Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi
Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori
dan Aplikasi” yang ditulis oleh Normaliza Abd. Rahim (2019) yang berharga Rm 20 ini merupakan sebuah
buku yang merangkumi pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai
kajian. Ia meliputi tujuh bab keseluruhannya yang merangkumi beberapa kajian.
Buku ini mengandungi dua bahagian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. kajian
bab 1 menjelaskan mengenai definisi wacana yang merujuk pelbagai bentuk seperti
teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Menurut
kajian yang dijalankan wacana itu boleh difahami dengan mudah jika tujuan
sesuatu wacana itu jelas. Bab 2 menyenaraikan beberapa teori dan pendekatan
wacana untuk tujuan memudahkan proses analisis. Keutamaan pemilihan teori dan
pendekatan yang sesuai akan dapat menjelaskan data dengan baik. Bab 3 pula
menghuraikan tiga jenis kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana
tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak- kanak autisme. Kesemua
jenis kajian ini telah dikaji dengan menggunakan pendekatan yang telah dipelajari
dalam bab sebelumnya. Seterusnya bab 4 menghuraikan mengenai strategi
komunikasi. Strategi yang dibincangkan merungkai cara komunikasi yang sesuai
dalam semua lapisan masyarakat tanpa rasa tidak puas hati antara satu sama
lain. Bab 5 menyenaraikan dan membincangkan beberapa taksonomi dan pendekatan
strategi komunikasi oleh beberapa tokoh analisis wacana. Kesemua taksonomi dan
pendekatan ini dijelaskan secara mendalam agar setiap pendekatan boleh difahami
dengan jelas. Bab 6 menganalisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak –
kanak. Kajian ini melibatkan kanak – kanak sekolah rendah berusia 11 dan 12
tahun. Perbincangan yang telah dilaksanakan telah dianalisis dengan menggunakan
16 pendekatan strategi komunikasi. Bab 7 yang merupakan bab terakhir dalam buku
ini. Bab ini merangkumi beberapa cadangan untuk penambahbaikan mengenai kajian
wacana dan strategi komunikasi pada masa akan datang.
Buku
ini merupakan buku yang memberi penjelasan mengenai analisis wacana secara
mendalam. Penggunaan buku ini dapat memberikan kesan yang baik terhadap semua
lapisan masyarakat. Baik dari segi menjalankan kajian berkaitan wacana mahupun
strategi komunikasi. Selain itu, melalui penggunaan buku ini masyarakat dapat
mengenal pasti strategi yang sesuai untuk berkomunikasi di antara satu sama
lain. Hal ini membolehkan komunikasi dua hala berjalan dengan lancar tanpa
sebarang salah faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, penggunaan
buku ini sememangnya penting untuk semua pihak.
No comments:
Post a Comment