Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Kisah nenek dan Datuk ini merupakan kisah tentang seorang budak lelaki bernama Alim yang sangat teruja untuk pulang ke kampung ibunya di Kajang. Selain teruja untuk bertemu dengan nenek dan datuknya, Alim juga teruja untuk melihat keadaan kampung seperti dahulu. Namun begitu, semuanya telah berubah apabila Alim sampai di kampung. Reban ayam dan itik yang baharu serta keadaan rumah nenek dan datuknya yang baru menyebabkan Alim berasa reban dan rumah nenek dan datuknya sudah tiada. Namun, suasana kampung yang berlainan itulah yang membuatkan Alim dan keluarganya lebih rapat.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Jenis Multimedia untuk Penyebaran Cerita Sosial.
Terdapat pelbagai jenis multimedia yang digunakan untuk menyebarkan cerita sosial. Antaranya ialah penggunaan blog. Menurut Wang & Woo (2008) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Blog merupakan satu alat teknologi yang digunakan untuk menyusun, menyiar dan berkongsi idea melalui penulisan. Oleh itu, blog merupakan tempat yang sesuai untuk menyebarkan cerita. Hal ini kerana, penulisan dalam blog tidak melibatkan bahasa formal dan terhad (Nowson,2006). Pengguna juga dapat menggunakan kreativiti masing- masing untuk menyampaikan cerita dengan lebih menarik untuk menarik perhatian pembaca.
Selain itu, Facebook juga merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk menyebarkan cerita. Hal ini kerana, menurut Madge (2009) dalam Noraien & Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan bahawa facebook digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi melibatkan perkongsian dan respons diantara pengguna dan pembaca. Oleh itu, platfom ini merupakan cara yang baik untuk menyebarkan cerita kerana dengan menggunakan facebook pengguna juga dapat mengetahui apa pandangan pembaca mengenai cerita yang ditulisnya.
No comments:
Post a Comment