Friday, December 13, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)

Assalamualaikum ,

Tugasan kali ini pula berkaitan dengan video one shot 2 layer. Dalam tugasan ini kami diminta untuk merakam video yang melibatkan seorang menyanyi dan perlu belatar belakang lakonan atau penceritaan mengenai lagu yang dipilih. Bagi tugasan ini saya ditugaskan untuk memegang kamera. Perkara yang paling sukar kerana keadaan tempat yang tidak stabil apabila bergerak membuatkan kamera itu sentiasa bergegar. Oleh itu, kamera untuk merakam video one shot 2 layer ini saya perlu pegang seerat - eratnya supaya tidak bergegar. Bayangkan betapa lenguhnya tangan memegang kamera. Habis je rakam lagu terus minta urut tangan hahahaa.. Lagu yang kami pilih pula ialah lagu raya iaitu suasana hari raya. Memang terasa seperti nak raya sungguh. Untuk melihat hasil rakaman tugasan ini boleh la lihat pada pautan di bawah ini.



No comments:

Post a Comment