Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum,

Semester akhir ini sibuk dia lain macam. Terlalu sibuk sampai tak perasan dah tiba minggu akhir. Tambah pula subjek sem ni bukan biasa- biasa. Semua subjek membunuh terutama subjek Multimedia Dalam Bahasa. Setiap minggu ada sahaja kerja nak kena siapkan. Pensyarah yang mengajar pun pensyarah paling garang di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ini apa orang katalah, memang nasib kalau kau buat hal. Hari pertama pun dah kena "spotcheck" kasut dalam kelas. Ha! kalah sekolah Maahad dulu. Bukan setakat kasut sahaja, kadang- kadang tu kalau lambat pun dah kena tahan dekat depan pintu. Ya allah dia punya tahap takut dengan Prof. ni kan sampai nak pergi tandas pun boleh tak jadi. Bayangkan! Tapi garang- garang Prof. itu tanda sayang, betul tak ?

Walau takut macam mana sekali pun 14 minggu dah berlalu, memang banyak pahit manis sepanjang semester ini dalam kelas. Yang pahitnya mestilah pasal kerja. Dia punya bertimbun tu kalah gunung Everest! Tiap- tiap minggu ada sahaja kena buat. Sampai satu tahap tu boleh ajak geng membawang mengomel pasal kerja. Maaf ya Prof. tak sengaja membawang. Tapi itu Belum lagi bila ada masalah untuk buat perbentangan, sememangnya pahit bagai hempedu. Bayangkan berpenat lelah pergi sana sini merakam video tapi akhirnya tak boleh bentang sebab beberapa kekangan. Kalau boleh bertukar macam 'Hulk' dah lama dah buat tapi itulah konsep redha yang Prof. selalu pesan masih kukuh dan menebal dalam diri. Oleh sebab itu, segala pahit itu aku telan juga umpama ubat untuk merawat hati yang panas. Lagipun, memang salah sendiri. Padan muka siapa suruh tak dengar cakap Prof.

Bagaimanapun, panas- panas hati ni kadang itu sejuk juga bila teringat kenangan manis dengan 'Belalang Production'. Dari ketua kumpulan yang manis iaitu Qiu sampailah rakan- rakan manis yang  lain seperti Rina, Kimah, Tikah, Aten, Ainul, Suzi, Iqbal, Daus dan Gholiff semuanya sangat sempoi. Masing- masing boleh masuk air. Bila tiba waktu kena serius masing- masing pun akan serius. Tak tahulah berapa banyak kali bersempit dua kereta nak pergi ke tempat penggambaran. Kadang- kadang tu bergaduh juga siapa nak naik keta siapa hahaha. Tambahan pula, waktu inilah nak pergi berjalan ramai- ramai. Sampai IKEA, Cheras nun kami menapak semata- mata nak bergambar untuk buat video. Padahal boleh sahaja nak dekat- dekat tapi bak kata pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah alang- alang nak berjalan, baik berjalan jauh terus. Dalam suka - suka pun perselisihan faham itu perkara yang lazim. Adatlah gaduh- gaduh manja bersama adik beradik. Kalau tak gaduh tak gempak la video- video yang terhasil itu.

Selain itu, salah satu perkara paling mencabar untuk subjek ini ialah Kelas Amali. Mana ada subjek lain Kelas Amali luar waktu kuliah. Elok - elok hari Selasa itu lapang eh ada pula Kelas Amali Multimedia. Tambah lagi dalam kelas ini kena buat macam- macam berkaitan media sosial. Dari 'Twitter' 'Blog' 'Facebook' dan 'Instagram' semua kena ada untuk siapkan tugasan. Itu belum lagi kena buat Kalendar, memang mengomel lagi la afifah dan rakan- rakan hahahaa.. Tapi alhamdullilah Tutor kami En. Akmal sempoi orangnya. Kurang garang sikitlah dari Prof. jadi tak adalah menggigil - gigil masuk kelas dia hhee. Kadang- kadang itu sampai buat bising dalam kelas bila En. Akmal bagi kerja alhamdullilah belum kena marah lagi lah. Minta maaf ya En. Akmal, biasalah kami ini nakal - nakal sikit je.

Apa- apa pun saya nak berterima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim selaku pensyarah subjek Multimedia Dalam Bahasa. Banyak ilmu yang Prof. dah curahkan kepada kami. Bukan sahaja dari segi ilmu pelajaran yang teras tetapi juga dari segi ketepatan masa, disiplin dan sebagainya. Insyallah segala tunjuk ajar Prof. akan saya ingat sampai bila- bila. Selain itu, terima Kasih juga kepada En. Akmal yang sudi mengajar dan  melayan kerenah kami sepanjang 14 minggu ini. Terima kasih juga buat 'Belalang Production' yang sentiasa bersemangat dan tidak putus asa sepanjang 14 minggu ini. Harap semua kenangan ini akan kekal sampai bila- bila ya kawan- kawan.



Kelas Akhir Multimedia Dalam Bahasa


Belalang Production Bersama Prof. Dr. Normaliza dan Puan Wildad


Belalang Production bersama En. Akmal




Belalang Production <3




No comments:

Post a Comment