu memang betul. Saya tahu. Banyak susahlah! Ini orang Melayu
banyak kuat sembahyang.
K7: Hah! Kalau itu macam, lu mesti campur diorang sembahyang.
Pelan-pelan lu cakap pasal parti.
LATAR: RUMAH SAIBUN
(AW28/anak Saibun sedang belajar mengaji)
W28: Baca betul-betul, Zamri. (sambil meletakkan pelita)
(Pintu rumah diketuk)
K10: Buka pintu! Buka pintu! Lekas, buka pintu!
(W28/Isteri Saibun membuka pintu.)
K10: Lekas!
Mana Saibun?
W28: Saya tak tahu! Tak tahu!
AW28: Mak! (Zamri menjerit ketakutan)
K10: Cakap!
W28: Saya tak tahu. Dia keluar.
K10 dan Anggota Komunis yang lain
memukul isteri Saibun.
Mak! (Zamri berlari ke arah ibunya)
(Pelita terjatuh atas lantai dan mula membakar)
AW28: Tolong!
P3: Eh, itu arah rumah aku! Kau bagi tahu tok penghulu. Kau ikut aku. Cepat.
(Kentung diketuk bertalu-talu)
P7: Tok penghulu!
W18: Apa hal tu?
K10: Pergi sekarang (dalam bahasa Cina.)
(Kejadian tembak-menembak.)
(Penduduk kampung bekerjasama memadamkan api)
W18: Syukurlah kau selamat.
P3: _____ punya Komunis.
P1: Mat, bawa
dia ke balai…
P2: Baik.
Ok6: Saya tak
salah tok
BABAK 2
K1: Cari,
cari!! Mana Ah Yau? Mana barang-barang
yang saya arahkan Ah Yau beli?
Wn1: Saya, saya
tidak tahu! Suami saya telah pun dibawa
ke balai polis.
K1: Hmm, saya
tak kisah! Awak kena serahkan juga barang-barang tersebut kepada saya esok, kalau
tidak nyawa kau dengan suami kau akan terancam.
K1: Cepat turun
!!!
Kk1: Ibu… ibu
(menangis)
K1: Diam,
jangan bising….
Wn1: Saya, saya
merayu pada tuan… Tuan jangan paksa saya. Suami saya pun telah diberkas oleh
pihak polis! Lagipun kita ni semua
berasal dari kaum Cina yang sama, tengoklah keadaan saya dan anak-anak saya ni
tuan…
K2: Kamu ni jangan ungkit tentang kaum !
Kamu dengar sini, saya tak kisah tentang masalah awak, saya nak awak
serahkan barang-barang yang saya perlukan itu juga esok !!!
Kk1: Ibu…ibu (menangis dalam ketakutan)
Wn1: Jangan
tuan, tolong jangan menyakiti anak saya.
K2: Jangan bergerak !!!
Wn1: (lari menuju kearah anaknya)… Kenapa kamu semua sanggup melakukan
perkara sebegini !
K1: (telah melepaskan tembakan terhadap isteri Ah Yau…)
BABAK 3
K1: Ambil semua barang mereka, arahkan mereka semua keluar dari bas
sekarang !
K2: (menaiki bas dahulu)…. Cepat, cepat !! Semua orang kasi keluar tiket.
Lu, lu, Lu, kasi barang barang semua.
Cepat, cepat !! Hey, lu pergi mana?, kasi keluar tiket cepat.
BUDAK:
(menangis)
K2: Diam, mana
tiket? Bagi tiket cepat! Cepat!
SEBUAH KERETA SEDANG MENUJU KEARAH BAS …
K1: Suruh mereka berhentikan kereta segera !
K3&4: Turun, turun dari kereta cepat ! Cepat !
K1: Tembak dan bakar kereta itu.
K3&4: Tembak ! (telah menembak dan membakar kereta tersebut)
K2: Semua cepat keluar dari bas ! Cepat,
cepat…
K1: Buka baju
cepat ! (mengarahkan semua lelaki dari bas menanggalkan bajunya)
K2: (semua tentera komunis melarikan diri setelah mengambil barang-barang
dan baju lelaki lalu membakar basnya tersebut)
BABAK 4
P1: ahh Tok
Penghulu…
Ph: Ya !
P1: Ada apa datang malam-malam ni?
Ph: Ada berita yang nak dilaporkan. Saya nak berjumpa dengan tok sarjan.
P1: Silakan, silakan … Tok ni semua datang, silakan tok.
Ph: Baik, terima kasih.
P2: Apa hal ni?
Ph: Tok Sarjan, saya dapat berita dari orang-orang kampung ada kejadian
komunis bakar bas dekat Lenga.
Ok1: Anak saudara saya boleh jadi dah dibunuh oleh komunis jahaman tu,
kalaulah mereka tu datang kampung ni lagi , tau dia kasi mengajarnya!
Ok2: Tolonglah saudara semua bertenang sikit, saya nak laporkan dengan
jelas kepada datuk Sarjan.
P2: Sebenarnya, kami juga telah mendapat berita tentang kejadian ini.
Barangkali orang saya juga terlibat. Bertenanglah ! Jangan cemas..
Ok3: Tok penghulu, tak boleh ke kita buat rombongan orang-orang kampung
pergi ke Lenga mencari mereka yang terlibat.
Ph: Tapi saya rasa lebih baik sahaja kita serahkan hal ini pada polis.
P2: Terima kasih tok penghulu dan tuan tuan semua kerana mempunyai penuh
kepercayaan pada pihak polis. Aah masuklah dulu tok…
Ok3:
Sarjan…Sarjan !!!
Ph: Tok sarjan,
itu tiba mereka !
P4: Memang nyawa kami semua panjang. Bukan sahaja barang-barang, pakaian di
badan kami pun dirampas komunis.
P5: Inilah sahaja pakaian yang kami pakai.
P6: Macam mana kau balik sampai ke sini?
P4: Kami tumpang dua perahu sampai ke sini tadi.
P2: Baguslah semua orang selamat. Hari pun dah maghrib, eloklah kita
bersurai dulu. Jaafar, kau buat report !
P4: Baik
sarjan.
BABAK 5
P2: Baik, jumpa
sama tuan. Berdiri sana.
Ok1: Tabik
tuan. Saya tau saya salah tuan, tapi kalau saya takda bikin itu macam saya
punya anak, saya punya bini mesti susahlah tuan.
P1: Betul ke
Kwan Ping dan kawan-kawan ada di kawasan ini?
Ok1 : Betul
tuan. Dia ada selalu kacau sama saya !
P1: Jangan
susah ! Polis akan menjaga keselamatan anak dan semua penduduk-penduduk kampung
ini. Dan saya terpaksa bawa akan ke Pagoh untuk ambil statement di sana.
Sarjana !
P2: Tuan.
P1: Awasi rumah
Ah Yau, saya akan menghantar pasukan membersihkan kawasan ini.
P2: Ya tuan.
BABAK 6
22 JAN 1950
K1: Cepat !!
K2: (setelah memasang bom) Jom pergi…
K1: Mereka dah sampai sini ! Bersedia meletupkan bom ! Kenapa ??
K2: Saya tidak tahu.
K1: Ada sebuah kereta menuju ke arah ini. Bersedia sekarang, bersedia meletupkan
bom !
BABAK 7
K3: Baca ni !
K1: Dengar sini komander semua ! Kumpulan pengkhianat ini dituduh
mengkhianati parti komunis. Mereka telah bekerjasama dengan pihak kerajaan
secara rahsia. Mereka sengaja tidak mematuhi perintah atasan mereka dan tidak
berdisiplin. Yang paling penting, mereka ni telah mengkhianati kepercayaan kita
terhadap mereka dan telah menjadi anjing peliharaan pihak kerajaan dengan
mengikuti perintah daripada mereka. Baiklah, sekarang kita akan mendengar
keputusan pihak atasan kita.
K3: Semua bukti menyokong tuduhan tersebut. Saya
setuju dengannya. Lepaskan tembakan
terhadap mereka !!!
K1: Ikat
mereka, lepaskan tembakan terhadap mereka !!!
31.50 W1: (bertutur dalam bahasa Cina) kamu berdua, ikut saya! Ini cara
kita beroperasi bermula dari
sekarang. Mula-mula kita perlu pergi dan umpan
polis daripada balai. Tengok apa
yang mereka lakukan di sana.
W2: Kenapa kita
perlu pergi ke sana?
W1: Bodoh! Tu
tempat yang paling penting. Cuma perlukan 20 minit dan kita boleh hancurkannya.
W2: Macam mana
dengan orang-orang?
32.31 W1: Ni
simpan rahsia ni. Disebabkan mereka penduduk di situ. Sekarang pergi laksanakan arahan kamu. Bila kamu
sampai di sana, kamu akan terima arahan selanjutnya.
Pergi sekarang! (Berlalu pergi)
(Latar – Balai Polis)
33.24 W3: Apa macam Bakar?
W4: Baik.
W3: Kau dah check peluru-peluru Akod? Mad?
Kita nak pergi ke central ni Mohd Tap.
W6: Beat berapa?
W3: Beat 14 la Mat
W4: Pergi dulu Mohd Tap
W5: Baik Mohd Tap
(Latar – Hutan)
34.01 W5: Saya
dengar banyak orang kita kena ambush Encik.
W3: Ya kita hati-hati Kod, Mat. Harus
hati-hati. Dari semalam..
(Latar – Balai Polis)
N: 19 Februari 1950
35.16 W3:
Jaffar
W7: Eh lambat balik Man
W3: Ya. Sargeant. Saya nak beritahu
sedikit. Ada hal mustahak.
W8: Hah. Apa dia?
W3: Semasa meronda tadi, saya
ternampak ada beberapa tanda pelik.
W8: Pelik? Pelik macam mana?
(Latar – Halaman Balai Polis)
36.07 N: 22
Februari 1950
W9: Tolong! Tolong!
W10: Siapa tu Berhenti.
W9: Aku la Hassan.
W10: Oh Hassan.
W9: Bini aku nak beranak.
Mintak tolong panggilkan bidan.
W10: Aku ingat kau dikejar
oleh musuh. Baiklah aku panggilkan bidang. Kau balik dulu.
W9: Terima kasih.
36.57 N: 23 Februari 1950
W11: Saya letak buku-buku
report ni di sini ya Korporal.
W12: Ya terima kasih
W11: Ya
W13: Korporal, ada apa-apa untuk saya hantar?
W12: Tak ada. Saya balik dulu.
W13: Ha ok.
37.17 W14:
Jidin saya balik dulu ya
W15: Baik-baik
W14: Esok jumpa lagi tu
(Latar – Halaman Balai Polis)
37.22 W4: Berhenti! Siapa tu?
W16: Akod. Ni gua la. Gua la. Tuck Sai
W4: Ada apa? Lu tak tahu ke sekarang ni curfew? Nasib baik saya tak tembak sama lu.
W16: Gua tau. Gua tau. Tapi ada hal
besar. Gua punya kawan punya anak la. Tolong la
latu.
W4: Apa hal?
W16: Jatuh perigi. Manyak dalam la
latu.
W4: Masuk. Masuk, pergi buat report
di balai. Azman hantar ke balai.
W17: Baik.
(Latar – Dalam Balas Polis)
38.19 W17:
Encik Kadir!
W18: Apa hal Osman?
W17: Ada dua orang ni dia nak buat
report la Encik. Naik.
38.38 W16: Ini
gua punya kawan. Macam saudara jugak la. Dia punya anak sudah jatuh perigi.
W18: Apa macam malam-malam boleh jatuh perigi?
W16: Dia pergi buang air. Malam tidak nampak. Sudah jatuh.
W18: Kalau dia punya anak. Dialah
yang bikin report. Saya tengok dia bukan orang sini.
W16: Dia tak berapa pandai cakap
Melayu. Dia macam gua punya sedara jugak.
Dia sama dia punya anak bini
baru sampai gua punya rumah. Hari besar punya pasal.
W18: Oh, itu macam ka.
W16: Ya la. Eh latuk, mana itu latuk
sargeant? Gua mau cerita sama dia. Boleh gua masuk
ka? Dia ada dalam ka? (mata melilau ke sekitar ruang balai)
W18: Awak tak perlu masuk. Bikin ini report dulu. Mintak tengki
39.56 W8: Adinda ku yang dikasihi dengan selamat. Kekanda harap adinda dan anak-anak sekian berada dalam kandungan sihat. Sekarang
kakanda telah pun bertugas di Bukit Kepong.
Jadi kakanda tidak dapatlah pulang untuk bawa adinda balik ke Muar. Diharap adinda pulanglah sendiri dengan
anak-anak. Peluk cium dari kanda.
W16: Ah latuk. Atuk gua ada
bikin sikit report la. Latuk mesti tolong sama gua.
W8: Oh Tuck Sai. Apa hal?
W16: Ini gua punya kawan. Dia punya anak sudah jatuh perigi. Datuk
sendiri mesti datang ya. Tolonglah latuk.
W8: Baiklah. Nanti saya datang.
W16: Gua pulang dulu ya latuk. Pulang eh. Cau.
W18: Datuk nak pergi ke? Saya tak sedap
hati la datuk. Memandangkan gerak geri Tuck
Sai dan kawannya tu.
(Latar – Hutan)
41.25 W1: Ni rancangannya. Semua dengar.
Ni layout balai polis. Ni pejabat ketua Kampung. Pintu
utama. Asrama. Dikelilingi pagar. Pasukan pertama akan berada di sini. Pasukan kedua di sini. Pasukan
tiga di sini dan pasukan keempat di sini. Kita mesti
kepung keseluruhan tempat. Faham? Gerak sekarang! Bergabung dengan kumpulan satu!
42.20 W16: Mana general?
W19: Di sana.
W16: Semua dah bersedia.
W1: Bagus. Pakai uniform kamu. Kita berangkat
segera.
W16: Baik tuan!
(Latar – Halaman Balai Polis)
44.14 W4: Osman kau ronda di belakang.
W17: Baik Encik.
45.17 W20: Ahh!
W21: Kan Osman tu. Dah masuk. Baik ya Man.
W22: Kenapa tu Awang?
W21: Pon ni terperanjat.
45.55 W22: Alamak!
W4: Siapa tu?
P1: Aaaaaaa
[bunyi pelita pecah]
L1: kenapa Pon?
Oh, itu Osman tu. Dah masuk. Baik Man.
L2: kenapa tu Awang?
L1: Pon in
terperanjat.
Pol1: Siapa tu?
OK1: Ya Allah!
Polis2: Jaffar! Berlindung! Jidin! Kadir! Kita diserang! Berlindung
K1: Tak guna! Siapa suruh
awak tembak?
Pol1: Osman!
Osman!
Pol2: Osman,
Basirun, Hamzah, Jaffar! Bangun! Balai diserang! Bangun cepat! Ambil senapang
masing-masing! Lekas! Yassin, Yusof, bangun! Balai diserang! Bangun lekas!
Ambil senjata masing-masing! Bangun lekas!
P2: kenapa
bang?
L2: ada musuh datang, berlindung dulu, jaga anak baik-baik.
P2: baik bang
K1: Beri isyarat!
K2: *tiup tronpet
P2: diam nak, diam, takut
P1: Ya Allah ya tuhaku, selamatkanlah kami semua. Lindungilah kami dari segala
bahaya. Amin. Abnag! Bunyi tembakan dari depan. Jangan-jangan balai kena
serang?
L1: jangan dekat Pon, tunduk bawah!
P3: bang, matilah kita ni bang
L3: Pah, lindung diri baik-baik
P3: baiklah
bang
L3: Abang nak
ke bawah, tolong abang pah
P3: hati-hati bang
L3: Awang-awang bangun! Abu, bangun
cepat! Mohd, kita diserang! Lekas! Hassan! Lekas! Hassan! Hassan!
L4:Kejap
L3: Hassan, aku nak cover kubu belakang, kau cover aku dari kubu depan
L4: Baiklah,
hati-hati Ibrahim. Bergerak sekarang Ibrahim. Patah balik Ibrahim. Nasib baik kau Ibrahim
L3: Pah
P3: Ye bang
L3: ambilkan peluru atas para Pah
P3: baiklah bang. Nah bang
L3: pergi kau melindungi diri baik-baik
P3: haa, baiklah bang
P5: baik bang, jaga diri sikit bang
L5: kau jaga anak ya, abang nak ke balai
P5: pergilah hati-hati
L6: cepat mat!
L5: baik Abu
L6: Mat! Ya Allah! Macam mana Mat?
L5: Luka aku tak seberapa, Abu. Kau cover di sebelah sana.
L6: Baik
L5: Yam!
P5: Ya bang. Abang kena
tembak ya. Ya Allah.
L5: Yam,
ambilkan raifal abang di pintu
P5: Baik bang
L5: hati-hati
ya
P5: abang parah ke?
L5: tidak, sikit je. Ambilkan pelurunya sekali.
P5: baik bang
L5: Yam! Lekas sikit Yam.
P5: baik bang, ini dia bang. Nah. Jangan menangis sayang
Pol3: jaffar!
Masuk kubu, cepat
Pol2: Jidin,
padamkan lampu
Pol3: jahanam
punya komunis
L6: Ya Allah!
L3: Bakar! Macam mana luka kau?
L6: aku tak apa-apa, pergi!Pergi!
Pol2: Usop, Amat. Kau berdua pergi ke kubu bawah balai. Lekas! Usop,
jimatkan peluru sikit.
L7: baik sarjan
K1: mat! Suruh polis serah diri
K2: dengar sini semua! Hoi polis! Letakkan senjata! Lebih baik serah diri!
Balai sudah dikepung!
Pol2: hoi pengkhianat! Kami tidak akan menyerah! Walaupun akan apa yang
akan terjadi! Tembak!
L8: Putih!
Putih! Dengar tu? Putih! Dengar tak tu?
L9: Ah! Tu cina
bakar mercun tu.
L8: dengar tu?
L9: eh! Bunyi
mercun apa pulak?
L8: apa hal pun
kita bagitahu Tok Penghulu. Manalah tahu ada kejadian buruk berlaku. Mari. Kau
tunggu sini. Tok! Tok! Tok Penghulu! Tok, Tok ada dengar apa-apa tak?
L10: saya ada
dengar bunyi letupan. Latif, pergi ketuk kentung kecemasan dan kau Aziz kumpulkan orang-orang
kampung
L8: baik Tok
Wa1: kita ambil
cover di belakang pokok sana. Pergi berdua- dua. Berhati – hati. Pergi
sekarang.
Po1: baik tuan.
Wa1: Segera! Jaga- jaga. Pergi lagi.
Po2: baik tuan.
Wa1: Jaga- jaga. Ikut mereka.
WaP1: Abang ! ya allah!. Ahhh ahhh *menjerit sambil mengendong anak*. Bang. Abang.
Abang. abang.
- Aksi tembak menembak antara polis dan
tentera komunis-
- Tentera komunis masuk menyelinap ke
kawasan rumah masyarakat kampung-
Tk1: Cepat!
- Tentera komunis menarik mayat rakan
mereka –
- Watak kehabisan peluru dan meminta
isterinya mengambil peluru –
Wa2 – Yam!
IsWa2 – Ya
bang?
Wa2- Cuba kau
tengok peluru yang ada di dinding tu. Ada lagi tak?
Iswa2 – baik
bang.
Wa2- Ada Tak?
IsWa2 – Tak ada
bang
Wa2- haa?
IsWa2 –
Jamilah! Jangan duduk dekat sini nanti jatuh. Pergi main dekat sana. Eh San, jangan main kat
sini nak.
Jamilah: Mak!!
Makk!!
IsWa2- Abang …
Jamilah –
Mak!!! Jangan tinggalkan jamilah Mak!! Bapak!! Bapak!! Mak!! Mak!! Mak!
Po3 – Jahanam!
Po4- Tunduk!
Harun – Apa tunggu lagi tok?
Wa1 – Kita dihalang Harun. Jaga orang – orang kita. Jangan mudah cemas.
Bertenang.
Basirun: ya?
(nama watak utama) – Keadaan terdesak sekarang. Kau pergi dengan bot Ke Lenga
dan minta bantuan
Basirun: Ya.
WaU – Aku cover kau. *Menukar posisi* Hati- hati Basirun
Basirun: Ya, tuan.
WaU- Sedia. Bergerak. Bergerak Sekarang!!
*Watak Basirun
ditembak*
WaU- kau cover
aku!Basirun.
Basirun: Sarjan
..
Samad: *ditembak* Allahuakbar
WaU: Usop! Samad dah kena.
WaU: Basirun ..
WaU: Samad,
Mengucap Samad.
Ibrahim:
Sarjan! Kami di sini dah kekurangan peluru. Tolong Hantarkan.
WaU: Peluru yang ada tu jimatkan sikit. Kadir!
Kadir: Ya, encik.
WaU: Kadir,
tolong campakkan peluru pada aku
Kadir: Baik
sarjan. *Pergi mengambil peluru* Sarjan.
Ibrahim: Allah!
WaU: Ibrahim!!
TeKom: Orang-
orang polis lebih baik serah diri kalau mahu nyawa awak dan anak bini awak
selamat.
Pol6: Hei Pengkhianat! Kami takkan menyerah diri! Kami akan berlawan habis
habisan!!
TeKom: Teruskan!
Pol7: Ibrahim!! Ibrahim
Mahmud: Jom maju depan.
Wa1: Mahmud nanti. Jangan Pergi! Bahaya!
Wa1: Ya allah ! Mahmud! Beri aku riffle tu. Berundur. Berundur dahulu.
Pol8: Muhd Tap. Kau cover aku
Ok1: Baik.
Ok2: Ya allah!!
Ok1: Pon, pergi
berdiri di sana
Ok2: Baik bang.
ABANG!!
P6: Jangan
dekat pon.
Wn2: Abang!!
Wn3: Jangan
Fatimah.
Wn2 Abang!!
Abang
Wn3: Fatimah..
Wn2: Mengucap
bang.
Wn3:
asyahaduallahilahaillah…
Wn2: Abang !!!
Wn2: Abang, mah
akan menuntut bela atas kematian abang.
Ok6: Corporal,
tolong bantu Ja’afar dah kena.
Ok7 : Jaafar!
P8: Ya allah
*ditembak*
Ok6: Koperal…
Pol8: Sarjan..
Wn5: Macam
mana?
P9: sarjan,
tinggal kenit sorang sahaja. Usop cedera parah. Koperal dan jaafar terkorban.
Ok6: kau cover di sini.
P8: Baik
sarjan!
K1: Dengar sini
semua! Tak guna menggadai nyawa. Letak senjata sekarang! Kami sudah menang.
P2: Jidin kamu semua orang bertahan di sini ya.
Ok6: Baik Sarjan!
P2: Kadir, kau pergi bertahan di
kubu depan. Lekas.
P2: Kami orang- orang polis, tidak akan menyerah diri! Biar kami mati di
sini. Bukit kepung menjadi tanah kubur kami!
P2: Mat, Korang berdua cover aku dari sini. Aku nak pergi tengok di barack
ya.
P1 Baik,
hati-hati sarjan. Bahaya.
Wn1: Sarjan!
P2: Sabar
Timah.
P10: sarjan, balai terbakar
P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam
kubu.
W1:
abang...abang, abang
B1: ibuuu
W2: tunggu sini. Bakar, bakar?
B1: bapak,
bapak...
B2Kom: keluar cepat kalau nak hidup!
W3: cepat nak
jangan nangis. Abang? Bang? Abang???
B3Pre: yam,
mana anak-anak kita?
W3: ada bang. Semua ada sini bang. Itu zainudin, abu samah dan ini zaleha
Pre: samah..
W2: ye bapak
Pre: besar
nanti kamu nak jadi apa nak?
B2: dah besar
nanti abang nak jadi polis nak lawan semua komunis
Pre: yam, jaga
anak-anak kita baik-baik ye
B4Kom: mat, tangkap itu perempuan. Suruh polis serah diri
Kom2: bangun, bangun
B5Kom3: jalan,
jalan, cepat!! Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii orang polis, lebih
baik serah diri, kalau tidak saya bunuh semua
W3: sarjan, komunis
suruh menyerah, kalau menyerah, kita semua selamat
Sjn: ohh tidak.
Takpelah yam, kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri. Pergilah
selamatkan anak-anak kau tu. Yam!! Selamatkan diri
Kom3: cepat
pergi cepat!!! Pergi pergi
B6TP: boleh jadi balai polis dah terbakor
OK1: tok penghulu, apa kita tunggu lagi
TP: sabar dulu, jangan terburu-buru
OK2: kita bergerak sekarang
OK4: baik
NAR: mereka telah gugur sebagai pahlawan demi mempertahankan kedaulatan
negara hinnga ke titisan darah darah yang ke penghabisan. Dengan semnagat
kepahlawanan yang tidak ternilai, disertai dengan keazaman penduduk bukit
kepong, disemarakkankan pula oleh keluhuran pengorbanan jitu isteri-isteri
mereka. Selaras dengan tradisi murni anak watan, agar negara dan rakyat terus wujud,
pemergian mereka bersemadi dalam kenangan. Semoga menjadi inspirasi yang
berterusan kepada mereka yang mewarisinya. Jasa dan pengorban mereka
dilambangkan di tugu pahlawan negara. Itulah lambang kemegahan, lambang
kemenangan. Titisan darah mereka dijadikan tinta sejarah negara. Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Di
atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara lahirlah demokrasi
K1 : pergi ke balai
K2: Bergerak
(latar: Komunis menyerang balai Polis)
K1 : hidupkan
obor, bakar tempat ni
P1: sarjan.
Balai ini terbakar
P2: mari. Masuk
dalam kubu
W1: arghhhh.
Abang, abang
Kk1: mak
W2: arghhhh. Tunggu sini. Bakar, Bakar
Kk1: Ayah
K3: diamlah budak. Keluar dar sini
kalau mahu terus hidup
W3: cepat nak
jangan menangis. abang abang
Kk2: abah
L1: Yam, mana
anak kita?
W3: ada bang. Semua aa dekat sini. Ini Zainuddin, Abu samah dan Zaleha
L1: Samah
Kk2: ya abah
L1: kalau sudah besar nanti mahu jadi apa?
Kk2: bila dah besar nanti Samah nak jadi
polis dan bunuh semua komunis
L1: jaga anak kita
K4: hey, tangkap perempuan tu, jadikan tebuan, biar polis mengalah. Pergi
K5: baik Tuan
K5: hey,
bangun. Sini
K5: hey polis,
lebih baik kau menyerah sekarang atau aku bunuh mereka semua.
W3: sarjan,
komunis suruh polis menyerah, kalua polis menyerah kita semua akan selamat.
P3: sabar yam.
Polis tidak akan menyerah kalah. Pergilah selamatkan anak-anak kau
(tembakan)
P3: yam pergi selamatka diri dan anak-anak kau
K5: pergi cepat dari sini
L2: sekarang, balai polis telah musnah dibakar.
L3: penghulu, apa yang kita tunggu lagi?
L2: sabar dulu.
Kita tidak boleh tergopoh gapah
L3: gerak sekarang
L4: baik tuan.
N: mereka gugur
sebagai pejuang. Untuk mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan
darah yang terakhir. Semangat juang anggota polis, berserta dengan keazaman
penduduk Bukit Kepong disemarakkan pula keluhuran dan pengorbanan yang jitu
oleh isteri-isteri mereka. Selaras dengan tradisi murni anak watan, agar negara dan
rakyat terus mencapai keamanan, pemergian mereka tersemat dalam ingatan.
BBM5407 KAJIAN WACANA
TUGASAN KUMPULAN 3/5/2021 (MINGGU 6)
Normaliza Abd
Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu:
Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Persamaan dengan perbezaan Pendekatan
Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim 2018 dengan Teori Analisis Wacana Normaliza
Abd Rahim 2019 berdasarkan Filem Bukit Kepong
Maurice
PENDEKATAN ANALISIS WACANA NORMALIZA ABD
RAHIM, 2018b
PRA-ANDAIAN |
||
Intuisi |
Konteks |
|
·
Kerajaan Inggeris memutuskan untuk
meningkatkan sistem keselamatan di Bukit Kepong. ·
Komunis bertindak lebih agresif selepas
mendapat tahu pasukan AP akan ditubuhkan di Bukit Kepong. ·
Saibun membalas dendam terhadap Komunis
yang mengancam keselamatan keluarganya |
Penerimaan
/ Penafian |
“Memang betul
kata Tok Ketua tu tadi. Setakat ini, kerajaan belum pun berbuat apa-apa untuk
menjaga keamanan di kawasan ini. Buktinya, kejadian
semalam.” – Minit 9.30 |
Keperluan |
“Whatever
it is, we have to bring these requests before the district wars executive
committee meeting” – Minit 10.33 |
|
Perujukan |
“Saya
sependapat dengan Tok Penghulu.” – Minit 8.25 |
|
Anafora |
Kau bagi
tahu Tok Penghulu. Kau ikut aku. - Minit 13.52 |
|
Pengulangan |
Tengok
keadaan rumah kosong kita ini, telefon tak ada, wireless pun tak ada, sudahlah
jalan raya pun tak ada – Minit 8.32 |
|
Kekaburan |
.. dan
uruskan mayat-mayat ini untuk dibawa ke Pagoh - Minit 7.57 (Ada apa
di Pagoh?) |
|
Penegasan |
Komunis
memang tengah menjadi-jadi di kawasan ini - Minit 2.06 |
EMOSI |
||
Positif |
Negatif |
Emosi Bercampur |
·
Bersemangat (babak
pasukan AP, PC, Koperal, EPC, MPC dan Lans Koperal melaporkan diri di Balai
Polis Bukit Kepong.) ·
Gembira Wajah
penduduk kampung gembira apabila Jamil memuji tindakan berani mereka. “Dan
keberanian tuan-tuan semua patut diberi pujian..” – Minit 7.26 |
·
Cemas Situasi
cemas apabila bot tiba-tiba diserang hendap oleh Komunis – minit 0.45 ·
Takut Seisi
keluarga Saibun ketakutan apabila orang Komunis menyerang pada waktu malam
dan menyebabkan kebakaran. – minit 13.14 ·
Marah Saibun
berasa sungguh marah apabila orang Komunis telah memukul isterinya dan
menyebabkan rumahnya terbakar. Mukanya kelihatan sungguh tegang. Contoh: Jahanam
punya Komunis! – minit 14.43 ·
Kesal/sedih Penduduk
kesal kerana tiada kemudahan keselamatan yang mantap di kampung itu. Mereka
hanya mampu bersemangat tinggi. Contoh: Kami
sebenarnya penduduk-penduduk di kawasan ini sentiasa berdiri di belakang
kerajaan untuk menentang komunis. Tapi kalau begini, susahlah tuan. Senjata
pun tak ada. Cuma semangat saja yang kuat. – minit 10.14 |
·
Terkejut dan bangga Contoh: Jamil
menunjukkan reaksi terkejut apabila melihat mayat di Balai Polis. Kemudian,
Jamil menunjukkan rasa bangganya kepada penduduk-penduduk “Saya mengucapkan
tahniah kepada tuan-tuan semua”.- Minit 7.16 |
NILAI DAN BUDAYA |
||
Diri |
Masyarakat |
Adat |
Sifat
patriotik yang tinggi. Contoh: “Senjata
pun tak ada. Cuma semangat saja yang kuat.” – minit 10.14 |
·
Mementingkan ilmu agama Contoh 1:
babak di rumah Saibun - Ibu bapa yang mengajar anak mengaji di rumah. – minit
13.14 Contoh 2: Saya tahu
banyak susahlah. Ini orang Melayu banyak kuat sembahyang. – Minit
13.02 ·
Menyapa Contoh: bagaimana
dengan perjalanan tad..i - Minit 2.00 ·
Bekerjasama menjaga keamanan Contoh: Saya bagi
pihak penduduk kampung ini dan kawan-kawan saya semua sentiasa bekerjasama – Minit 7.33 |
·
Memberi salam Contoh: Assalamualaikum ·
Mengaji |
BAHASA |
|||
Bahasa pertama/kedua/ketiga |
Bahasa formal dan tidak formal |
Kesalahan bahasa |
Linguistik |
1. Bahasa
Pertama ·
Bahasa Melayu 2. Bahasa
Kedua ·
Bahasa Inggeris contoh: “Kita kena ambushed. Kamu
kawal bot ni. Cepat!”- minit 0.49 3. Bahasa
Ketiga ·
Bahasa Cina (Komunis) – dituturkan oleh
Komunis |
1. Bahasa
Formal Contoh: “Apa khabar koperal? Saya
Jamil Md Shah.” – minit 2.40 ·
Digunakan situasi formal di Balai Polis Bukit Kepong. 2. Bahasa
Tidak Formal ·
Perbualan orang kampung dengan orang
Komunis. Contoh: “Gua punya suka lah. Apa lu mau?” – minit 6.37 |
·
Percampuran kod Contoh: “Kami kena ambused di tengah jalan
tadi. Tapi untunglah tiada sesiapa yang cedera.”- minit 2.00 Dalam ayat tersebut, adanya penggunaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ·
Penggunaan slanga ·
Penggunaan perkataan atau frasa yang
tidak betul Contoh: “Ling,
panggil Tuck Sai mari.” – minit
12.35 (Penggunaan ‘mari’ sepatutnya
boleh ditukar menjadi ‘ke sini’) |
a) Tali barut
Contoh: “Tuan, dua
hari yang lepas, kampung saya telah didatangi oleh seorang tali barut
Komunis.” – minit 10.03 |
INFERENS |
||
Rumusan keseluruhan |
Rumusan topik perbincangan |
Penutup kata |
·
Komunis yang bertindak menyerang dan
menindas rakyat di Bukit Kepong telah meningkatkan semangat patriotisme
penduduk di kampung tersebut. Hal ini demikian kerana mereka sudah tidak
boleh bersabar ditindas malah kerajaan Inggeris ketika itu tidak menunjukkan
keseriusan dalam menentang Komunis. |
·
Kemudahan terbatas Kemudahan seperti pengangkutan, perhubungan dan
infrastruktur yang lain belum dimajukan oleh kerajaan Inggeris. Kerajaan
berkemungkinan tidak melihat Bukit Kepong sebagai tempat yang boleh dimajukan
berbanding dengan kawasan yang lain. Contoh: Nampaknya kampung kita ini dianaktirikan
oleh kerajaan – Minit 8.28 ·
Kerajaan Inggeris tidak serius Walaupun Bukit Kepong sudah berkali-kali
diserang Komunis, kerajaan Inggeris ketika itu tidak meningkat tarafkan
sistem pertahanan atau keselamatan di kawasan itu. Kerajaan seakan tidak
mementingkan keselamatan penduduk kampung kerana tiada kepentingan di kawasan
itu terhadap pembangunan ekonomi kerajaan. ·
Kekurangan anggota keselamatan di Bukit
Kepong Kekurangan anggota keselamatan di Bukit Kepong seperti
polis menyebabkan kawasan tersebut sering kali diserang Komunis. Hal tersebut
berkemungkinan kerana kawasan tersebut tidak luas maka kerajaan menganggap
jumlah anggota keselamatan yang sedikit mampu menjaga keamanan kawasan
tersebut. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mungkin tidak memiliki
kelayakan akademik yang dapat menjadikan mereka seorang polis. |
Kerajaan
Inggeris tidak memandang serius serangan atau penindasan yang dilakukan oleh
Komunis terhadap penduduk-penduduk di Bukit Kepong. Contoh: The threat
here is not serious compared to other districts - Minit
10.32 |
TEORI ANALISIS WACANA NORMALIZA ABD RAHIM,
2018d
KANDUNGAN |
KONTEKS |
ANDAIAN |
||
·
Patriotisme (Penduduk
Bukit Kepong bersama-sama berganding bahu menjaga keselamatan kampung mereka
daripada serangan Komunis.) ·
Kasih sayang / Kekeluargaan (15 minit
yang pertama dalam filem telah memaparkan betapa sayangnya Saibun kepada
keluarganya) |
1.Tatabahasa |
·
Pengunaan kata ganda separa Contoh: “bawakan
bebarang itu semua ke stesen” – minit 1.58 |
1. Pendapat |
·
Menubuhkan pasukan AP di Bukit Kepong. Contoh: “Memandangkan
kedudukan Bukit Kepong ini terpencil dan terpisah pula dari segala hubungan,
dan mudah pula diancam, maka itu saya mencadangkan pada Tuan Ao, Tuan Davis
dan Tuan OCPD kita untuk menubuhkan pasukan AP di kawasan ini.” - Minit 8.03 |
2. Latar |
a) Masa ·
Zaman pemerintahan kerajaan Inggeris ·
Zaman Komunis ·
Malam (babak
serangan Komunis di rumah Saibun) ·
Siang (babak
serangan bot, babak pergelutan di titian, babak di Balai Polis Bukit Kepong,
Babak latihan AP) b) Tempat ·
Balai Polis Bukit Kepong ·
Hutan ·
Dalam bot ·
Perairan Sungai ·
Jeti ·
Titian c) Masyarakat ·
Melayu ·
Inggeris ·
Komunis |
2. Perujukan |
·
Menyokong pendapat Contoh: “Saya
sependapat dengan Tok Penghulu.” – Minit 8.25 |
|
3. Emosi |
a) Positif ·
Bersemangat ·
Gembira b) Negatif ·
Cemas ·
Takut ·
Marah c) Bercampur ·
Terkejut dan bangga |
3. Persoalan |
·
Kawasan Bukit Kepong yang belum dibangunkan
dari aspek kemudahan dan infrastruktur. ·
Misalnya tiada jalan raya dan hanya
bergantung pada pengangkutan air semata-mata. ·
Sistem keselamatan juga masih terbatas,
tidak seperti di Pagoh. ·
Kerajaan Inggeris belum melakukan apa-apa
untuk menjaga keamanan di Bukit Kepong. ·
Rakyat yang setia pada pemerintah Contoh: ·
Untunglah, kami penduduk-penduduk di
kampung ini tidak mudah dipengaruhi oleh pihak Komunis – Minit 9.44 |
Tivyaa
PENGEKODAN |
DATA |
PERSAMAAN MASYARAKT & LATAR |
B2P3A2 |
Awak kena serahkan juga
barang-barang tersebut kepada saya esok, kalau tidak nyawa kau dengan suami
kau akan terancam |
Masyarakat
kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis |
B2P7A4 |
Lagipun kita ni semua
berasal dari kaum Cina yang sama, tengoklah keadaan saya dan anak-anak saya
ni tuan… |
Masyarakat pengganas yang terdiri
sebahagian besar daripada orang Cina |
B5P5A2 |
Polis akan
menjaga keselamatan anak dan semua penduduk-penduduk kampung ini |
Masyarakat
pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara |
B4P12A1 |
Tok penghulu, tak boleh ke kita
buat rombongan orang-orang kampung pergi ke Lenga mencari mereka yang
terlibat. |
Masyarakat
kampung yang berani membuat rombongan pencarian mangsa komunis |
B4P14A1 |
Terima kasih tok penghulu dan tuan
tuan semua kerana mempunyai penuh kepercayaan pada pihak polis |
Masyarakat
kampung yang bekerjasama dengan pihak polis dalam mendepani kejahatan
pengganas komunis |
PENGEKODAN |
DATA |
PERSAMAAN EMOSI (NEGATIF) |
B2P7A1,2,3 |
Saya, saya merayu pada
tuan… Tuan jangan paksa saya. Suami saya pun telah diberkas oleh pihak polis! |
Sedih |
B2P10A1 |
Jangan tuan, tolong
jangan menyakiti anak saya. |
Cemas |
B2P12A2 |
Kenapa
kamu semua sanggup melakukan perkara sebegini ! |
Marah |
B7P2A4 |
Yang paling penting, mereka ni
telah mengkhianati kepercayaan kita terhadap mereka dan telah menjadi anjing
peliharaan pihak kerajaan dengan mengikuti perintah daripada mereka. |
Kecewa |
B5P2A2 |
Saya tau saya salah tuan, tapi
kalau saya takda bikin itu macam saya punya anak, saya punya bini mesti
susahlah tuan. |
Takut |
PENGEKODAN |
DATA |
PERSAMAAN KESALAHAN BAHASA & TATABAHASA |
B5P2A2 |
Saya tau saya salah tuan, tapi
kalau saya takda bikin itu
macam saya punya anak, saya punya bini mesti susahlah tuan. |
kesalahan
hukum D-M melalui perkataan |
B5P2A2 |
Saya tau saya salah tuan, tapi
kalau saya takda bikin itu macam saya punya anak, saya punya bini mesti
susahlah tuan. |
penggunaan
kata punya (bahasa pasar) |
B3P2A1 |
Semua orang
kasi keluar tiket. |
ayat tidak gramatis |
B3P2A2 |
Lu, lu, Lu, kasi barang
barang semua. |
penggunaan
kata ganti nama yang berbeza lu(kamu) |
B4P20A1 |
Kami tumpang dua
perahu sampai ke sini tadi |
mengabaikan
penggunaan penjodoh bilangan (dua buah
perahu) |
PENGEKODAN |
DATA |
PERSAMAAN PERUJUKAN |
B4P9A1 |
Anak saudara saya boleh jadi dah
dibunuh oleh komunis
jahaman tu, kalaulah mereka tu datang kampung ni lagi, tau dia kasi
mengajarnya! |
komunis
jahaman merujuk kepada pengganas komunis yang kejam |
B7P2A2 |
Kumpulan pengkhianat ini dituduh mengkhianati parti komunis. |
kumpulan pengkhianat merujuk
kepada ahli komunis yang mengkhianati partinya. |
B7P2A4 |
Yang paling penting, mereka ni
telah mengkhianati kepercayaan kita terhadap mereka dan telah menjadi anjing peliharaan pihak
kerajaan dengan mengikuti perintah daripada mereka. |
anjing peliharaan merujuk kepada
pengkhianat parti komunis yang menjadi orang suruhan pihak kerajaan |
Iffat
Persamaan Teori - Emosi
Pengekodan |
Data |
Persamaan Emosi (+) |
W9W10 |
Aku ingat kau dikejar oleh musuh. Baiklah
aku panggilkan bidang. Kau balik dulu. Terima kasih. |
Gembira |
W8 |
Peluk cium dari kanda. |
Sayang |
W3 |
Ya kita hati-hati Kod, Mat. Harus hati-hati.
Dari semalam.. |
Berani |
Pengekodan |
Data |
Persamaan Emosi (-) |
W5W3 |
Saya dengar banyak orang kita kena ambush
Encik. Ya kita hati-hati Kod, Mat. Harus hati-hati.
Dari semalam.... |
Takut |
W9 |
Tolong! Tolong! Bini aku nak beranak. Mintak
tolong panggilkan bidan. |
Cemas |
W18 |
Datuk nak pergi ke? Saya tak sedap hati la
datuk. Memandangkan gerak geri Tuck Sai dan kawannya tu. |
Cemas |
W1 |
Bodoh! Tu tempat yang paling penting. Cuma
perlukan 20 minit dan kita boleh hancurkannya. |
Marah |
W20W21W22 |
Ahh! (menjerit) Kan Osman tu. Dah masuk. Baik ya Man. Kenapa tu Awang? Pon ni terperanjat. |
Terkejut |
W22 |
Alamak! |
Terkejut |
Persamaan Teori – Pra-Andaian
Pengekodan |
Data |
Bentuk |
W3 |
Semasa meronda tadi, saya ternampak ada
beberapa tanda pelik.. |
Kekaburan |
W18 |
Datuk nak pergi ke? Saya tak sedap hati la
datuk. Memandangkan gerak geri Tuck Sai dan kawannya tu. |
Perujukan |
W2W1 |
Macam mana dengan orang-orang? Ni simpan rahsia ni. Disebabkan mereka
penduduk di situ. |
Kekaburan |
Perbezaan Teori – Nilai dan Budaya (2018) serta Latar (2019)
Pengekodan |
Data |
Nilai |
Latar |
W10 |
Aku ingat kau dikejar oleh musuh. Baiklah
aku panggilkan bidang. Kau balik dulu. |
Tolong-menolong |
Masyarakat yang suka menolong |
W8 |
Adinda ku yang dikasihi dengan selamat. |
Kasih Sayang |
Masyarakat yang berkasih sayang |
W12 |
Ya terima kasih! |
Kesantunan |
Masyarakat yang memiliki nilai kesantunan
tinggi |
W4W17 |
Osman kau ronda di belakang Baik Encik. |
Keberanian |
Masyarakat yang berani |
Perbezaan Teori – Bahasa (2018) dan Tatabahasa (2019)
Pengekodan |
Data |
Bahasa |
Tatabahasa |
W16 |
Latuk. Ni gua la. Gua la. Tuck Sai |
Pijin |
Kesalahan Bahasa |
W6 |
Beat berapa? |
Pencampuran Kod |
Kesalahan Bahasa |
Syakirah
Pengekodan |
Data |
Persamaan Emosi (+) |
L3 |
Abang nak ke bawah, tolong abang Pah |
Berani |
Pol2 |
Hoi pengkhianat! Kami tidak akan menyerah!
Walaupun akan apa yang akan terjadi! Tembak! |
Berani |
Pengekodan |
Data |
Persamaan Emosi (-) |
P1 |
Ya Allah ya tuhaku, selamatkanlah kami
semua. Lindungilah kami dari segala bahaya. Amin. Abang! Bunyi tembakan dari
depan. Jangan-jangan balai kena serang? |
Takut |
L3 |
Awang-awang bangun! Abu, bangun cepat! Mohd,
kita diserang! Lekas! Hassan! Lekas! Hassan! Hassan! |
Cemas |
Pol2 |
Jaffar! Berlindung! Jidin! Kadir! Kita
diserang! Berlindung |
Cemas |
P1 |
Aaaaaaa (bunyi pelita pecah) |
Terkejut |
OK1 |
Ya Allah! |
Terkejut |
Persamaan Teori – Pra-Andaian
Pengekodan |
Data |
Bentuk |
L10 |
Saya ada dengar bunyi letupan. Latif, pergi
ketuk kentung kecemasan dan kau Aziz kumpulkan orang-orang kampung |
Perujukan |
Afifah
Data Persamaan
Emosi
Pengekodan |
Data |
Persamaan (emosi negatif) |
WaP1 |
Abang ! ya allah!. Ahhh ahhh *menjerit sambil mengendong anak*.
Bang. Abang. Abang. abang. |
Sedih |
Jamilah |
Mak!!! Jangan tinggalkan jamilah Mak!! Bapak!! Bapak!! Mak!!
Mak!! Mak! |
Sedih |
Po3 |
Jahanam! |
Marah |
IsWa2 |
Jamilah! Jangan duduk dekat sini nanti
jatuh. Pergi main dekat sana. Eh San, jangan main kat sini nak. |
Cemas |
WaU |
Sedia. Bergerak. Bergerak Sekarang!! |
Cemas |
Wa1 |
Mahmud nanti! Jangan Pergi! Bahaya! |
Cemas |
Data Persamaan
Nilai dan budaya (diri)
Pengekodan |
Data |
Persamaan Nilai dan Budaya (diri) |
Jamilah |
Mak!!! Jangan tinggalkan jamilah Mak!! Bapak!! Bapak!! Mak!!
Mak!! Mak! |
Nilai kasih sayang |
Pol6 |
Hei Pengkhianat! Kami takkan menyerah diri!
Kami akan berlawan habis habisan!! |
Nilai cintakan negara |
Timah |
Abang, mah akan menuntut bela atas kematian abang. |
Nilai pengorbanan |
Wa1 |
kita ambil cover di belakang pokok sana. Pergi berdua- dua. Berhati – hati. Pergi sekarang. |
Nilai Tanggungjawab |
Data persamaan
Nilai dan Budaya (adat)
Pengekodan |
Data |
Persamaan Nilai dan Budaya (adat) |
Timah Suami timah |
Timah: Mengucap bang. SuaTi: asyahaduallahilahaillah… |
Budaya mengucap kalimah syahadah ketika dalam keadaan nazak. |
WaU Jidin |
Jidin kamu semua orang bertahan di sini ya. Baik Sarjan! |
Budaya mengikut arahan ketua iaitu seseorang yang mempunyai
pangkat lebih tinggi dari kita. |
Data Persamaan
Kesalahan bahasa dan Tatabahasa
Pengekodan |
Data |
Persamaan kesalahan bahasa dan tatabahasa |
WaU |
kau cover aku!Basirun. |
Percampuran kod -
Penggunaan
kata “cover” dalam bahasa inggeris. |
WaU |
Mat, Korang berdua cover aku dari sini. Aku
nak pergi tengok di barack ya. |
Kesalahan penggunaan kata ganti nama |
TeKom: |
Orang- orang polis lebih baik serah diri kalau mahu nyawa awak
dan anak bini awak selamat. |
Penggunaan bahasa kasar -
Bini boleh digantikan dengan isteri |
Iqbal
Pengekodan |
Data |
Persamaan Emosi (Negatif) |
B2P1A1 |
keluar cepat kalau nak hidup! |
Marah |
B3P1A1 |
ada bang. Semua ada sini bang. Itu zainudin,
abu samah dan ini zaleha |
Sedih |
B5P1A1 |
jalan, jalan, cepat!! Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii
orang polis, lebih baik serah diri, kalau tidak saya bunuh semua |
Cemas |
B6P2A1 |
kita bergerak sekarang |
Degil |
B5P2A1 |
sarjan, komunis suruh menyerah, kalau menyerah, kita semua
selamat |
Takut |
Tatabahasa
B – Babak
P – Perbualan
A – Ayat
Pengekodan |
Data |
Persamaan Kesahan Bahasa dan Tatabahasa |
B4P1A1 |
mat, tangkap itu perempuan. Suruh polis serah diri |
kesalahan hukum D-M melalui perkataan |
B5P1A3 |
kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri |
Penggunaan perkataan “orang-orang” adalah salah dari segi hukum
bahasa Melayu. |
B6P1A1 |
boleh jadi balai polis dah terbakor |
Penggunaan bahasa dialek |
Persamaan Latar
B – Babak
P – Perbualan
A – Ayat
Pengekodan |
Data |
Persamaan Latar Masyarakat |
B5P1A1 |
Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii orang polis, lebih baik
serah diri, kalau tidak saya bunuh semua |
Masyarakat pengganas yang terdiri daripada
kumpulan orang cina yang bergelar Komunis. |
B5P1A3 |
Takpelah yam, kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri.
Pergilah selamatkan anak-anak kau tu. |
Masyarakat polis yang menjadi pihak yang
menjaga keamanan kampung. |
B5P1A2 |
tok penghulu, apa kita tunggu lagi |
Masyarakat kampung yang bersemangat patriotiseme
untuk melawan Komunis. |
Hazwani
Persamaan.
Pengekodan |
Data |
Elemen |
N |
Semangat juang anggota polis, berserta
dengan keazaman penduduk Bukit Kepong disemarakkan pula keluhuran dan
pengorbanan yang jitu oleh isteri-isteri mereka. |
Tema yang diketengahkan dalam filem ini
ialah sayang akan negara dan sanggup berkorban demi negara tercinta. |
K1 |
Cepat. Nyalakan obor dan bakar tempat ini. |
Emosi yang ditonjolkan oleh K1 penuh dengan kebencian terhadap
polis sehinggan mengarahkan membakar balai polis Bukit Kepong. |
L1 |
Yam, anak kita mana? |
Emosi sedih yang melanda ketika balai polis Bukit kepong dibakar
oleh komunis dan L1 ditembak, dan pada saat akhirnya, dia mahu melihat
kesemua anak-anaknya. |
Perbezaan
Pengekodan |
Data |
Elemen |
P3 |
Sabar yam. Polis tidak akan menyerah kalah. Pergilah selamatkan
anak-anak kau (tembakan) |
Nilai keberanian yang dizahirkan oleh P3 sememangnya sangat
dipuji. Hal ini kerana P3 tidak mahu mengalah dengan permintaan komunis untuk
menyerah kalah jika mahu semuanya selamat. |
Kk2 |
bila dah besar nanti Samah nak jadi polis dan bunuh semua komunis |
Nilai semangat yang tersemat dalam diri kk2
terserlah dalam dirnya kerana semangat ingin mengalahkan komunis tersemat
dalam dirinya sejak kecil. |
L1 |
Yam, mana anak kita |
Nilai kasih sayang yang terdapat dalam babak
ini sangat meruntun hati dan perasaan. Hal ini kerana kasih sayang seorang
ayah terhadap anak-anaknya |
No comments:
Post a Comment