Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN UPM 2019)

Assalamualaikum,

Video kali ini pula berkaitan dengan Peristiwa Konvokesyen di UPM. Tugasan ini agak mencabar kerana melibatkan beberapa tempat yang penting ketika berlakunya konvokesyen. Oleh itu, kami telah melakukan pembahagian tugas mengikut tempat. Kemuncak video ini ialah lokasi di dewan besar iaitu tempat konvokesyen pelajar. Apabila melihat pelajar lain menyarungkan jubah sememangnya kami berasa teruja dan tak sabar untuk menghadapi hari yang sama juga. Dengan cuaca yang panas dan kemudia hujan agak sukar untuk kami melakukan rakaman. Begitu juga sikap sesetengah ibu bapa dan pelajar yang hadir yang tidak ingin ditemu bual . Namun segala penat lelah itu dibalas dengan gambar bersama prof pada waktu petang setelah selesai majlis konvokesyen itu.
Berikut ialah hasil video temu bual bersama pelajar dan keluarga di Majlis Konvokesyen UPM.


No comments:

Post a Comment