Saturday, October 19, 2019
BBM3410Satu2019: Intagram Minggu 6
Saya memang seorang yang jarang bergambar. Kalau bergambar pun biasanya orang tertentu sahaja yang tolong ambilkan gambarnya. Bayangkan betapa susahnya pengarah potret bila nak suruh saya berposing 😂 Tambah pula gambar berbentuk potret ini tidak boleh terlalu cliche. Ya allah sepuluh kali rasa nak menyorok dalam almari tengok gambar sendiri ! MALU!
Tapi dalam malu - malu pun pengarah berjaya juga 'snap' gambar satu itu. Sebenarnya masa ini tengah tahan malu. Bila tengok balik cantik juga saya senyum macam ini 😂 Apapun tugasan yang sangaaaat menarik. Bukan sahaja gambarnya cantik- cantik tapi hubungan antara ahli juga bertambah erat. Saya sayang Belalang saya ❤️
Gambar kedua saya selitkan muka kawan baik saya. Merangkap pengarah potret produksi kami. Ha kakak ni la yang buli saya suruh bergambar. Maaf ye kakak saya degil sikit nak berposing. Tak tahulah berapa kali orang sebelah tu mengucap dengan perangai saya. Apapun terima kasih. Gambar kami semua cantik menarik tertarik memang da bomb! Bak lirik lagu ruffedge tu.
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Blog di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium yang mempunyai banyak
manfaatnya kepada penggunanya. Bukan sahaja digunakan sebagai tempat untuk
berkongsi maklumat malahan blog juga digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari. Selain itu, blog juga biasanya digunakan untuk mempromosikan
atau mengiklankan barangan yang dijual. Hal ini menunjukkan bahawa blog boleh dijadikan sebagai satu alat untuk
menjana pendapatan. Tiga ciri utama blog ialah pautan ke kawasan yang lain
dalam web, komen pada pautan dan interaktif saling berkait menjadikan blog
sebagai satu rangkaian sosial dan medium komunikasi untuk para penggunanya.
Penulisan blog juga melibatkan warga
pendidik. Disebabkan ramai guru tidak berpengalaman menggunakan teknologi moden
penggunaan blog ini dapat membantu mereka. Hal ini demikian kerana, Blog Pendidikan
mengandungi latihan umum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum
balas serta langkah asas dalam proses untuk memperbaiki penulisan pelajar.
Penggunaan bahasa yang tidak formal dalam blog juga menyebabkan keyakinan diri,
kreativiti, pemilikan dan pembangunan komuniti melalui penulisan meningkat. Bagi
pelajar, kemahiran menulis mereka dalam pembelajaran bahasa dapat dibentuk. Hal
ini demikian kerana, dengan menulis blog pelajar akan belajar istilah satu per
satu dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, pembendaharaan kata dan cara
susunan penulisan mereka. Namun begitu, isu sensitiviti juga perlu diberi
perhatian oleh pelajar.
Berdasarkan kajian yang telah
dijalankan, terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan perempuan. Pengguna
dalam kalangan perempuan lebih menggunakan tiga ciri bahasa berbanding lima
ciri bahasa yang lain iaitu unsur
penegas, penambahan soalan dan juga unsur kesangatan dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang tidak baik. Penulisan blog turut melibatkan privasi tetapi idea
penulis masih dapat diluahkan dengan cara yang unik.
Selain membantu dalam kemahiran
penulisan, penulisan blog ini juga dapat menjadi tempat untuk penggunanya
mengembangkan idea dan membentuk hobi yang baik. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan pengguna blog berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan bahawa
mereka menggunakan blog untuk menulis puisi, surat, membuat hantaran gambar, menulis
skrip, membuat teka – teki dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa
penggunaan blog ini sangat berguna kepada semua. Bukan sahaja sebagai platform untuk
bertukar pendapat tetapi juga untuk meluahkan idea yang terdapat pada diri
pengguna.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Bird Eye View (Belalang Production)
Jika difikirkan secara logik burung mana masuk pusat beli belah. Tapi hakimah kata " bird eye view" itu hanya nama. Jujur, apabila berdiri di tepi ini lama - lama untuk merakam gambar ini, bergetar juga lutut ini. Yalah orang gayat memang macam ini. Rasa diri seperti burung pun ada kalau lama- lama berdiri di tempat ini. Tiba- tiba badan rasa nak melayang.
Beginilah permandangan dari Tingkat 5, Blok P3, Kolej Dua Belas. Bayangkan setiap pagi dan petang turun naik tangga bangunan ini untuk sampai ke bilik . Hairan setiap hari turun naik tangga yang tinggi macam ini pun badan saya masih sama.
Satu Putrajaya kami pusing semata - mata hendak mencari permandangan di tempat tinggi ini. Akhirnya, Taman Wetland juga jadi pilihan. Nak tahu bagaimana tingginya di atas ini? Lihatlah 3 orang di bawah itu, nampak begitu kecil seperti semut !
BBM3410Satu2019: Over the Shoulder (Belalang Production)
Bukan main lagi dua orang itu bergambar! Siap buat " mini heart" ala - ala "oppa" korea lagi. Kebiasaanya gambar jenis macam ini untuk pose raja sehari. Tengah berlatih untuk pose dengan pasangan kelak ke tu?
Sampai sekarang kami masih tertanya - tanya apalah yang dibincangnya dua orang ini. Orang kuat kumpulan kami ini! Seorang ketua seorang lagi pembantunya. hm tengah bincang tempat untuk bergambar yang menarik ke tu?
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)
1) Emosi Kecewa
Emosi dalam gambar ini ialah emosi kecewa. Firdaus rakan kami ini mesti kecewa sebab rakan baiknya sendiri pilih dia sebagai model untuk Mug Shot kami.
2) Emosi Marah
Nama rakan kami ini Iqbal. Muka sebenar dia sememangnya sudah garang. Nampak dari jauh pun adik - adik junior rasa macam nak lari ! Betulkan? sekali tengok dari pelbagai sisi rasa nak sembunyi!
3) Emosi Sedih
Emosi dalam gambar ini paling jelas iaitu emosi sedih! Kami betul - betul bangga dengan rakan kami ini. Jujur! bukan mudah untuk menunjukkan emosi begini. Bak kata prof jika perlu pakai "eyemore" untuk tambahkan kesan sedih itu. Namun begitu, rakan kami ini tidak menggunakan apa- apa bahan sekalipun. Berapa kali kami perlu menukar orang hanya untuk keluarkan emosi sedih ini tetapi hanya Qiu seorang yang berjaya. Lihatlah gambar sisi ketiga bagaimana air matanya benar- benar kelihatan. Kami yang tengok terasa sebak.
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)
1) Tiga Manusia
Apabila rakan kata "poselah cantik sikit" Ya allah dari rasa nak senyum betul jadi terus senyum malu. Tambahan pula, diri ini tidak biasa orang merakam gambarnya. Maaf gambar tertidur pula.
Gambar ini merupakan gambar yang diambil tanpa sengaja. Lihatlah kedua- dua tengah "membawang"agaknya. Dari riak wajah seolah- olah tengah tidak puas hati pada sesuatu. katakan sahaja Qiu dan Ainul apa yang kamu tengah tengok dan gosipkan itu?
Dalam tengah orang lain sibuk membuatkan rakan kami menangis untuk rakam gambar Mugshot, abang berbaju merah ini sempat meminta rakan kami untuk mengambil gambarnya di tengah jalan ini. Amboi gambar nampak seolah- olah di Kota New York sahaja. Boleh bah kalau kau!
2) Tiga Permandangan dan Manusia
Percayalah dua orang yang ditepi itu sedang menahan ketawa. Di sebalik gambar ini, kami sengaja mengusik mereka untuk membuat gambar mereka tidak cantik. Eh! Bila dah dirakam gambar mereka nampak cantik dan bersahaja pula. Tidak sia- sia muka - muka hodoh yang kami lakukan untuk mengusik mereka.
Si manis Qiu. Ketua kumpulan kami ini. Nampak ceria sahaja dia di dalam gambar ini tetapi jangan main - main! Kalau gambar yang kami ambil tidak cantik habislah Mama Qiu membebel .
Permandangan dan orangnya sama - sama cantik. Nak kata apa lagi? Sekali tengok pun dah macam model Sharifah Rose. Namun begitu, jangan tertipu.Jika lihat dekat sedikit pasti semua kenal dengan rakan kami si Azwarina.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)
1) Tiga Permandangan dan manusia
Dalam pemandangan hijau yang nyaman ini terlihat kelibat suzi rakan kami yang jalannya lebih laju dari kami. Mungkin kerana badannya yang kecil mudah untuk dia berjalan lebih laju. Nampaknya diri ini perlu mulakan rancangan "diet" untuk lebih sihat dan tak termengah - mengah nak kejar orang nun jauh di depan.
Keadaan hujan yang renyai- renyai dan jalan yang lengang membuatkan kami tidak berasa kekok untuk merakam gambar di sini. Ada juga dua tiga orang yang memandang tapi iqbal kata "ah takpe tempat ini dah cantik" maka terhasil lah gambar ini.
Sekali pandang macam tidak ada manusia pun pada gambar ini. Namun jika di zoom dengan kamera yang canggih - canggih pasti jelas nampak kelibat rakan kami Fatin di dalam gambar ini. Kecil molek orangnya.
2) Tiga Permandangan
Bangunan nun jauh sana itulah sebenarnya fokus kami. Dalam kehijauan alam bangunan itu nampak menarik pada pandangan kami. Bangunana apa itu kami tidak pasti tetapi yang pasti bukan bangunan di kampus UPM
Putrajaya pada hujung minggu apabila hujan. Beginilah lengangnya jalan di bangunan - bangunan kerajaan ini. Kami yang pemalu ini jadi tidak malu berdiri di tengah - tengah jalan ini untuk merakam gambar bangunan di hujung sana.
Melalui gambar sahaja sudah terlihat jauh. Ya allah, dengan mentari teriknya kami melalui liku - liku dan bukit bukau di sekeliling untuk mendapatkan gambar terbaik. Alhamdullilah semua gambar yang diambil cantik dan kami berasa puas.
BBM3410Satu2019: Closed-up (Belalang Production)
1) Tiga Manusia
Jika dilihat pada gambar, pasti jelas terlihat riak muka yang menggoda. Bukan mudah nak dapatkan riak muka seperti ini. Terutama apabila gambar yang diambil tidak sengaja
Gadis yang manis dengan senyuman yang manis. Siapa sahaja yang melihat gambar ini pasti berasa hendak senyum. Riak wajah yang lembut dengan senyuman yang menawan pasti buat si pemilik hati jadi tidak keruan.
Apabila dilihat dengan betul, pasti senyuman sinis dapat dilihat pada riak wajah rakan kami ini. Senyuman jenis ini selalunya orang kata seperti ada niat yang tidak baik yang akan dilakukan. Tapi lihatlah senyuman rakan kami ini, seolah - olah niatnya untuk menarik hati orang yang melihat sahaja.
2) Tiga Bukan Manusia
Jujur kalau ditanya ini bunga apa tergaru - garu juga kepala ini. Asal nampak cantik kami tangkap sahaja gambarnya. Mungkin bunga matahari tapi tompok - tompok macam kucing itu apa?
Shot wajib setiap orang rasanya mestilah makanan. Ini makanan bukan makanan biasa, makanan diimport dari Korea Selatan tempat "oppa- oppa"gadis remaja. Sekali tengok sahaja, telinga terasa panas mengenangkan kepedasannya. fuhhh... bayangkan bibir pun boleh jadi bibir Ning Baizura kalau makan sekali.
Tiga jenis gelang berbeza. Setiap gelang mempunyai makna yang berbeza dan salah satunya ialah gelang tanda persahabatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)