Terdapat sepuluh cara untuk menulis blog dengan baik.
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), salah satu cara menulis blog yang baik ialah tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca. Dalam setiap penulisan, tajuk merupakan sesuatu perkara yang penting. Tanpa tajuk sesuatu penulisan itu tidak jelas isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, tajuk hendaklah menarik agar dengan sekelip mata pembaca akan tertarik untuk membaca penulisan yang ditulis. Tajuk tidak seharusnya panjang dan meleret sebaliknya tajuk mesti ringkas dan padat.
Seterusnya ialah cerita yang menarik. Seorang penulis blog yang baik seharusnya memiliki satu cerita yang menarik untuk dikongsi kepada orang ramai. Hal ini demikian kerana, menurut Wang & Woo (2008) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan bahawa penulisan blog ini merupakan satu peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea. Jika tiada idea atau maklumat yang hendak diceritakan maka sesuatu penulisan blog itu tidak dapat memberikan manfaat kepada pembacanya.
Cara ketiga menulis blog dengan baik ialah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan penulisan lebih menarik. Penggunaan bahasa dalam penulisan blog tidaklah terikat seperti penulisan karangan di sekolah. Hal ini kerana, penulisan dalam blog ini bersifat bebas untuk penggunaanya berkongsi maklumat. Oleh itu, untuk menjadikan penulisan itu lebih menarik, penggunaaan ayat humor dan berbentuk jenaka perlulah ada. Walaubagaimanapun, penggunaan ayat- ayat tersebut haruslah tidak keterlaluan sehingga menyentuh hal - hal sensitif masyarakat.
Selain itu, hujah terbaik juga perlu untuk menghuraikan penulisan blog. Sekiranya seseorang itu hanya menulis tanpa hujah yang baik sudah tentu tulisannya itu diragui faktanya. Oleh itu, setiap fakta atau cerita yang ditulis perlu disertakan dengan hujah agar penulisan itu lebih dipercayai dan tidak dianggap sebagai cerita kosong atau fitnah semata- mata.
Dalam menulis blog yang baik, pengguna perlulah mengaitkan penulisan yang ditulis dengan berita terkini. Pengguna perlu sentiasa peka terhadap isu - isu semasa yang berlaku untuk berkongsi mengenainya dalam penulisan di blog. Namun begitu, isu yang diketahui itu perlu diselidiki terlebih dahulu agar apa yang disebarkan sememangnya betul bukan satu penipuan atau fitnah.
Cara keenam untuk menulis blog dengan baik ialah dari segi penggunaan perkataan dan struktur ayat ringkas. Penulisan dalam blog tidak begitu melibatkan penggunaan tatabahasa yang betul. Pengguna bebas menulis tanpa sekatan apa pun. Walau bagaimanapun, pengguna perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Hal ini kerana, penggunaan ayat dan perkataan yang kompleks akan membuatkan pembaca bosan dan tidak tertarik. Terutamanya jika ayat yang digunakan terlalu panjang.
Penulisan yang dapat dibaca dan difahami juga merupakan salah satu etika penulisan blog yang baik. Dalam menulis sesuatu cerita atau idea pengguna perlulah memastikan apa yang ditulis itu dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini kerana, sekiranya apa yang ditulis itu tidak difahami dan dibaca oleh pembaca maka "posting" itu hanyalah sia- sia sahaja.
Dapat berkomunikasi dengan pembaca adalah etika penulisan blog juga. Bagi pengguna, hal utama yang difikirkan semasa menulis blog ialah untuk berkongsi idea dan cerita sahaja. Namun begitu, ada sesetengah pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut akan memberikan komen kepada pengguna. Oleh itu, pengguna perlu berkomunikasi dengan pembaca dengan baik.Dengan mengendahkan pembaca, akan membuat pembaca berasa tidak dihormati.
Setiap penulisan blog tidak seharusnya kosong semata- mata. Hal ini kerana, salah satu etika penulisan blog ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Pengguna dalam penulisannya hendaklah mempunyai isi yang berguna kepada pembaca. Nilai- nilai moral yang baik dapat dikongsikan kepada pembaca untuk dijadikan teladan. Manakala nilai estetika pula digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.
Akhir sekali, sekiranya pengguna membuat penulisan mengenai pendidikan, pengguna seharusnya berilmu. Penulisan yang melibatkan fakta tidak seharusnya ditulis tanpa ilmu. Hal ini kerana, perkongsian yang dibuat akan dibaca oleh setiap peringkat umur. Jika tidak ada ilmu, perkara yang ingin disampaikan itu akan dapat menyonsangkan pemikiran pembaca yang benar- benar tidak tahu. Oleh itu, pengguna perlu membuat kajian terlebih dahulu dan sebagainya, barulah membuat penulisan mengenai pendidikan.

No comments:
Post a Comment