Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Assalamualaikum,

Tugasan kali ini sekali lagi melibatkan rakaman video. Namun video kali ini pula berbeza sedikit kerana kami tidak boleh menunjukkan muka kami lansung di dalam video ini dan perlu fokus kepada satu benda sahaja. Benda yang telah kami fokuskan ialah "puzzle". Sedikit mengenai video ini ialah ia mengisahkan 11 orang rakan yang menjadikan "puzzle" itu sebagai lambang persahabatan mereka. Setelah 10 tahun berlalu  mereka mengadakan pertemuan semula dan menggabungkan kesemua cebisan "puzzle" itu. Namun, satu cebisan telah hilang dan rupanya "puzzle" yang hilang itu ialah kepunyaan rakan mereka yang telah meninggal dunia dalam kemalangan. Video ini adalah salah satu video kegemaran kami semua kerana video inilah yang telah mendapat pujian prof di dalam kelas sewaktu perbentangan. Alhamdulliah. Oleh itu, untuk menonton video ini sepenuhnya boleh la lihat pada pautan di bawah.


No comments:

Post a Comment