Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: Suatu Ketika

Assalamualaikum.
Tak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. Namun, bagi saya keluarga yang saya miliki sudah cukup sempurna dan saya bersyukur dengan kurnia-Nya. Ayah dan mama tidak pernah membuatkan aku lupa pada kenyataan bahawa mereka sentiasa ada di belakang saya dalam setiap perkara. Suatu ketika dulu saya pernah gagal, dan tak mampu untuk bangkit semula. Bagi saya buat apa nak usaha kalau rasa semua tak akan berjaya? Tapi ayah dan mama tidak menyalahkan saya atas kegagalan itu. Mereka masih setia bagi dorongan untuk saya teruskan. Masih teringat lagi  ayah pernah cakap " Tak apa long, bukan rezeki. teruskan lagi". Jatuh juga air mata pada masa itu. Mama memang bukan jenis yang menunjukkan emosinya dengan kata- kata, tapi saya tahu dalam setiap doanya dia sentiasa mendoakan saya dan adik saya. 

Nak bangkit dari kegagalan bukan mudah. Tidak pasti berapa kali saya menangis sambil meneruskan apa yang saya inginkan. Tidak pasti juga berapa kali tidur malam tak lena kerana takut untuk gagal semula. Alhamdullilah dalam rasa tidak pasti itu, keluarga ada di sisi. Adik dalam diam juga memberikan dorongan. Apabila diri ini sekali lagi jatuh, adik hulurkan tangan untuk aku bangkit. Ya allah, terima kasih. Jika tiada mereka, mungkin sekarang saya bukan saya. 

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH



Assalamualaikum. 
Dah masuk musim peperiksaaan ini, pasti ramai pelajar yang sudah mula hendak mencari tip belajar yang mudah tetapi berkesan. Di sini, saya hendak kongsi tiga tip belajar dengan mudah untuk menghadapi peperiksaan kelak. Namun begitu, bukan semua tip ini sesuai dengan semua pelajar. Sekiranya tips ini dapat membantu Alhamdullilah. Sekiranya tidak, mungkin ada cara lain yang boleh digunakan oleh pelajar sendiri untuk belajar dengan mudah. Semoga Berjaya !

Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Cerita Yang Tidak Dapat Dilupakan 



Pertama Kali ke Thailand merupakan satu perkara yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu mula mendapat peluang tersebut, lansung tidak teragak untuk berkata "YA!" pada pengurus kolej. Sememangnya kalau diukur pada jarak tidaklah jauh mana, tetapi segala pengalaman yang didapati ketika menyertai program pertukaran pelajar ini merupakan sesuatu kenangan yang indah. Pertukaran dari segi budaya dan bahasa serta tali persahabatan yang terbina tidak mudah untuk pudar begitu sahaja. Sehingga kini, jika dilihat kembali gambar- gambar yang diambil pasti diri ini tersenyum sendiri. Mungkin kerana orangnya di sana baik- baik dan peramah atau mungkin juga persekitarannya yang mesra dan baru membuatkan diri ini melonjak- lonjak ingin merasakan pengalaman yang sama lagi cuma mungkin di tempat yang lain pula. InsyaAllah.

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Kisah nenek dan Datuk ini merupakan kisah tentang seorang budak lelaki bernama Alim yang sangat teruja untuk pulang ke kampung ibunya di Kajang.  Selain teruja untuk bertemu dengan nenek dan datuknya, Alim juga teruja untuk melihat keadaan kampung seperti dahulu. Namun begitu, semuanya telah berubah apabila Alim sampai di kampung. Reban ayam dan itik yang baharu serta keadaan rumah nenek dan datuknya yang baru menyebabkan Alim berasa reban dan rumah nenek dan datuknya sudah tiada. Namun, suasana kampung yang berlainan itulah yang membuatkan Alim dan keluarganya lebih rapat. 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Jenis Multimedia untuk Penyebaran Cerita Sosial. 

Terdapat pelbagai jenis multimedia yang digunakan untuk menyebarkan cerita sosial. Antaranya ialah penggunaan blog. Menurut Wang & Woo (2008) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Blog merupakan satu alat teknologi yang digunakan untuk menyusun, menyiar dan berkongsi idea melalui penulisan. Oleh itu, blog merupakan tempat yang sesuai untuk menyebarkan cerita. Hal ini kerana, penulisan dalam blog tidak melibatkan bahasa formal dan terhad (Nowson,2006). Pengguna juga dapat menggunakan kreativiti masing- masing untuk menyampaikan cerita dengan lebih menarik untuk menarik perhatian pembaca. 

Selain itu, Facebook juga merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk menyebarkan cerita. Hal ini kerana, menurut Madge (2009) dalam Noraien & Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan bahawa facebook digunakan untuk berkomunikasi. Komunikasi melibatkan perkongsian dan respons diantara pengguna dan pembaca. Oleh itu, platfom ini merupakan cara yang baik untuk menyebarkan cerita kerana dengan menggunakan facebook pengguna juga dapat mengetahui apa pandangan pembaca mengenai cerita yang ditulisnya. 

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas Individu

Terdapat sepuluh cara untuk menulis blog dengan baik.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), salah satu cara menulis blog yang baik ialah tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca. Dalam setiap penulisan, tajuk merupakan sesuatu perkara yang penting. Tanpa tajuk sesuatu penulisan itu tidak jelas isi yang ingin disampaikan. Oleh itu, tajuk hendaklah menarik agar dengan sekelip mata pembaca akan tertarik untuk membaca penulisan yang ditulis. Tajuk tidak seharusnya panjang dan meleret sebaliknya tajuk mesti ringkas dan padat.

Seterusnya ialah cerita yang menarik. Seorang penulis blog yang baik seharusnya memiliki satu cerita yang menarik untuk dikongsi kepada orang ramai. Hal ini demikian kerana, menurut Wang & Woo (2008) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan bahawa penulisan blog ini merupakan satu peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea. Jika tiada idea atau maklumat yang hendak diceritakan maka sesuatu penulisan blog itu tidak dapat memberikan manfaat kepada pembacanya.

Cara ketiga menulis blog dengan baik ialah memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkan penulisan lebih menarik. Penggunaan bahasa dalam penulisan blog tidaklah terikat seperti penulisan karangan di sekolah. Hal ini kerana, penulisan dalam blog ini bersifat bebas untuk penggunaanya berkongsi maklumat. Oleh itu, untuk menjadikan penulisan itu lebih menarik, penggunaaan ayat humor dan berbentuk jenaka perlulah ada. Walaubagaimanapun, penggunaan ayat- ayat tersebut haruslah tidak keterlaluan sehingga menyentuh hal - hal sensitif masyarakat.

Selain itu, hujah terbaik juga perlu untuk menghuraikan penulisan blog. Sekiranya seseorang itu hanya menulis tanpa hujah yang baik sudah tentu tulisannya itu diragui faktanya. Oleh itu, setiap fakta atau cerita yang ditulis perlu disertakan dengan hujah agar penulisan itu lebih dipercayai dan tidak dianggap sebagai cerita kosong atau fitnah semata- mata.

Dalam menulis blog yang baik, pengguna perlulah mengaitkan penulisan yang ditulis dengan berita terkini. Pengguna perlu sentiasa peka terhadap isu - isu semasa yang berlaku untuk berkongsi mengenainya dalam penulisan di blog. Namun begitu, isu  yang diketahui itu perlu diselidiki terlebih dahulu agar apa yang disebarkan sememangnya betul bukan satu penipuan atau fitnah.

Cara keenam untuk menulis blog dengan baik ialah dari segi penggunaan perkataan dan struktur ayat ringkas. Penulisan dalam blog tidak begitu melibatkan penggunaan tatabahasa yang betul. Pengguna bebas menulis tanpa sekatan apa pun. Walau bagaimanapun, pengguna perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Hal ini kerana, penggunaan ayat dan perkataan yang kompleks akan membuatkan pembaca bosan dan tidak tertarik. Terutamanya jika ayat yang digunakan terlalu panjang.

Penulisan yang dapat dibaca dan difahami juga merupakan salah satu etika penulisan blog yang baik. Dalam menulis sesuatu cerita atau idea pengguna perlulah memastikan apa yang ditulis itu dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini kerana, sekiranya apa yang ditulis itu tidak difahami dan dibaca oleh pembaca maka "posting" itu hanyalah sia- sia sahaja.

Dapat berkomunikasi dengan pembaca adalah etika penulisan blog juga. Bagi pengguna, hal utama yang difikirkan semasa menulis blog ialah untuk berkongsi idea dan cerita sahaja. Namun begitu, ada sesetengah pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut akan memberikan komen kepada pengguna. Oleh itu, pengguna perlu berkomunikasi dengan pembaca dengan baik.Dengan mengendahkan pembaca,  akan membuat pembaca berasa tidak dihormati.

Setiap penulisan blog tidak seharusnya kosong semata- mata. Hal ini kerana, salah satu etika penulisan blog ialah masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Pengguna dalam penulisannya hendaklah mempunyai isi yang berguna kepada pembaca. Nilai- nilai moral yang baik dapat dikongsikan kepada pembaca untuk dijadikan teladan. Manakala nilai estetika pula digunakan untuk menunjukkan keindahan bahasa.

Akhir sekali, sekiranya pengguna membuat penulisan mengenai pendidikan, pengguna seharusnya berilmu. Penulisan yang melibatkan fakta tidak seharusnya ditulis tanpa ilmu. Hal ini kerana, perkongsian yang dibuat akan dibaca oleh setiap peringkat umur. Jika tidak ada ilmu, perkara yang ingin disampaikan itu akan dapat menyonsangkan pemikiran pembaca yang benar- benar tidak tahu. Oleh itu, pengguna perlu membuat kajian terlebih dahulu dan sebagainya, barulah membuat penulisan mengenai pendidikan. 

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd. Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia (UPM)




Saya Faham 

Saya kata " apa khabar"
Dia jawab "khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama- sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama - sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum.


Nur Afifah Izzaty merupakan nama yang telah dipilih oleh kedua ibu bapa saya. Mama iaitu Puan Norida binti Mohammad Yusof telah melahirkan saya di Hospital Kajang pada 27 mac tahun 1996.Tepat pada pukul 10.05 pagi, ayah, Ali bin Suman telah melaungkan iqamah untuk puteri sulong mereka. Setahun kemudian saya mempunyai seorang adik perempuan yang diberi nama Nur Afifah Fasihah. Saya telah dibesarkan di Kajang dari kecil hinggalah sekarang. 

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Kajang sewaktu saya berumur 7 tahun. Kemudiannya saya berpindah ke Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah Kajang dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan empat dan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di situ. Sewaktu tingkatan empat disebabkan faktor tertentu saya telah berpindah semula ke Sekolah Menengah Convent Kajang dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di situ. Tamat tingkatan lima saya telah meneruskan pelajaran saya ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang selama setahun setengah dan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah itu. Tamat tingkatan enam saya menyambung pelajaran di peringkat universiti dan telah diterima masuk sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini saya telah menjalani tempoh pembelajaran selama tiga tahun setengah dan sedang menunggu waktu untuk bergelar seorang graduan.