Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum.


Nur Afifah Izzaty merupakan nama yang telah dipilih oleh kedua ibu bapa saya. Mama iaitu Puan Norida binti Mohammad Yusof telah melahirkan saya di Hospital Kajang pada 27 mac tahun 1996.Tepat pada pukul 10.05 pagi, ayah, Ali bin Suman telah melaungkan iqamah untuk puteri sulong mereka. Setahun kemudian saya mempunyai seorang adik perempuan yang diberi nama Nur Afifah Fasihah. Saya telah dibesarkan di Kajang dari kecil hinggalah sekarang. 

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Kajang sewaktu saya berumur 7 tahun. Kemudiannya saya berpindah ke Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah Kajang dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan empat dan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di situ. Sewaktu tingkatan empat disebabkan faktor tertentu saya telah berpindah semula ke Sekolah Menengah Convent Kajang dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di situ. Tamat tingkatan lima saya telah meneruskan pelajaran saya ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang selama setahun setengah dan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah itu. Tamat tingkatan enam saya menyambung pelajaran di peringkat universiti dan telah diterima masuk sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini saya telah menjalani tempoh pembelajaran selama tiga tahun setengah dan sedang menunggu waktu untuk bergelar seorang graduan. 

No comments:

Post a Comment