Blog di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium yang mempunyai banyak
manfaatnya kepada penggunanya. Bukan sahaja digunakan sebagai tempat untuk
berkongsi maklumat malahan blog juga digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari. Selain itu, blog juga biasanya digunakan untuk mempromosikan
atau mengiklankan barangan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa blog boleh dijadikan sebagai satu alat untuk
menjana pendapatan. Tiga ciri utama blog ialah pautan ke kawasan yang lain
dalam web, komen pada pautan dan interaktif saling berkait menjadikan blog
sebagai satu rangkaian sosial dan medium komunikasi untuk para penggunanya.
Penulisan blog juga melibatkan warga
pendidik. Disebabkan ramai guru tidak berpengalaman menggunakan teknologi moden
penggunaan blog ini dapat membantu mereka. Hal ini demikian kerana, Blog Pendidikan
mengandungi latihan umum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum
balas serta langkah asas dalam proses untuk memperbaiki penulisan pelajar.
Penggunaan bahasa yang tidak formal dalam blog juga menyebabkan keyakinan diri,
kreativiti, pemilikan dan pembangunan komuniti melalui penulisan meningkat. Bagi
pelajar, kemahiran menulis mereka dalam pembelajaran bahasa dapat dibentuk. Hal
ini demikian kerana, dengan menulis blog pelajar akan belajar istilah satu per
satu dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, pembendaharaan kata dan cara
susunan penulisan mereka. Namun begitu, isu sensitiviti juga perlu diberi
perhatian oleh pelajar.
Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan perempuan. Pengguna
dalam kalangan perempuan lebih menggunakan tiga ciri bahasa berbanding lima
ciri bahasa yang lain iaitu unsur
penegas, penambahan soalan dan juga unsur kesangatan dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang tidak baik. Penulisan blog turut melibatkan privasi tetapi idea
penulis masih dapat diluahkan dengan cara yang unik.
Selain membantu dalam kemahiran
penulisan, penulisan blog ini juga dapat menjadi tempat untuk penggunanya
mengembangkan idea dan membentuk hobi yang baik. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan pengguna blog berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan bahawa
mereka menggunakan blog untuk menulis puisi, surat, membuat hantaran gambar, menulis
skrip, membuat teka – teki dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa
penggunaan blog ini sangat berguna kepada semua. Bukan sahaja sebagai platform untuk
bertukar pendapat tetapi juga untuk meluahkan idea yang terdapat pada diri
pengguna.
No comments:
Post a Comment