Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Namun, bagi saya keluarga yang saya miliki sudah cukup sempurna dan saya bersyukur dengan kurnia-Nya. Ayah dan mama tidak pernah membuatkan aku lupa pada kenyataan bahawa mereka sentiasa ada di belakang saya dalam setiap perkara. Suatu ketika dulu saya pernah gagal, dan tak mampu untuk bangkit semula. Bagi saya buat apa nak usaha kalau rasa semua tak akan berjaya? Tapi ayah dan mama tidak menyalahkan saya atas kegagalan itu. Mereka masih setia bagi dorongan untuk saya teruskan. Masih teringat lagi ayah pernah cakap " Tak apa long, bukan rezeki. teruskan lagi". Jatuh juga air mata pada masa itu. Mama memang bukan jenis yang menunjukkan emosinya dengan kata- kata, tapi saya tahu dalam setiap doanya dia sentiasa mendoakan saya dan adik saya.
Nak bangkit dari kegagalan bukan mudah. Tidak pasti berapa kali saya menangis sambil meneruskan apa yang saya inginkan. Tidak pasti juga berapa kali tidur malam tak lena kerana takut untuk gagal semula. Alhamdullilah dalam rasa tidak pasti itu, keluarga ada di sisi. Adik dalam diam juga memberikan dorongan. Apabila diri ini sekali lagi jatuh, adik hulurkan tangan untuk aku bangkit. Ya allah, terima kasih. Jika tiada mereka, mungkin sekarang saya bukan saya.
No comments:
Post a Comment