Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum,

Semester akhir ini sibuk dia lain macam. Terlalu sibuk sampai tak perasan dah tiba minggu akhir. Tambah pula subjek sem ni bukan biasa- biasa. Semua subjek membunuh terutama subjek Multimedia Dalam Bahasa. Setiap minggu ada sahaja kerja nak kena siapkan. Pensyarah yang mengajar pun pensyarah paling garang di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ini apa orang katalah, memang nasib kalau kau buat hal. Hari pertama pun dah kena "spotcheck" kasut dalam kelas. Ha! kalah sekolah Maahad dulu. Bukan setakat kasut sahaja, kadang- kadang tu kalau lambat pun dah kena tahan dekat depan pintu. Ya allah dia punya tahap takut dengan Prof. ni kan sampai nak pergi tandas pun boleh tak jadi. Bayangkan! Tapi garang- garang Prof. itu tanda sayang, betul tak ?

Walau takut macam mana sekali pun 14 minggu dah berlalu, memang banyak pahit manis sepanjang semester ini dalam kelas. Yang pahitnya mestilah pasal kerja. Dia punya bertimbun tu kalah gunung Everest! Tiap- tiap minggu ada sahaja kena buat. Sampai satu tahap tu boleh ajak geng membawang mengomel pasal kerja. Maaf ya Prof. tak sengaja membawang. Tapi itu Belum lagi bila ada masalah untuk buat perbentangan, sememangnya pahit bagai hempedu. Bayangkan berpenat lelah pergi sana sini merakam video tapi akhirnya tak boleh bentang sebab beberapa kekangan. Kalau boleh bertukar macam 'Hulk' dah lama dah buat tapi itulah konsep redha yang Prof. selalu pesan masih kukuh dan menebal dalam diri. Oleh sebab itu, segala pahit itu aku telan juga umpama ubat untuk merawat hati yang panas. Lagipun, memang salah sendiri. Padan muka siapa suruh tak dengar cakap Prof.

Bagaimanapun, panas- panas hati ni kadang itu sejuk juga bila teringat kenangan manis dengan 'Belalang Production'. Dari ketua kumpulan yang manis iaitu Qiu sampailah rakan- rakan manis yang  lain seperti Rina, Kimah, Tikah, Aten, Ainul, Suzi, Iqbal, Daus dan Gholiff semuanya sangat sempoi. Masing- masing boleh masuk air. Bila tiba waktu kena serius masing- masing pun akan serius. Tak tahulah berapa banyak kali bersempit dua kereta nak pergi ke tempat penggambaran. Kadang- kadang tu bergaduh juga siapa nak naik keta siapa hahaha. Tambahan pula, waktu inilah nak pergi berjalan ramai- ramai. Sampai IKEA, Cheras nun kami menapak semata- mata nak bergambar untuk buat video. Padahal boleh sahaja nak dekat- dekat tapi bak kata pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah alang- alang nak berjalan, baik berjalan jauh terus. Dalam suka - suka pun perselisihan faham itu perkara yang lazim. Adatlah gaduh- gaduh manja bersama adik beradik. Kalau tak gaduh tak gempak la video- video yang terhasil itu.

Selain itu, salah satu perkara paling mencabar untuk subjek ini ialah Kelas Amali. Mana ada subjek lain Kelas Amali luar waktu kuliah. Elok - elok hari Selasa itu lapang eh ada pula Kelas Amali Multimedia. Tambah lagi dalam kelas ini kena buat macam- macam berkaitan media sosial. Dari 'Twitter' 'Blog' 'Facebook' dan 'Instagram' semua kena ada untuk siapkan tugasan. Itu belum lagi kena buat Kalendar, memang mengomel lagi la afifah dan rakan- rakan hahahaa.. Tapi alhamdullilah Tutor kami En. Akmal sempoi orangnya. Kurang garang sikitlah dari Prof. jadi tak adalah menggigil - gigil masuk kelas dia hhee. Kadang- kadang itu sampai buat bising dalam kelas bila En. Akmal bagi kerja alhamdullilah belum kena marah lagi lah. Minta maaf ya En. Akmal, biasalah kami ini nakal - nakal sikit je.

Apa- apa pun saya nak berterima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim selaku pensyarah subjek Multimedia Dalam Bahasa. Banyak ilmu yang Prof. dah curahkan kepada kami. Bukan sahaja dari segi ilmu pelajaran yang teras tetapi juga dari segi ketepatan masa, disiplin dan sebagainya. Insyallah segala tunjuk ajar Prof. akan saya ingat sampai bila- bila. Selain itu, terima Kasih juga kepada En. Akmal yang sudi mengajar dan  melayan kerenah kami sepanjang 14 minggu ini. Terima kasih juga buat 'Belalang Production' yang sentiasa bersemangat dan tidak putus asa sepanjang 14 minggu ini. Harap semua kenangan ini akan kekal sampai bila- bila ya kawan- kawan.



Kelas Akhir Multimedia Dalam Bahasa


Belalang Production Bersama Prof. Dr. Normaliza dan Puan Wildad


Belalang Production bersama En. Akmal




Belalang Production <3




BBM3410Satu2019: KALENDAR 2020

Assalamualaikum,

ha! tugasan kali ini agak menarik sedikit. Hal ini demikian kerana, saya dapat membuat kalendar sendiri yay! Mula - mula dapat tahu buat kalendar memang rasa nak nangis. Ya lah kena pula muat turun aplikasi Adobe Photoshop yang perlu dibeli. Awal- awal dah fikir "manalah aku nak beli adobe ni". Walaupun orang kata " ala beli kat shopee je" tapi nanti beli- beli tengok tak boleh pakai. Membazir tau! Nasib la ada kawan yang pandai bab- bab benda macam ini. Hakimah dia memang pandai bab benda- benda berkaitan komputer. Tak kisahlah minta berapa sekalipun sanggup bayar yang penting boleh muat turun aplikasi Adobe kat komputer. Nak muat turun pun bukan mudah tau untuk orang yang lembab- lembab bab komputer macam saya ini  hahaha. Kena menuntut ilmu dari Hakimah juga. Nasiblah dia penyabar dengan saya kalau tak rasanya memang meraung masuk kelas En. Akmal tapi tak dapat muat turun aplikasi yang dia minta. Tapi tulah dah muat turun semua pun saya mengeluh lagi. Ya lah buat kalendar bukan mudah. Nampak je senang mula- mula En. Akmal ajar dalam kelas hati dah mengomel sendiri "apa aku belajar ni" " kenapa la ambil subjek ni sem ni" eh memang banyaklah membebel sendiri. Tangan je laju berjalan tapi hati ni panas je nak kena buat kalendar. Tapi tulah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila dah mula manjakan diri main - main dengan aplikasi Adobe ini jadi seronok pula buat kalendar. Eh sampai nak ambil order dari mama ayah la sebab mereka tengok kalendar lawa sangat hahaha. Walaupun tak tidur berapa malam siapkan kalendar ini, tapi bila dah print dan diberi kepada saya ya Allah rasa dia seronok dan bahagia sangat. Memang berbaloilah tak tidur bermalam- malam siapkan kalendar ini. Nak tengok hasilnya mari saya tunjuk!















BBM3410Satu2019: KELAS AMALI (FACEBOOK)

Assalamulaikum,

Selain melakukan tugasan di 'Twitter' saya dan rakan - rakan juga turut melakukan beberapa aktiviti di 'Facebook' semua ini seiring dengan subjek Multimedia yang kami ambil pada sem ini. Walau bagaimanapun, tugasan di 'Facebook' tidaklah terlalu asing kerana saya sudah terbiasa dengan media ini. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan sepanjang beberapa minggu kelas Amali.

1) Cerita Kapsyen Pendek yang dilalui setiap hari

2) Mencipta Pantun 4 kerat sebanyak dua rangkap (saling membalas pantun di ruangan komen)

 



3) Cipta Kata- Kata Motivasi

4)  Tugasan Ringkasan Bab 




5) Tugasan Ringkasan Bab 5 





6) Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

7) Ulasan Buku EH!!! Media Sosial


BBM3410Satu2019: KELAS AMALI (TWITTER)

Assalamualaikum,

Bagi 'post' kali ini pula saya akan kongsikan beberapa kerja yang saya telah laksanakan dalam Kelas Amali bersama En. Akmal. Bagi kerja ini ia melibatkan aktiviti di dalam buku EH!! Media Sosial dan perlu di muat naik di dalam Akaun 'Twitter' masing- masing. Disebabkan saya tidak mempunyai akaun Twitter sebelum ini maka ini adalah akaun pertama saya. Oleh itu, saya manfaatkan dengan memuat naik segala kerja untuk kelas amali yang telah diberikan oleh En. Akmal.
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah saya lakukan

1) Bebenang 1






2) 'Retweet' hantaran rakan- rakan. 





3) Bebenang 2 





4) Aktiviti 3 (Cerita Pendek dalam bentuk Peta Minda)


5) Aktiviti 4 (Pendekatan Analisis Wacana) 


6) ' Retweet' hantaran rakan 




7) Aktiviti 5 (Tulis 5 berita & Retweet 5 hantaran rakan)